Jom Join SEGMEN BLOGLIST Bersama blogger CIK LA. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/12/segmenbloglist-new-year-januari-hingga.html |
Saturday, 30 December 2017
Segmen BLOGLIST New Year
Sunday, 17 December 2017
Jujurlah dalam perniagaan
Isu kenaikan harga barang nampaknya sudah menjadi perkara
biasa bagi kita semua. Isu ini adalah isu lama dan ia bukan saja dialami oleh golongan pengguna yang
tingggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Putrajaya, Shah
Alam, dan Johor Baharu sahaja malah tempiasnya juga sudah mula dirasai oleh
mereka yang tinggal di kawasan pedalaman seperti Jeli, Gua Musang, Ijok atau pun
Lenggong. Malah sejak kebelakangan ini golongan artis juga tidak terkecuali. Ramai yang mula meluahkan perasaan tidak puas hati mereka di laman sosial berkenaan isu ini.
Salah satu sebab mengapa terjadinya kenaikan ini adalah kesan dari kenaikan dalam kos pengeluaran yang dialami
oleh golongan peniaga. Antara faktor utama yang
menyumbang kepada kenaikan kos ini ialah ketidak tentuan harga petrol dan disel. Kesan
dari kenaikan harga petrol dan disel ini kemudiannya menyumbang kepada kenaikan dalam kos pengangkutan dan untuk mengekalkan
margin keuntungan mereka, pihak peniaga terpaksa melepaskannya kepada golongan
pengguna iaitu dengan cara menaikkan harga produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan.
Namun begitu, yang menjadi isu kali ini ialah kenaikan harga yang dikenakan oleh peniaga ini tidak seiring dengan kualiti
produk atau perkhidmatan yang mereka jual. Misalnya, baru-baru ini kecoh
di laman sosial seperti facebook atau pun blog tentang sikap sesetangah peniaga yang menjual karipap dengan
harga yang mahal tetapi isi dalamnya hampir kosong atau 90% kosong sehingga digelar sebagai ‘karipap
angin’ atau ‘karipap oksigen’.
Tindakan mereka ini bukan saja mengundang kemarahan pengguna tetapi ia juga bakal mengundang masalah kepada perniagaan beliau sendiri. Malah tindakan ini juga melanggar prinsip pengurusan
perniagaan. Kualiti produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan adalah salah satu daripada faktor kritikal yang menyumbang kepada kemajuan ataupun kegagalan perniagaan yang anda usahakan.
Sebenarnya golongan pengguna juga seperti anda dan mereka juga faham dengan masalah kenaikan kos yang anda alami. Jadi mereka masih boleh menerima kenaikan harga karipap yang anda jual dengan senang hati seandainya kualiti karipap tadi masih lagi mengekalkan kualitinya sama ada dengan tidak mengurangkan isi dalamnya ataupun mengecilkan saiznya. Apa yang merka inginkan ialah produk itu masih berbaloi dengan harga yang dibayar atau dalam bahasa inggerisnya disebut sebagai ‘worth for money’.
Sebenarnya golongan pengguna juga seperti anda dan mereka juga faham dengan masalah kenaikan kos yang anda alami. Jadi mereka masih boleh menerima kenaikan harga karipap yang anda jual dengan senang hati seandainya kualiti karipap tadi masih lagi mengekalkan kualitinya sama ada dengan tidak mengurangkan isi dalamnya ataupun mengecilkan saiznya. Apa yang merka inginkan ialah produk itu masih berbaloi dengan harga yang dibayar atau dalam bahasa inggerisnya disebut sebagai ‘worth for money’.
Sekiranya mereka
mendapati apa yang dibayar itu tidak setimpal
dengan apa yang mereka perolehi, pengguna mula
meninggalkan anda dan akan beralih kepada peniaga lain yang menjual produk atau perkhidmatan yang sama. Dan
bukan setakat itu saja. Mereka juga akan bercerita kepada rakan dan kenalan yang lain tentang anda dan sekiranya isu ini
menjadi viral, reputasi anda akan jatuh dan pelanggan lain juga mula menjauhi anda.
Sikap tamak atau tidak jujur ini juga
sebenarnya bertentangan dengan amalan perniagaan yang disarankan oleh baginda Rasulullah S.A.W. Baginda amat tidak
menyukai kepada peniga yang tidak jujur seperti menawarkan barang yang
kualiti rendah dan tidak setimpal dengan harga yang dibayar oleh pembeli. Kisah ini mungkin anda pernah baca di dalam buku-buku agama, di mana pada suatu peristiwa baginda Rasulullah telah menegur
seorang peniaga yang mencampurkan buah yang hampir rosak dengan buah yang elok dan menjualkannya di pasar.
Jadi jelaslah di sini bahawa tindakan mengekalkan kualiti
produk yang dijual itu akan memberi kesan positif kepada perniagaan anda untuk jangka panjang. Walaupun mungkin anda hanya dapat mengaut keuntungan yang sedikit namun tindakan ini akan mengekalkan
kesetiaan pengguna untuk terus berurusniaga dengan anda. Manakala tindakan mengurangkan kualiti ke atas
produk yang dijual dan tidak 'senilai' dengan harga yang dibayar oleh pembeli bukan saja bersalahan dengan prinsip pengurusan perniagaan moden malah ia juga betentangan dengan sunnah Rasullah.
