Saturday, 26 April 2025

Perancangan atau takdir tuhan itu amat indah

Kita sering berhadapan dengan pelbagai ujian kerana hidup ini dipenuhi suka, duka, berjaya, gagal, rezeki dan kehilangan.

Namun bagi mereka yang yakin dengan takdir tuhan, setiap yang berlaku itu akan dilihat sebagai sebahagian daripada rencana tuhan untuk memberi sesuatu yang lebih besar di kemudian hari.
Keyakinan ini memberi ketenangan dalam hati mereka kerana mereka tahu bahawa Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..

                                                                                        
Yakin Pada Perancangan Tuhan




Takdir tuhan penuh dengan teka teki

Kadang-kadang, sesuatu yang kita inginkan tidak tercapai. Tapi dengan yakin pada takdir, kita belajar untuk redha dan percaya mungkin ada sesuatu yang lebih baik sedang menanti.
Bukan tuhan tak nak bagi tapi Dia sedang susun. Kadang Dia tangguh, sebab Dia nak bagi yang lebih baik. Kadang Dia tolak, sebab yang kita nak itu bukan untuk kita.







Friday, 25 April 2025

Bersyukur Dan Berterima Kasih

 Senario pertama

Pada bulan lepas, kita telah membawa anak ke Restoran KFC. Seronok dia apabila dapat masuk dan makan di restoran itu. Sepanjang perjalanan pulang, dia tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada kita.
Kita ingat dia akan lupa hari itu. Rupanya tidak. Bukan pada hari itu saja dia berterima kasih kepada kita, sebaliknya setiap kali kita menjemputnya dari sekolah, dia akan menyebut-nyebut tentang pengalamannya makan di Restoran KFC. Dia berasakan betapa baiknya kita kerana telah membawanya makan di restoran tersebut.
Sebagai ayah, apa perasaan kita terhadap anak ini?

.
 Senario Kedua
Kita seorang pengurus di sebuah syarikat swasta dan mempunyai beberapa orang pekerja bawahan. Seorang daripada pekerja kita ini suka mengadu dan selalu berkeluh kesah. Ada saja yang tidak kena di matanya. Bermula dengan tangga gaji yang ditawarkan oleh pihak syarikat sehinggalah kepada layanan syarikat terhadapnya walaupun dia tahu yang posisi dan kelayakan dia di syarikat ini hanyalah sebagai seorang pekerja biasa saja.
Sebagai seorang ketua atau in charge di unit tersebut, apa perasaan kita terhadap pekerja ini?
Untuk senario pertama, di mana anak kita selalu memuji dan berterima kasih kerana kita telah bermurah hati membawanya keluar makan ke Restoran KFC, kita rasa amat senang hati. Malah jauh di sudut hati, kita berazam untuk membawanya lagi ke sana jika kita ada rezeki lebih.
Manakala untuk kes dia mana pekerja yang suka mengadu dan berkeluh kesah dengan gaji dan layanan syarikat terhadapnya itu pula, kita sebagai ketua pasti akan rasa menyampah dan tidak mahu melayan kerenah pekerja tadi. Malah jika diberi kuasa, kita bercadang untuk memecatnya dari syarikat ini kerana khuatir disebabkan oleh dia seorang, mungkin pekerja lain akan terpengaruh sama.

.
Apa yang ingin diperkatakan dalam dua senario itu ialah sifat berterima kasih atau bersyukur.
Sebagai manusia atau individu biasa, kita akan rasa senang hati dan kita mungkin akan berusaha untuk memenuhi lagi permintaan individu yang sedar diri dan tahu berterima kasih. Sebaliknya kita akan rasa bosan dan menyampah terhadap individu yang suka aduan dan banyak songeh itu. Begitulah realiti kehidupan.

Kita tahu bahawa Allah itu bersifat dengan sifat Maha Pemurah. Dia telah mencipta kita di muka bumi ini dan kemudiannya Dia memberi kita rezeki. Tidak kira sama ada kita seorang yang baik ataupun tidak, setiap daripada kita tetap akan diberi rezeki.

