VitahibridOne untuk Kesihatan dan Kecantikan


Di zaman yang serba  pantas seperti sekarang ini, segalanya perlu dilakukan dengan pantas dan cepat sehingga ramai yang terpaksa mengabaikan perkara-perkara penting dalam hidup, terutamanya hal yang berkaitan dengan kesihatan. 

Perkara ini dilalui oleh kebanyakan kita pada setiap hari. Disebabkan ingin cepat tiba di pejabat atau di tempat kerja, kebanyakan isteri  sudah tidak lagi sempat untuk menyediakan sarapan pagi  untuk  diri sendiri, suami dan anak-anak.  Malah ramai yang pergi  bekerja dengan perut kosong dan kemudiannya membeli @ tapau makanan yang dijual di tepi-tepi jalan untuk bekalan sarapan pagi apabila tiba di tempat kerja nanti.  

Malah ada juga yang langsung tidak bersarapan sehingga waktu makan tengahari, barulah mereka menjamah makanan. Dan disebabkan ingin berjimat, timbul pula trend baru, di mana ada yang mengambil sarapan pagi dalam kuantiti yang banyak dengan tujuan untuk 'skip'  makan tengahari. 

Bagi yang berduit pula, mereka lebih gemar membeli makanan segera  kerana mudah dan menjimatkan masa. Cukup dengan hanya satu panggilan telefon saja, selepas beberapa minit makanan yang dipesan tadi akan sampai di hadapan pintu pejabat.  Malangnya mereka tidak sedar bahawa tabiat pengambilan makanan segera ini adalah tidak baik untuk kesihatan. Ini kerana kebanyakan makanan segera mengandungi 'extra'  lemak, 'extra' MSG, 'extra' garam dan 'extra' gula. 

Apabila kita kerap mengambil makanan segera, bahan-bahan tadi akan berkumpul dalam badan sedikit demi sedikit. Akhirnya ia akan mengundang masalah kesihatan seperti  sembelit, obesiti (lebih berat badan), tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin juga serangan kanser. 

Apabila tiba waktu  makan malam pula, sekali lagi  ibu-ibu yang bekerja tadi terpaksa membeli makanan yang dijual di kedai-kedai makan atau restoran yang tidak diketahui akan kebersihan dan kualiti makanannya. Ini adalah disebabkan penat setelah seharian bekerja atau pun disebabkan lewat sampai ke rumah. Malah ada ketikanya mereka hanya menyediakan menu yang 'simple' saja untuk hidangan makan malam sekeluarga. 

Inilah situasi yang kita sedang lalui sekarang.  Membeli makanan yang tidak diketahui akan kebersihan dan kandungan nutrisinya , terbeli makanan yang 'over-cook' dari restoran dan  kedai makan di mana sumber vitaminnya telah hilang atau membeli  makanan yang mengandungi 'extra' bahan pengawet dan kimia ( makanan dari restoran makan segera). 

Kesannya,ramai yang mengalami masalah kesihatan. Belum pun umur mencecah angka 40an, sudah ramai yang menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis, kegemukan (over weigh). Dan antara masalah yang paling banyak dialami ialah masalah kekurangan nutrisi.

Antara tanda-tandanya ialah seperti kerap mengalami sakit kepala, cepat pening, lemah-lemah badan, mudah penat,  rasa kebas pada anggota badan, sukar memberi tumpuan, muka pucat, kelesuan, degupan jantung tidak sekata dan laju, gangguan emosi dan kerap mengalami masalah sakit otot dan sendi.

Lantaran itulah pengambilan makanan tambahan atau supplement adalah perlu malah boleh dikatakan wajib kepada setiap  individu di Malaysia pada hari ini. Terutamanya golongan wanita.

Dengan tujuan untuk membantu, kami di Norie Care Entrprise ( IPO526542-A) telah mengambil inisiatif  dengan mengeluarkan satu produk supplement yang dinamakan VitaHibrid One.





APA ITU VitaHibrid One?

VitaHibrid One  adalah gabungan bahan  semulajadi  terpilih yang terdiri daripada ekstrak , kurma, Habatusauda, sarang burung, kolagen, goji dan kismis yang sememangnya sudah diketahui mempunyai nilai nutrisi yang tinggi dan amat diperlukan oleh tubuh.  
Di samping bahan-bahan yang disebutkan tadi, VitaHibrid One ini juga mengandungi zat besi. 

Ini adalah kerana zat besi adalah komponen penting kepada kesihatan kita kerana ia amat diperlukan dalam proses pembentukan sel darah merah.  Jika  kandungan zat besi di dalam badan kita rendah, badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup. Inilah punca anda mengalami simptom-simptom yang kita bincangkan sebentar tadi.

Dengan mengamalkan pengambilan VitaHibrid One ini pada setiap hari, masalah kekurangan  zat besi ini dapat diatasi. Dengan ini anda akan kembali  cergas, sihat dan bertenaga. 

Di samping itu  ekstrak kurma  yang terkandung dalam Vitahibrid One pula membekalkan nutrient yang diperlukan oleh badan kita.  Antara kandungan yang terdapat dalam kurma ialah seperti Vitamin A, B1,B2,B7, Asid folik, kalsium dan magnesium.  Fungsi vitamin dan zat-zat  yang terdapat dalam kurma ini membantu anda mencegah beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, lemah otot, dan sengal-sengal badan.  Lantaran itulah kurma termasuk dalam salah satu dari makanan sunnah dan disukai Rasulullah. 