Tidak ada ruginya anda menjaga kualiti barangan atau perkhidmatan yang dijual itu walaupun mungkin dengan berbuat demikian anda hanya mendapat keuntungan yang sedikit. Selain ia dapat menjamin kesinambungan perniagaan yang anda jalankan, tindakan ini juga
merupakan satu sunnah, di mana anda bakal mendapat pahala dan keuntungannya boleh nikmati di akhirat kelak. Jadi walaupun anda sedang menghadapi masalah kenaikan dalam kos pengurusan, sebolehnya berazamlah untuk berniaga dengan jujur dan menjaga kualiti produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Sekian.
Kongsikan jika bermanafaat
Sekian.
Kongsikan jika bermanafaat
Sunday, 10 December 2017
5 langkah bagaimana membina sebuah perniagaan yang berjaya
Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat dari sehari ke sehari ini ramai yang mula berusaha mencari pendapatan sampingan kerana mengeluh dan menyalahkan pihak tertentu tidak mendatangkan sebarang hasil. Malah ia semakin menyakitkan hati kita sendiri.
Dan kebiasaannya apabila disebut saja pendapatan sampingan,
pasti ramai yang terfikir untuk menjalankan perniagaan sambilan di rumah. Namun
begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa 80% daripada perniagaan yang dibuka
tanpa membuat sebarang persediaan akan menemui
kegagalan hanya selepas dua atau tiga
bulan anda menjalankan perniagaan tersebut (Harper 2003).
Kali ini kita akan bincangkan lima langkah yang perlu diambil
oleh anda yang berhasrat untuk menjalankan perniagaan sambilan di rumah ( home
based- business) supaya perniagaan sambilan yang bakal anda jalankan itu benar-benar dapat
memberi sumber pendapatan sampingan kepada
anda bukannya menambahkan lagi masalah kewangan anda yang sedia ada.
Langkah-langah yang perlu diikuti adalah seperti berikut:
1.
Tentukan apa kemahiran anda
Syarat pertama untuk memulakan apa jua perniagaan atau sebarang aktiviti tambah nilai dalam kehidupan seharian
kita ialah dengan melakukan apa yang kita mahir bukannya mengikut apa yang dicadangkan oleh rakan atau
ahli keluarga semata-mata. Usah mudah terpengaruh dengan iklan atau tawaran
bekerja sendiri di rumah. Mungkin ia sesuai untuk individu lain tapi bukan untuk anda.
Juga jangan terpengaruh dengan perniagaan sambilan yang
diusahakan oleh saudara atau rakan anda walaupun perniagaan mereka itu maju dan
mudah dilakukan. Ini adalah kerana setiap individu dilahirkan unik dan
dianugerahi dengan kemahiran dan
kelebihan yang berbeza. Misalnya, ada individu yang dianugerahkan dengan bakat sebagai
penulis dan ada pula individu yang mempunyai kemahiran memasak atau membuat
kraf tangan.
Gunakan kemahiran yang
telah dianugerahkan kepada anda itu
sebaiknya dan tukarkan ia menjadi satu punca pendapatan. Bukannya dengan meniru apa
yang rakan atau saudara anda lakukan.
2.
Gabungkan personality dan kemahiran anda untuk dijadikan satu idea bisnes
Sebagaimana yang dibincangkan
dalam ‘point’ nombor satu tadi, setiap
individu dianugerahkan kemahiran atau ‘talent’ tersendiri. Di samping itu, kita juga mempunyai ‘traits’
atau personality yang berbeza.
Perbezaan di antara personality
dan kemahiran ialah personality ini adalah sifat dan karekter anda manakala
kemahiran pula ialah apa yang anda ada dan perlu digilap supaya ia menghasilkan
satu kelebihan buat anda.
Cuba periksa apa personality anda dan
seterusnya apa kemahiran yang anda miliki. Kemudian gabungkan
personality dan kemahiran yang anda ada itu untuk diterjemahkan
kepada satu produk atau
perkhidmatan .
Pastikan personaliti dan
kemahiran anda adalah seiring atau ada sinergi di antara satu sama lain. Ini
adalah kerana ada sesetengah individu yang mempunyai kemahiran tertentu tetapi
tidak sesuai dengan personality beliau.
Misalnya, anda mahir memasak tetapi
personality anda ialah seorang yang ‘introvert’ atau pemalu. Dengan ini adalah sukar untuk anda mempromosikan masakan anda walaupun masakan anda
adalah antara yang tersedap di taman perumahan tempat anda tinggal. Atau pun mungkin anda seorang yang ‘extrovert’ atau mempunyai
keyakinan diri yang tinggi, tetapi anda tidak tahu memasak. Juga sukar untuk
anda menjadi seorang peniaga makanan.