Cuma, yang membazakannya ialah sekiranya seseorang individu itu baik dan sentiasa bersyukur atas setiap nikmat yang diterima, tidak mustahil Allah akan beri lagi nikmat-nikmat yang lain kepadanya. Sebagaimana kita berazam untuk membawa sekali lagi anak kita yang tahu menghargai dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kerana telah membawa dia makan ke Restoran KFC.

Sebaliknya, Allah boleh menyempitkan lagi sumber rezeki dan nikmat kepada individu yang suka berkeluh kesah dan tidak tahu bersyukur. Sebagaimana kita rasa ingin memecat atau menamatkan saja perkhidmatan pekerja yang kaki aduan dan banyak songeh tadi.

Sebenarnya, Allah tidak perlu pun akan ucapan terima kasih dari kita dan tanpa ucapan terima kasih kita itupun kedudukan dan kekuasan-Nya tidak sesekali terjejas. Cuma, Dia mahu kita bersyukur supaya kita sedar diri yang kita ini adalah hamba-Nya. Dia mahu kita sedar siapa diri kita dan kedudukan kita di sisi-Nya.

.

👉 Ini antara petikan yang dikupas dalam buku Hidup Kena Kuat , “Nota Untuk Sukses Dalam Kehidupan”, khususnya dalam bab:

Bersyukur dan berterima kasih.


Dalam buku ini, bukan sekadar  isu ini saja yang disentuh…Tetapi pelbagai isu dan realiti kehidupan yang kita semua pernah lalui juga disentuh seperti, tentang rezeki, emosi, pencarian makna hidup, tentang sabar dan syukur.

Yang menariknya, setiap perbincangan bukan sekadar “kata-kata semangat”…Tetapi disertakan solusi yang digarap dari sudut psikologi Islam agar lebih dekat, lebih mendalam, dan lebih menyentuh jiwa.


👉 Kalau anda rasa penulisan ini “kena” dengan hati anda… jangan biarkan ia sekadar lalu begitu saja.

📖 Dapatkan sekarang buku Hidup Kena Kuat, dan mula ubah cara anda melihat ujian dalam hidup.

💬 Tekan link di bawah, saya akan bantu anda dapatkan buku ini.

                                       ðŸ‘‰   Borang pesanan buku Hidup Kena Kuat

.



Atau boleh juga tekan link di bawah:

Thursday, 6 February 2025

Tuhan uji kita kerana Dia ingin mengkabulkan hajat kita


Tuhan uji kita bukan untuk menyusahkan kita, sebaliknya inilah salah satu cara Dia ingin mengabulkan permintaan kita. Setiap ujian adalah langkah untuk mendekatkan kita pada impian dan harapan.
Dengan ujian, kita belajar sabar, ikhlas, dan memperbaiki diri. Akhirnya, doa yang kita panjatkan itu akan diterima dengan cara yang terbaik oleh-Nya.

❤️
❤️
❤️
DR.Usrynorie@Abam
Jumaat 7 Februari 2025

** Nak dapatkan buku saya, boleh klik link ini, : https://usryabdullah.blogspot.com/p/blog-page.html




 

Sunday, 29 December 2024

Berbahagi Rezeki

 

“ Kak, bungkus nasi lemak satu. Lauk paru ya.”

“Baik encik” .

“Okey encik, siap! RM5.50.”

“Ini kak duitnya”, lalu kita pun hulur sekeping not kertas ‘kaler hijau’ dan sekeping not seringgit.

“Ini bakinya, RM0.50sen”. Kakak nasi lemak pun hulur duit syiling pada kita.

“Tak apa kak. Simpan duit baki tu. Anggap ia sebagai sedekah daripada saya”.

 

Kata ustaz yang selalu datang memberi kuliah agama di surau kami, “Jika kita rajin bersedekah, rezeki kita akan menjadi lebih murah.”

