Tuesday, 11 September 2018

Anak dan Rezeki


Komitmen terhadap  kerja dan peningkatan kos sara hidup menjadi alasan untuk pasangan muda di negara kita untuk tidak mempuyai anak walaupun telah lama berkahwin. Mengikut laporan akhbar The Star hari ini(11 September 2018), dua isu ini menjadi factor utama mengapa kebanyakan warga negara Malaysia mengambil keputusan untuk tidak mempunyai anak.

Ada yang bercadang untuk mempunyai anak seawal usia perkahwinan mereka tetapi apabila mereka mebuat ‘bajet’, didapati kos untuk menyara seorang anak adalah tinggi. Terutamanya di Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Misalnya, untuk menjaga seorang bayi yang berusia 3 bulan sehingga setahun, dianggarkan sekitar RM350 hingga RM450 sebulan. Itu pun setelah diadakan perbincangan secara 'win-win situation' di atara si ibu dengan pengasuh. Jika tak pandai berdiskusi, mungkin harganya akan lebih tinggi lagi.

Itu baru kos mengupah pengasuh, belum lagi dikira kos susu, makanan bayi, lampin pakai buang dan pelbagai keperluan asas yang lain. Jika dicampur dengan kos upah pengasuh yang kita kira tadi, setiap pasangan perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM800 hingga RM1,000 sebulan untuk membesarkan seorang anak/bayi.

Oleh itu, kewangan yang kukuh adalah menjadi syarat utama sebelum satu-satu pasangan itu mengambil keputusan untuk mempunyai anak dan lantaran inilah semakin ramai trend di kalangan pasangan muda yang  tidak mempunyai anak. Sehingga ada yang sudah berkahwin selama 4 atau 5 tahun tetapi masih ragu-ragu untuk mempunyai anak walaupun di hati mereka teringin untuk menimang cahaya mata. 

Dari satu sudut, mungkin keputusan tidak mempunyai anak ini meruapakan satu pilihan yang baik buat mereka tapi untuk jangka masa panjang, trend tidak mempunyai anak  ini akan memberi kesan negative kepada pasangan tersebut.

Pertamanya, dalam kehidupan rumah tangga, anak-anak dan keturunan diibaratkan sebagai  tali pengikat kepada  hubungan pasangan suami isteri itu. Anak adalah karunia. Kehadiran mereka adalah nikmat. Tanpa mempunyai anak, sesebuah rumah tangga itu menjadi sunyi. 

Mungkin setahun dua kita masih boleh menerima keadaan tersebut tetapi apabila semakin lama hanya kita berdua saja yang ada dalam rumah tersebut, perasaan sunyi akan mengusik. Ketika inilah kita memerlukan suara ahli baru dalam rumah tangga kita sebagai penyeri. 

Di ketika itulah akan muncul bisikian dari syaitan supaya si suami atau si isteri mencari pasangan lain kerana mula  jemu apabila  asyik memandang wajah yang sama setiap kali pulang dari tempat kerja. Lama kelamaan, keharmonian rumah tangga akan menjadi retak dan faktor ini merupakan satu daripada faktor yang menyumbang kepada peningkatan statsitik perceraian di kalangan pasangan di Malaysia.

keduanya, setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya oleh ALLAH SWT. Dengan itu, ibu bapa secara langsung turut sama menumpang rezeki anak. Jika anak-anak yang kita miliki itu ramai,  maka semakin bertambahlah karunia  rezeki yang Allah akan berikan kepada kedua orang tuanya. Sesuai dengan firmanNya yang bermaksud;

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka.” (QS. Al An’am [6]: 151).

Begitulah janji Allah kepada kita.  Mungkin pada peringkat mulanya kehidupan ibu bapa agak terumabng ambing kerana menampung keperluan mereka tetapi dengan berkat tawakkal dan tidak putus berusaha, InsyaAllah kedaan akan berubah. Oleh itu jangan takut untuk mempunyai ramai zuriat kerana rezeki mereka telah ditentukan Allah. Cuma kita perlu berusaha sahaja untuk mencarinya.

Akhir sekali dengan mempunyai zuriat yang ramai, mana tahu dalam salah seorang anak kita itu tergolong dalam golongan anak yang soleh/solehah dan dia akan menjadi penyambung pahala kepada kita sewaktu kita telah berangkat ke alam barzah nanti. Sesuai dengan maksud sebuah hadis,

 ‘’ Jika seorang anak Adam mati, maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak shaleh yang berdoa untuknya.” (HR Muslim).

Kesimpulannya, trend untuk tidak mempunyai anak ini merupakan trend songsang yang tak sepatutnya diikuti oleh kita, terutamanya pasangan muda. Mungkin untuk seketika anda boleh mengikut trend ini tetapi untuk jangka panjang, trend ini merugikan diri pasngan itu sendiri. Apatah lagi apabila kita mencapai usia tua. Di saat itu pasti kita mengini seoarang individu yang bernama anak untuk  menjaga dan melihat keadaan kita yang semakin uzur.

6 comments:

Abam Kie said...

anak itu rezeki dan setiap insan yg lahir telah ditentukan rezeki masing2.

Khir Khalid said...

Mmg betul tuan, setiap anak2 itu pasti ada rezeki yg ditentukan buat mereka, malah buat kita juga, in shaa Allah. Salam ukhwah :)

Sayidah Napisah said...

betui betuii. takut nanti bila tangguh tangguh and time nak ada anak, tiada rezeki pula kan.

Jaja | Youth Skincare said...

Setuju dengan pendapat tuan, setiap anak ada rezekinya masing-masing. Cuma pasangan mungkin risau juga disebabkan kos sara hidup yang makin tinggi ni..huhu

Boss said...

Dapat anak bermakna dapat rezeki. Dapat lagi banyak anak maknanya dapat lagi banyak rezeki.

eddyshaw9272711 said...

Oh my goodness! a tremendous article dude. Thank you Nonetheless I'm experiencing concern with ur rss . Don’t know why Unable to subscribe to it. Is there anyone getting identical rss problem? Anyone who knows kindly respond. Thnkx casino real money

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...