Sunday, 12 June 2022

Senyum Pagi..

 Senyum pagi...

Isu kenaikan harga barang terus membelenggu kita semua. Bukan sekadar bahan mentah, tapi semua sektor juga nampaknya sudah mula berlumba-lumba menaikkan harga. Bermula dari kenaikan harga petrol, ayam, telur dan ikan, kini harga sayur-sayuran juga turut naik sama.
Terbaru, dengar khabar kedai Eco juga dah naikkan harga barangan mereka dari RM2.20 kepada RM2.40 bermula 1 Jun itu hari.. Alasannya kerana kos pengurusan yang semakin meningkat.
Selepas ini, apa pula?
Sementara nak tunggu apa barang yang akan naik pula lepas ni, di kesempatan ini Abam ingin menzahirkan kesyukuran kerana harga roti canai di kedai mamak yang selalu Abam pergi minum tu, masih lagi murah jika nak dibandingkan dengan harga kat Singapore atau New Zealand.......
Walaupun saiznya Abam tengok dah semakin mengecil dan nipis.. 😁😁

Kredit: Kartunis Bin Zain @ S41F
Ingin mendapatkan update kartun atau karya terkini dari karyawan kami? Sila follow kami di sini:






3 comments:

nona sani said...

Senyum aje ler....Haha...
Roti canai murah pon jadik la...pandai saiz dikecikkan..hehe

usryabdullah said...

Serba serbi mahal sekarang..

siti rohaida said...

memang sangat terasa sekarang dengan kenaikkan harga yang boleh dikatakan mendadak.

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...