 

Menurut beliau lagi, formula bersedekah ini memang pelik dan tidak terjangkau dek akal kita. Kalau ikut perkiraan asas Matematik yang diajar oleh Cikgu Fadli Salleh kepada murid-murid beliau di sekolah, katakan anda mempunyai dua biji rambutan. Kemudian anda beri sebiji rambutan itu kepada kawan yang duduk di meja sebelah. Jadi baki rambutan yang anda ada sekarang tentulah satu.

 

Bagaimanapun, tidak bagi amalan sedekah ini kerana perkiraan ‘dua tolak satu’ itu jawapannya bukan ‘satu’ malah ia boleh jadi ‘sepuluh atau 'tujuh puluh’.

 

Ia bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:  "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."(Al-Baqarah: 261)

 

Kelebihan sedekah memang tidak dapat disangkal. Amalan ini tidak sekali-kali akan mengakibatkan harta kita berkurangan; sebaliknya, semakin kerap kita memberi, ia mampu memperkayakan hati, membersihkan harta, melonggarkan rezeki, dan memanjangkan usia. Yang paling penting, kita perlu yakin dengan ketentuan rezeki yang ditentukan oleh Allah.


Ustaz juga menasihati agar kita tidak hanya bersedekah apabila kita sudah kaya. Sebaliknya, kita perlu bersedekah sehingga mencapai kekayaan, kerana bukan jumlah sedekah yang dilihat oleh Allah, tetapi kualiti sedekah yang kita lakukan. Dengan kata lain, keikhlasan dan niat baik dalam bersedekah adalah lebih utama daripada jumlah yang besar.


**************************************************************

👉 Ini antara petikan yang terdapat dalam buku Hidup Kena Kuat , “Nota Untuk Sukses Dalam Kehidupan”, khususnya dalam bab:

                                                        Berbahagi Rezeki

Dalam buku ini, bukan sekadar satu isu yang disentuh…Tetapi pelbagai realiti kehidupan yang kita semua pernah lalui, iaitu tentang rezeki, emosi, pencarian makna hidup, tentang sabar ,syukur dan banyak lagi..

Yang menariknya, setiap perbincangan bukan sekadar “kata-kata semangat”…Tetapi disertakan solusi yang digarap dari sudut psikologi Islam agar lebih dekat, lebih mendalam, dan lebih menyentuh jiwa.


👉 Kalau anda rasa penulisan ini “kena” dengan hati anda… jangan biarkan ia sekadar lalu begitu saja.

📖 Dapatkan sekarang buku Hidup Kena Kuat, dan mula ubah cara anda melihat ujian dalam hidup.

💬 Tekan link di bawah, saya akan bantu anda dapatkan buku ini.


👉  Borang Pesanan Buku HIDUP KENA KUAT




Apabila Rezeki Masih Tertahan

 

Pada dasarnya, rezeki setiap individu telah ditentukan oleh Allah SWT semasa roh ditiupkan ke dalam jasad kita ketika masih berada dalam kandungan. Pada saat itu, Allah telah menetapkan seberapa banyak rezeki yang akan diperoleh oleh setiap orang. Baik itu dalam bentuk keuntungan ataupun kerugian, segala sesuatu telah dicatatkan dan tidak akan berubah hingga saat kita menghembuskan nafas terakhir.

 

Berdasarkan prinsip ini, Pak Belalang dengan penuh keyakinan memberikan tazkirah kepada Pak Kachung dan temannya ketika mereka datang berkunjung ke rumahnya. Mereka mengajaknya untuk bekerja di ladang baharu yang diterokai oleh Ketua Kampung.

 

Dalam tazkirahnya, Pak Belalang menyampaikan, "Lagikan ulat dalam batu boleh makan, inikan pula kita yang di dalam rumah." Benar seperti yang dikatakan oleh Pak Belalang, rezeki setiap individu telah ditetapkan oleh Allah. Selama kita masih hidup, rezeki itu tetap tersedia. Meskipun ulat berada di dalam batu, Allah tetap menyediakan rezeki untuknya. Namun, perlu diingat, tidak semua rezeki yang ditetapkan untuk kita akan turun dengan mudah. Kita masih diwajibkan untuk berusaha.