Pada langkah kedua ini, cuba anda senaraikan sebanyak mungkin
jenis bisnes yang sesuai dengan
kemahiran dan personality anda.
3.
Buat pemilihan idea bisnes yang sesuai
Setelah anda menyenaraikan jenis perniagaan yang sesuai dengan kemahiran
dan personality anda. Kini tiba pula langkah
seterusnya, iaitu membuat pilihanjenis
bisnes yang betul-betul sesuai
diusahakan sebagai perniagaan dari rumah.
Ini adalah kerana tidak semua
idea perniagaan yang anda senaraikan tadi sesuai diusahakan secara sambilan dari
rumah. Misalnya anda bercadang untuk mengusahakan
perniagaan menjual makanan di rumah anda sedangkan anda tinggal sebuah deretan rumah
teres. Perniagaan sebegini tidak sesuai
dilakukan secara ‘home based-business’
kerana ia akan mengganggu ketenteraman
jiran.
Sudah pasti jiran- jiran di
sekeliling anda merasa tidak selesa denga kedatangan pelanggan anda yang mungkin
akan meletakkan kenderaan di sekitar kawasan mereka. Oleh itu, perniagaan menjual makanan secara
‘home based-business’ adalah tidak sesuai walaupun perniagaan itu sudah kena
dengan personality dan kemahiran anda.
Lupakan saja idea tersebut dan kembali semula kepada senarai jenis-jenis
perniagaan yang sesuai dengan personality dan kemahiran yang anda sediakan
sebelum ini dan pilih perniagaan yang
sesuai.
4.
Buat anggaran atau belanjawan untung rugi
Setelah anda temui satu idea perniagaan yang sesuai,
langkah seterusnya ialah membuat
kira-kira untung rugi atau ‘pojection’.
Cuba anda ‘figure out’ berapa ramai bakal pelanggan yang sudi membeli
produk atau perkhidmatan anda dan berapa
nilai yang mereka sanggup bayar untuk produk atau perkhidmatan yang bakal anda
tawarkan nanti.
Soalan kedua ialah , adakah anda
boleh menjana pendapatan secara berterusan
dengan perniagaan yang bakal diusahakan nanti?
Jawab kedua-dua dua persoalan tadi
secara jujur. Sekiranya jawapan tersebut
tidak memihak kepada anda, jangan lakukan perniagaan yang dirancang itu. Kembali semula kepada langkah 1 sehingga 3 tadi sehingga
anda menjumpai satu perniagaan yang benar-benar ideal.
Dari kajian yang
dijalankan, ramai individu yang terperangkap dalam langkah ini kerana mereka
terlalu teruja untuk menjalankan
perniagaan dan mencari pendapatan sampingan sehingga lupa untuk membuat anggaran dan perkiraan
sebegini. Hasilnya, ramai yang gagal di tengah jalan.
5.
Buat pelan perniagaan
Setelah anda menjumpai satu
perniagaan sampingan yang benar- benar ideal serta menepati ke empat-empat
spesifikasi yang dibincangkan tadi,
sekarang tibalah langkah terakhir, iaitu membuat pelan perniagaan.
Dengan menyediakan pelan
perniagaan, ia akan memberi anda satu maklumat
awal tentang perniagaan yang bakal dilaksanakan nanti sama ada perniagaan tersebut boleh membantu
untuk menjana pendapatan atau sebaliknya.
Dan sekali lagi, sekiranya semasa
anda menyediakan pelan perniagaan ini anda
dapati seakan tidak menepati atau dengan
kata lain perniagaan yang anda bakal laksanakan nanti tidak boleh pergi jauh,
sila kembali semula kepada langkah satu, dua, tiga dan empat.
Ulangi kembali keempat-empat
langkah yang dibincangkan tadi sehingga
anda menjumpai satu peluang yang benar-benar menepati kelima-lima langkah ini.
Jangan cepat berputus asa jika anda tidak menjumpai sebarang perniagaan yang sesuai mengikut teknik yang ditulis ini kerana adalah menjadi perkara biasa atau
lumrah bagi individu yang berjaya dalam
perniagaan terpaksa membuat dua atau tiga kali teknik ini dan pelan perniagaan sebelum beliau benar-benar menjumpai
satu perniagaan yang sesuai dan menepati skop seperti yang ditetapkan. Iaitu satu
perniagaan yang benar-benar ideal dan mampu memberi pulangan yang lumayan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Deepavali 2024
Setiap tahun mesti datang beraya rumah Aci ni sebab dulu Aci ni berjiran dengan mak mertua saya masa mereka sama-sama tinggal du kuarters JK...
-
Bertemu kembali kita dalam perbincangan berkenaan persekitaran perniagaan. Sebelum ini kita telah mengetahui bahawa terdapat dua p...
-
Dalam dunia sekarang bermacam ragam manusia kita boleh jumpa. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercaya...
-
Dalam hidup ini terdapat banyak perkara yang berlawanan. Tinggi lawannya rendah, besar lawannya kecil, cantik lawannya hodoh, cerdik l...