Thursday, 7 December 2017

Faktor ekonomi dan perang mulut antara sahabat dalam satu industri




Kali ini kita lari sikit dari cerita ekonomi dan perniagaan. Kita berborak berkenaan isu semasa, iaitu isu perang dingin sesama rakan dalam satu industri. Maksud saya ialah  perang dingin sesama artis kesan dari isu ekonomi semasa.

Semakin hari perang ini  semakin hangat perang ini.  Jika semalam team B memberi hujah, hari ini giliran team A pula membalas hujah. Masing-masing cuba mempertahankan pendapat.  Masing-masing tak mahu mengalah. Esok lusa entah team mana pula yang akan muncul. Entah apa pula hujah yang akan dilontarkan. Malangnya, jalan penyelesaiannya belum juga kita ketemu.


Isu yang menjadi tajuk perbincangan antara kedua belah pihak  adalah isu sejagat atau dalam bahasa omputehnya isu ‘universal’, iaitu isu ekonomi dan kos sara hidup. Dan  kita telah lama merasai akan kesannya iaitu sejak tahun 2016 lagi.  Namun disebabkan isu  ini seumpama  serangan penyakit barah atau ‘cancer’, setiap dari kita boleh merasai akan kesannya dengan kadar yang amat perlahan. ‘ Man-man say’, kata orang Cina.  Itu pun  mengikut tahap  atau golongan mana kita berada. 

Jika adik kakok berada dalam kelompok  B40, orang Perak kata, adik kakok dah lama ‘tumpo’.  Adik kakok pegi kerja setiap hari  dan dapat duit gaji setiap hujung bulan semata-mata  untuk membayar hutang. Keperluan harian tu sekadar apa yang ada. Duit simpanan, haram sesen pun tak tersimpan. Kemudian tunggu lagi hujung bulan untuk terima gaji. Begitulah seterusnya dari sebulan ke sebulan. Hidup adik kakok  dah serupa  kehidupan Zombi.  “Hidup pun serupo tak berapo nok hidup, mati pun serupa tak berapa nak mati.” ‘ Nang Bo Ti nang, Koi Bo Ti Koi’. 


Namun lain pula jika adik kakok termasuk dalam golongan kelas pertengahan atau ‘semi atasan’ seperti  Dato’ Shiela Majid,  Ahmad Idham serta Fathia Latif.  Semenjak dua menjak ini baru mereka  terasa apa yang adik kakok telah rasai setahun dua yang lalu. Lantaran itu lah mereka  mula bersuara.  Namun, ada pula team lain yang mempersoalkan tindakan mereka menyuarakan ketidak puasan hati dan apa yang mereka rasai ini. Lalu terjadilah acara 'berbalas pantun' di laman portal berita ata talian. Lepas orang tu keluarkan hujah, team lawan pula memberi pendapat. Semakin hangat semakin panas. Entah bila ia akan selesai, kita pun tak tahu lagi.


Sebagaimana yang ambo ‘royat’ tadi, Isu ni adalah isu lama.  Telah lama isu ini  dibahas dan dikupas  di laman-laman social, portal berita mahupun pun blog.  Blog  ini   pun ada juga  menulis akan isu ekonomi  ini.  Tapi lebih tertumpu  kepada golongan peniaga, bukannya kepada masyarakat umum. Adik kakok bulih baca  isu ini semasa  kita menyambut kedatangan tahun baru 2017 dan  ketika pertengahan tahun 2017.


Oleh itu, sasanya tak peru lagi masing-masing kedua belah pihak sekadar  berbalas pantun. Apalah kiranya dihentikan saja acara yang tidak berfaedah ini dan cari jalan alternatif  lain. Kita yang di tengah-tengah ini pun dah penat  membaca hujah-hujah mereka, malah kesan lain dari acara ini ialah boleh menyebabkan hubungan antara peserta berbalas pantun tu semakin  keruh. Hasilnya masih tak nampak. Sebagaimana kata pepatah,  yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Kita yang kat bawah ni bergaduh sampai terputus kawan, tapi mereka yang kat atas nun… bersoarak sorai. Makan semeja minum secawan. Renung-renungkan lah...

6 comments:

Azhafizah MN said...

perang mulut yang tiada penyudahnya...

usryabdullah said...

Hehe..

paridah said...

Sekadar meluah apa yg mrk rasa tak mengapalah jangan berbalah yg xbermnfaat sudah..itu yg mrk suka buat heh..heh..

Warisan Petani said...

Sekadar publisiti.

usryabdullah said...

Hihi...

usryabdullah said...

Setju..

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...