 

Jadi, walaupun rezeki sudah ditetapkan, usaha dan kerja keras tetap diperlukan. Itulah bagian dari ujian hidup dan bentuk ketaatan kita kepada Allah. Dengan menjaga tawakkal dan terus berusaha, kita akan mendapatkan rezeki yang telah Allah tetapkan untuk kita pada waktunya.

 

Sebagaimana maksud ayat yang berbunyi, “Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Nahl: 14).

Intipati utama dalam ayat tersebut ialah kita kena berusaha. Walaupun rezeki untuk kita sudah ditetapkan tetapi ia tidak akan turun dengan sendiri.

 

Justeru, jika di antara kita berasakan seolah-olah rezeki terhenti atau terkandas pada masa ini, ingatlah bahawa ini bukan bermakna Allah lupa mencatatkan rezeki untuk kita atau Allah tidak lagi melimpahkan rahmat-Nya kepada kita. Tidak! Sesungguhnya, Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Walau seburuk mana pun seseorang itu, sejahat mana pun seseorang itu, Allah tetap memberikan rezeki. Tidak pernah ada catatan dalam sejarah peradaban manusia di mana orang jahat atau zalim meninggal kelaparan kerana kekurangan makanan. Sebaliknya, ada di antara mereka yang hidupnya berkecukupan dan lebih mewah daripada kita yang berusaha ke arah kebaikan. Ini membuktikan betapa Maha Pemurahnya Allah. Orang jahat pun masih diberikan rezeki, apatah lagi orang baik seperti kita. Mungkin rezeki kita belum tiba.


👉 Ini antara petikan yang dikupas dalam buku Hidup Kena Kuat , “Nota Untuk Sukses Dalam Kehidupan”, khususnya dalam bab:

                                                        Apabila Rezeki masih tertahan

Dalam buku ini, bukan sekadar satu isu yang disentuh…Tetapi pelbagai realiti kehidupan yang kita semua pernah lalui, tentang rezeki, emosi, pencarian makna hidup, tentang sabar dan syukur.

Yang menariknya, setiap perbincangan bukan sekadar “kata-kata semangat”…Tetapi disertakan solusi yang digarap dari sudut psikologi Islam agar lebih dekat, lebih mendalam, dan lebih menyentuh jiwa.


👉 Kalau anda rasa penulisan ini “kena” dengan hati anda… jangan biarkan ia sekadar lalu begitu saja.

📖 Dapatkan sekarang buku Hidup Kena Kuat, dan mula ubah cara anda melihat ujian dalam hidup.

💬 Tekan link di bawah, saya akan bantu anda dapatkan buku ini.


       ðŸ‘‰     Borang pesanan buku Hidup Kena Kuat



                                         Atau boleh juga  klik link di bawah:

👉  https://usryabdullah.blogspot.com/p/blog-page.html





 

Mengapa Rezeki Aku Belum Sampai-Sampai lagi?

 

Tatkala lelah dan keletihan merayapi diri, sering kali terlintas dalam fikiran untuk menyerah. Usaha yang dilakukan dengan penuh daya dan upaya, namun hasil yang diimpikan masih terlalu jauh untuk dicapai. Malah, semakin keras berusaha, rezeki seolah-olah semakin berlari menjauh, bukan mendekat.

 

Kekecewaan bertambah apabila melihat jiran atau sahabat yang mungkin tidak seberapa usaha mereka, namun hasil yang diperoleh jauh melampaui usaha kita yang gigih bekerja siang dan malam. Pertanyaan diri muncul, "Apakah ini petanda bahawa hidupku telah diatur untuk terus menderita dalam kemiskinan? Mengapa segala usaha yang dilakukan tidak pernah membuahkan hasil?"