Ekstrak kismis yang terdapat dalam VitahibridOne pula mengandungi unsur mineral yang dikenali sebagai 'boron'  yang mana ia  membantu meningkatkan penumpuan dan daya ingatan. Dengan ini tahap IQ anda atau anda tidak terjejas walaupun usia semakin meningkat. Ia juga menjadikan anda lebih tenang dan fokus. 

Manakala ekstrak sarang burung dan Goji yang terdapat dalam VitaHibridOne pula  membantu meningkatkan tenaga dan metabolisma badan serta meningkatkan kecekapan organ dalaman.  Dengan ini masalah penghadaman, selsema, batuk, bacaan kolesterol yang tinggi, masalah penglihatan dan alahan akan dapat dikurangkan.  


Dan untuk  membuatkan produk ini unik  berbanding produk lain yang dijual di pasaran, kami telah memperkayakan  VitaHibrid One ini dengan beberapa vitamin penting  untuk mengekalkan kecantikan. Ini adalah kerana kami tahu, selain dari kesihatan, kecantikan juga adalah aset penting kepada setiap individu, lebih-lebih lagi di kalangan wanita.  

Oleh itu, kami  telah perkayakan Vitahibrid One ini dengan  beberapa  vitamin  yang sememangnya sesuai untuk penjagaan kulit dan kecantikan wajah seperti Vitamin C, D, E dan Kolagen.

Sebagaimana yang kita ketahui, apabila usia semakin meningkat, kadar penghasilan kolagen secara semulajadi oleh badan kita mula menjadi perlahan. Kekurangan kolagen ini seterusnya akan menyebabkan wajah mula kelihatan berkedut. Kulit  juga akan menjadi kasar dan kendur.   Oleh itu kita perlu mengambil suplemen kolagen agar struktur kulit dan keanjalannya tidak merosot. Dengan mengamalkan pengambilan VitahibridOne ini setiap hari, anda akan mendapat sumber kolagen yang diperlukan oleh kulit dan wajah. 

Tidak cukup dengan itu, Vitamin  D dan E yang terkandung di dalam VitahibridOne ini pula akan bertindak merangsang tubuh anda menghasilkan kolagen secara semula jadi.  Dengan ini, jumlah kolagen yang diperlukan oleh kulit anda sentiasa mencukupi.  Kesannya, kulit wajah anda sentiasa lembap, tegang, anjal dan tidak berkedut.  

Selain dari bertindak sebagai agen merangsang penghasilan kolagen,  Vitamin  D dan E  juga merupakan antioksida  di mana ia bertindak melindungi dinding sel kulit  daripada radikal bebas yang terdapat di dalam udara/atmosfera. Dengan ini kelicinan kulit wajah anda sentiasa terpelihara.

Manakala Vitamin C  yang terdapat dalam VitahibridOne ini pula akan bertindak melembutkan serta melindungi kulit anda daripada kesan sinaran UV dan persekitaran yang tidak sihat.  Dengan ini  anda  dapat mengekalkan kelicinan kulit muka di samping menjadikan wajah anda kelihatan muda sentiasa.  


Kesimpulannya, dengan mengamalkan pengambilan VitaHibridOne ini dengan betul, anda akan kembali bertenaga dan cergas. Bukan itu saja, dalam masa yang sama wajah anda juga mula kelihatan licin dan berseri. 


*** VitaHibrid One  merupakan produk yang diformulasikan dari bahan semulajadi atau natural dan bebas dari campuran bahan sintetik dan kimia yang merbahaya. 



Cara Pengambilan VitaHibrid One

1. Untuk penjagaan kesihatan - Ambil 1 tablet  sekali sehari (sama ada sebelah pagi atau sebelum tidur). Anda cuma hisap/kunyah sehingga tablet vitamin ini larut di dalam mulut anda.

2. Untuk Kecantikan- ambil 1 tablet dua kali sehari (sebiji pada waktu pagi dan sebiji lagi pada waktu malam). Juga perlu dihisap/kunyah sehingga tablet vitamin ini larut di dalam mulut anda.



Jadi... Apa tunggu lagi!!  Dapatkan VitaHibridOne sekarang untuk kesihatan, dan kecantikan anda atau orang tersayang.


Berapa Harga sekotak VitaHibrid One?  


Harganya  ialah RM65 untuk Semenanjung Malaysia dan RM70 untuk Sabah dan Sarawak
(tidak termasuk postage).

 ##  Sila tambah RM8 untuk kos postage...




 Cara Pembelian


Ikuti  saja 3 langkah mudah yang diberikan di bawah.



1) Untuk anda yang tinggal di Semenanjung Malaysia: Anda cuma perlu membayar sebanyak  RM73 ( Tujuh Puluh Tiga ringgit sahaja ** harga produk termasuk belanja pos).

Manakala untuk anda yang tinggal di Sabah dan Sarawak, Anda perlu membayar sebanyak RM78 ( Tujuh Puluh Lapan Ringgit sahaja **harga produk termasuk belanja pos

Pembayaran boleh dibuat sama ada   menggunakan   Mesin Deposit Tunai  (CDM)  ataupun membuat 'pindahan bayaran'  ke akaun  May Bank saya.

               Nama dan nombor akaun saya adalah seperti berikut:

               No. Akaun May Bank  (162106401523)

               Nama : Usry   Bin Abdullah     

                                                 
2) Setelah itu anda 'whatsapp'   resit bukti pembayaran, jumlah pesanan, nama dan alamat anda ke nombor saya  iaitu :  016-5120479 . 


3) Saya akan kirimkan produk/pesanan anda  ke alamat anda menggunakan perkhidmatan courier atau pos laju setelah mendapat pengesahan pembayaran dari anda.

Mudah dan ringkas..


   DAPATKAN VitaHibridOne sekarang!





No comments:

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...