Komitmen terhadap kerja dan peningkatan kos sara
hidup menjadi alasan untuk pasangan muda di negara kita untuk tidak mempuyai
anak walaupun telah lama berkahwin. Mengikut laporan akhbar The Star hari ini(11 September 2018), dua isu ini menjadi faktor utama mengapa kebanyakan warga Malaysia mengambil keputusan untuk tidak mempunyai anak.
Ada juga yang mulanya bercadang untuk punyai anak seawal
usia perkahwinan mereka tetapi apabila mereka mebuat pembentangan ‘bajet’, didapati kos untuk
menyara seorang anak adalah tinggi. Terutamanya kepada ibu bapa yang tinggal di bandar-bandar besar seperti
Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Pulau Pinang.
Misalnya, kos untuk mengupah penjaga@pengasuh bagi seorang bayi yang berusia 3 bulan
sehingga setahun, dianggarkan sekitar RM350 hingga RM450 sebulan. Itu pun
setelah diadakan perbincangan secara 'win-win situation' di atara si ibu dengan
pengasuh. Jika tak pandai berdiskusi, mungkin harganya akan lebih tinggi lagi. Silap-silap boleh mencecah RM500 atau lebih.
kalau kos pengasuh pun sudah mencecah RM400 lebih sebulan, macam mana pula dengan kos-kos lain seperti susu, makanan bayi, lampin pakai buang dan pelbagai keperluan asas
yang lain. kalau dicampur dengan kos upah pengasuh yang kita kira tadi, setiap pasangan perlu
memperuntukkan sekurang-kurangnya RM800 hingga RM1,000 sebulan untuk membesarkan seorang anak/bayi.
Oleh itu, kewangan yang kukuh adalah menjadi
syarat utama sebelum mereka mengambil keputusan untuk mempunyai
anak. Lantaran inilah semakin ramai trend pasangan muda
yang membuat keputusan untuk tidak mempunyai anak. Sehingga ada yang sudah berkahwin 4 atau 5 tahun pun masih ragu-ragu untuk punyai anak walaupun di hati mereka teringin menimang cahaya mata.
Dari satu sudut, mungkin keputusan tidak
mempunyai anak ini meruapakan satu pilihan yang baik buat mereka tapi untuk
jangka masa panjang, trend ini akan memberi kesan negative kepada
pasangan tersebut.
Pertamanya, dalam kehidupan rumah tangga,
anak-anak dan keturunan diibaratkan sebagai tali pengikat kepada hubungan pasangan suami isteri. Anak
adalah karunia. Kehadiran mereka adalah nikmat. Tanpa mempunyai anak, sesebuah
rumah tangga itu menjadi sunyi.
Mungkin setahun dua kita masih boleh menerima keadaan
tersebut tetapi apabila semakin lama, jika hanya kita berdua suami isteri saja yang ada dalam
rumah tersebut, perasaan sunyi akan mula mengusik. Ketika inilah kita memerlukan
suara ahli baru dalam rumah kita sebagai penyeri.
Di ketika itulah akan
muncul bisikian dari syaitan supaya si suami atau si isteri mencari pasangan
lain kerana mula jemu apabila asyik memandang wajah yang sama setiap kali
pulang dari tempat kerja. Lama kelamaan,
keharmonian rumah tangga mula menjadi retak. Inilah satu daripada faktor penyumbang kepada peningkatan kadar perceraian di Malaysia.
Kedua, Setiap anak yang lahir ke dunia ini hadir bersama rezekinya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Bukan sekadar membawa kehidupan baru, bahkan setiap tangis pertama mereka menjadi pembuka pintu rahmat buat ibu bapanya. Dalam diam, ibu bapa sebenarnya turut menumpang rezeki yang Allah titipkan bersama kelahiran anak-anak ini.
Secara logiknya, semakin ramai zuriat yang kita miliki, semakin luas pintu rezeki yang terbuka. Bukan semata-mata dalam bentuk wang ringgit, tetapi juga dalam bentuk keberkatan, kasih sayang, dan peluang yang tidak disangka-sangka. Allah sendiri menegaskan dalam firman-Nya:
“Dan janganlah
kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki
kepadamu dan kepada mereka.” (QS.
Al An’am [6]: 151).
Ini bukan sekadar ayat, tetapi ia adalah janji Allah. Janji yang tidak pernah dimungkiri.
Benar, mungkin di awalnya hidup kita mungkin terasa sempit. Mungkin kita pernah rasa tertekan mengurus kewangan dan keperluan keluarga. Tapi percayalah, dengan tawakkal, kesungguhan dan doa yang tidak pernah putus, Allah akan tunjukkan jalan. Dia akan cukupkan keperluan, hadirkan pertolongan, dan mudahkan langkah, satu demi satu.
Oleh itu, jangan takut untuk menerima anugerah anak dengan hati yang lapang. Jangan biarkan rasa bimbang menghalang rezeki yang belum sempat menjengah. Setiap anak adalah amanah, dan dalam amanah itu, terkandung kasih sayang Tuhan yang luas. Kita hanya perlu berusaha — kerana rezeki mereka sudah tersedia, hanya menunggu untuk kita jemput dengan usaha dan tawakkal.
Akhir
sekali, dengan mempunyai zuriat yang ramai, mana tahu dalam salah seorang anak
kita itu tergolong dalam golongan anak yang soleh/solehah dan dia akan menjadi penyambung pahala kepada kita setelah kita kembali ke alam barzah nanti. Sesuai dengan maksud sebuah hadis,
‘’ Jika seorang anak Adam mati, maka
terputuslah semua amalnya kecuali tiga: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat
dan anak shaleh yang berdoa untuknya.” (HR Muslim).
Kesimpulannya,
trend untuk tidak mempunyai anak ini merupakan trend songsang yang tak sepatutnya diikuti oleh kita,
terutamanya pasangan muda. Mungkin untuk seketika anda boleh mengikut trend ini
tetapi untuk jangka panjang, trend ini merugikan pasngan itu sendiri.
Apatah lagi apabila kita mencapai usia tua. Di saat itu pasti kita mengini
seoarang individu yang bernama anak untuk
menjaga dan melihat keadaan kita yang semakin uzur.
6 comments:
anak itu rezeki dan setiap insan yg lahir telah ditentukan rezeki masing2.
Mmg betul tuan, setiap anak2 itu pasti ada rezeki yg ditentukan buat mereka, malah buat kita juga, in shaa Allah. Salam ukhwah :)
betui betuii. takut nanti bila tangguh tangguh and time nak ada anak, tiada rezeki pula kan.
Setuju dengan pendapat tuan, setiap anak ada rezekinya masing-masing. Cuma pasangan mungkin risau juga disebabkan kos sara hidup yang makin tinggi ni..huhu
Dapat anak bermakna dapat rezeki. Dapat lagi banyak anak maknanya dapat lagi banyak rezeki.
Oh my goodness! a tremendous article dude. Thank you Nonetheless I'm experiencing concern with ur rss . Don’t know why Unable to subscribe to it. Is there anyone getting identical rss problem? Anyone who knows kindly respond. Thnkx casino real money
Post a Comment