 

Namun, di tengah tekanan dan kegelisahan itu, tenangkan hati. Renungkan dengan sabar dan yakinlah bahawa setiap ujian adalah ujian yang Allah berikan. Mungkin kita tidak dapat melihat hikmahnya pada masa ini, tetapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

 

Hidup ini penuh cabaran, namun bukan bererti kita harus menyerah kalah. Perjalanan hidup penuh dengan ujian dan dugaan, tetapi setiap usaha yang dilakukan dengan ikhlas dan tawakkal kepada Allah pasti akan mendapat ganjaran pada waktu yang tepat.

 

Tetaplah berusaha dengan penuh keikhlasan dan yakinlah bahawa setiap langkah ke arah kebaikan pasti akan diakui oleh Allah. Jangan terlalu fokus pada kebendaan semata-mata, kerana kebahagiaan sejati juga terletak pada kepuasan hati dan ketenangan jiwa.

Ingatlah, kehidupan ini bagaikan perjalanan yang panjang. Kadang-kadang, kita perlu bersabar menunggu waktu yang tepat untuk meraih kejayaan. Teruskan usaha, berdoa dengan tulus, dan percayalah bahawa setiap detik usaha yang diberikan pasti akan menjadi ladang kejayaan di masa depan.

 

Dalam surah Hud ayat 6, Allah SWT telah berfirman: “Dan tidak ada suatu binatang yang melata di bumi melainkan Allah-lah akan memberinya rezeki, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh).”

 

Ayat tersebut memberitahu kita bahawa rezeki untuk kita telah dijamin sejak azali lagi. Cuma, rezeki itu belum sampai lagi. Justeru, selagi rezeki kita belum sampai, selagi itulah ia belum menjadi hak milik kita. Lalu, selagi itulah juga kita kena terus berusaha.

 

Betul sekali, sahabat. Kayuhan hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Semua orang menghadapi ujian masing-masing, dan setiap detik itu bagaikan satu cabaran yang perlu dihadapi dengan keberanian dan ketabahan.


Jangan pernah menyerah atau menyalahkan takdir, kerana sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Bersangka baik kepada Allah adalah langkah yang bijak, kerana Dia Maha Pemurah dan Maha Menyayangi. Seperti kata-kata pakar motivasi yang pernah diikuti, hidup memang perlu ada cabaran. Tanpa cabaran, hidup menjadi bosan dan kehilangan daya tariknya. Cabaran-cabaran itulah yang memberikan warna-warni pada perjalanan hidup kita.


.

Petikan dari buku: Hidup Kena Kuat. 'Nota untuk sukses dalam kehidupan'.




                                Nak dapatkan buku ini, klik link di bawah: 

                          Borang Pesanan Buku HIDUP KENA KUAT

                                    Atau

                                 https://wasap.my/60165120479/HidupKenaKuat
 

                                      





Wednesday, 25 December 2024

Tips bahagia Cara Kita

Setiap orang inginkan bahagia. Tidak ada siapa yang tak mahu hidup bahagia. Jika boleh setiap hari kita nak lalui kehidupan dengan tenang, aman dan gembira.

Tapi peliknya…Semakin kita kejar bahagia, semakin kita rasa jauh dari bahagia. Kita ingat bahagia tu kena tunggu banyak duit dulu. Kena tunggu hidup stabil dulu. Kena tunggu semua masalah selesai dulu.

Hakikatnya… kalau kita letak syarat terlalu tinggi untuk bahagia, sampai bila pun kita takkan rasa cukup. Sebab bahagia ni bukan sesuatu yang besar-besar pun. Bukan kena tunggu “perfect life” baru boleh rasa.

Kadang-kadang… bahagia tu datang dari perkara yang kecil yang kita selalu pandang biasa. Nak rasa bahagia sebenarnya tak perlu buat benda pelik-pelik pun.Tak perlu tunggu hidup berubah 180 darjah.Cukup mula dengan perkara yang ringan…Yang kita boleh buat hari-hari.

Contohnya… 👇


1) Tak perlu ambil tahu perkara yang kita tak perlu tahu.

Kadang-kadang kita ni penat bukan sebab kerja banyak pun. Tapi sebab terlalu banyak nak ambil tahu perkara yang tak perlu kita tahu. Misalnya, ada orang bergaduh, kita nak ambil tahu. Ada orang putus cinta, kita sibuk nak korek cerita dan ada orang berjaya, kita mula banding dengan hidup sendiri. Padahal.. semua tu bukan masalah kita pun, tapi kita pula yang jadi serabut. Point ni ada saya kongsi satu bab dalam buku saya, buku Hidup kena kuat.


Kadang-kadang, diam dan tak ambil tahu tu adalah satu bentuk penjagaan diri. Bukan bermakna kita tak peduli… Tapi kita tahu mana yang patut kita fokus.

Kita pilih untuk tak ambil tahu bukan sebab kita tak peduli…Tapi sebab kita dah penat menjaga hati sendiri yang selalu terluka dengan perkara yang tak perlu. Tak semua benda kita kena respon.Tak semua cerita kita kena masuk campur dan tak semua hal orang lain kita kena simpan dalam kepala.

Ada perkara…Kalau kita tahu, hati jadi berat. Kalau kita dengar, fikiran jadi kusut. Kalau kita ikut campur, jiwa jadi penat. Sebab tu, kadang-kadang kita pilih untuk diam. Kita undur sedikit, bukan untuk lari…Tapi untuk jaga tenang dalam diri.

Bukan kita tak ambil kisah langsung, cuma kita dah belajar…Tak semua benda layak dapat perhatian kita.


2) Jangan bandingkan harta kita dengan orang yang lebih kaya. Takut nanti hilang rasa syukur dalam diri atas rezeki yang kita ada.

Kadang-kadang kita ni okay je…Sampai lah satu hari kita mula bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita tengok dia pakai kereta mahal, kita rasa kereta kita biasa saja. Tengok dia pergi bercuti luar negara, kita rasa hidup kita tak ke mana dan tengok rumah dia besar, terus rasa rumah sendiri sempit.

Padahal sebelum tu… kita bersyukur je. Cukup makan, cukup pakai, hati pun tenang. Masalahnya bukan pada rezeki kita yang kurang tapi pada mata kita yang terlalu fokus pada rezeki orang.

Masih diberi kesihatan yang baik, jiwa yang masih segar, badan yang masih kuat dan rezeki yang tak putus-putus pun sudah cukup untuk kita rasa bahagia. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mencari bahagia yang besar… Sampai kita terlupa nikmat kecil yang sebenarnya sangat besar.

Cuba tengok diri kita hari ni. Masih boleh bangun pagi dengan badan yang sihat. Masih boleh bernafas tanpa bantuan. Masih ada tenaga untuk bergerak, bekerja, berjalan ke sana sini. Itu semua bukan benda biasa… Itu adalah nikmat.

Semakin kita pandang ke atas, semakin kita rasa diri kita tak cukup. Akhirnya… Rasa syukur tu makin hilang sikit demi sikit.

Hakikatnya, setiap orang ada perjalanan masing-masing. Rezeki pun datang dengan cara dan masa yang berbeza. Jadi, jaga hati kita. Jangan biarkan perbandingan curi rasa syukur yang kita ada.


Kita cipta bahagia cara kita..


DR. Usrynorie




Berminat nak beli buku saya? Boleh klik link di bawah:


** Nak tonton video-video yang membuka minda dan menenangkan hati, boleh singgah ke blog saya melalui pautan di bawah:

Tak Semua Orang Sampai Serentak

  Tentu ramai yang masih ingat lagi zaman kita di bangku sekolah dulu.  Ketika di sekolah, mesti kita akan ketemu dengan kawan yang bijak da...