Saturday, 20 July 2024

Terkadang kita tidak perlu melayan orang yang tak suka pada kita


Usah peduli bagaimana orang lain menilai diri kita kerana dalam ramai-ramai orang yang kita jumpa di luar sana, tidak semua akan suka pada kita.

Justeru, biarkan saja mereka yang tak suka kita tu.. Tak perlu paksa mereka untuk terima diri kita. Mereka tak suka kita tak pe, yang penting kita,kena suka pada diri kita sendiri.





Jangan Pernah Bermimpi Untuk menjadi Orang Lain

Kita sering melihat kehidupan orang lain lebih bahagia, lebih indah, dan lebih seronok berbanding dengan kehidupan yang sedang kita lalui sekarang. Sebagai contoh, pada suatu pagi, sewaktu berkunjung ke pasar pagi untuk beli barang basah, kita terserempak dengan kawan lama kita, ‘A’.


Kita melihat dia baru keluar dari kereta berjenama import dan pakaian yang dipakai juga berjenama, yang sudah tentunya dibeli di butik pakaian bukan jenis yang dibeli dari pasar malam seperti kita. Selepas bertanya khabar, kita pun bertanya tentang status terkini 'A'.

Dia memberitahu kita bahawa dia memiliki sebuah perniagaan yang membekal peralatan pejabat. Lalu, terdetik dalam hati kita, "Best-nya dia. Tentu dia banyak duit sekarang. Nak ini boleh beli, nak itu boleh beli. Tak perlu nak kumpul duit sikit-sikit setiap bulan seperti aku jika nak beli sesuatu barang atau nak tukar spare part kereta."

Sambil berjalan menuju pasar, kita pun berangan nak jadi seperti dia suatu hari nanti.

Pada hari lain, ketika keluar mengeteh di kedai mamak, secara tidak sengaja kita terjumpa dengan kawan lama kita si ‘B’. Kita melihat pakaiannya kemas lengkap bertali leher. Bila ditanya di mana dia bekerja, dia memberitahu kita bahwa dia sudah lima tahun bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat korporat.
Lalu, kita pun terfikir lagi, “Alangkah bertuahnya dia. Kerja dalam aircond setiap hari. Tidak seperti aku yang terpaksa masuk kebun sawit setiap pagi mengambil upah memangkas dan memunggah pelepah sawit, demi mendapatkan upah seringgit dua bagi membeli dua bungkus nasi lemak.”

Ketika itu, kita pun memasang angan-angan untuk jadi seperti ‘B’ pula. Itulah sikap kita, bila melihat hidup orang itu nampak bahagia dan ceria, kita pun mulai memasang angan-angan untuk menjadi seperti mereka. Melihat kehidupan orang lain nampak lebih indah dan seronok berbanding kehidupan kita saat ini. Hakikat sebenarnya ialah kita tidak tahu bahawa orang itu juga memiliki masalah tersendiri, dan apa yang kita lihat hanyalah pandangan luaran. Orang Putih kata, 'tips of iceberg'.

Memang pada pandangan zahir, kita melihat ‘A’ sebagai orang yang hebat karena berjaya memiliki perniagaan, hidup mewah, dan bebas berbelanja. Namun, apa yang kita tidak tahu adalah setiap malam ‘A’ tak dapat tidur dengan lena karena memikirkan 'lubang' mana yang perlu dia korek untuk membayar hutang kepada pembekal yang tertangguh sejak dua minggu yang lalu. Apa yang kita tidak tahu adalah dia sedang susah hati karena pelanggannya telah melarikan diri bersama hutang yang nilainya belasan ribu ringgit.

Begitu juga dengan ‘B’. Meskipun nampak dia berpakaian kemas dan berkerja di pejabat berhawa dingin, kita tidak tahu bahwa pakaian tersebut mungkin merupakan etika berpakaian di kebanyakan pejabat. Jarang pekerja pejabat yang memakai t-shirt dan seluar jeans. Kita tidak tahu, walaupun dia sentiasa kelihatan kemas dan bergaya, sebenarnya itulah satu-satunya pakaian mahal yang dia ada.

Apa yang kita tidak tahu juga ialah di dalam dompetnya sekarang hanya tinggal tiga empat keping ‘duit merah’ saja lagi yang terpaksa dia catu sehingga hari gaji pada hujung bulan nanti. Sedangkan kita, walaupun bergelar ‘Buruh Ladang’ yang setiap hari masuk kebun sawit untuk memangkas dan mengusung pelepah, namun kita masih mampu meraih pendapatan RM60 ke RM100 sehari. Silap-silap, pendapatan kita lebih lumayan berbanding si ‘B’ yang berkerja di dalam pejabat berhawa dingin.
Begitulah kita. Kita memandang kehidupan orang lain lebih bagus dan lebih baik berbanding kehidupan kita. Kita merasa cemburu dengan kejayaan yang mereka capai, sedangkan kita masih berada di tahap yang sama sejak kita tamat belajar dahulu. Lalu kita pun tertanya-tanya kenapa mereka boleh berjaya sedangkan kita juga keluar dari universiti atau kolej yang sama.

Namun hakikat sebenarnya, kita tidak tahu bahawa mereka juga memiliki masalah tersendiri. Walaupun pada mata kasarnya kita nampak dia cukup bergaya dengan kereta mewah dan sebuah perniagaan yang besar, tetapi masalah mereka juga lebih besar. Apa yang kita tidak tahu ialah, disebabkan sibuk mengurus perniagaan, dia tidak berpeluang untuk keluar bersantai memancing di tepi pantai atau muara seperti kita pada setiap hujung minggu. Kita juga tidak tahu bahwa dia pada setiap hari tidak ada selera untuk makan walaupun pendapatannya mencecah puluhan ribu sebulan karena stress memikirkan perangai anak-anak yang selalu menimbulkan masalah.
.
.
***
👉 Petikan dari buku 'HIDUP KENA KUAT'. 'Nota untuk sukses dalam kehidupan'.




Saturday, 29 June 2024

Tips jika rasa tidak tenang atau 'overwhelmed'

 Pernah tak anda rasa serabut atau tidak tenang? Orang Putih cakap, 'Overwhelmed'. 

Ini ada dua tips mudah yang boleh anda praktiskan.






Thursday, 27 June 2024

It Is Okey not Be Okey


Bunyinya agak pelik tapi ini adalah salah satu dari konsep psikologi yang diamalkan untuk menguatkan  emosi kita. 


Kita ini manusia bukannya robot. Jadi tak semestinya kita kena positif setiap masa. Ada kalanya kita akan rasa down. Jadi.. Rasainya.. Feel it, becose sometimes We need to feel the pain before we aporeciatate it.

'It okey not be okey'





Tidak ada tempoh masa yang ditetapkan untuk kita bangkit semula. Sama ada disebabkan dari penghianatan oleh seseorang yang kita percaya atau disebabkan oleh kegagalan@kesilapan kita sendiri.

Walau bagaimana pun, syarat utama untuk kita bangkit semula ialah kita kena terima situasi kita ketika ini. Selagi kita cuba untuk menafikan, selagi itulah kita tidak boleh bangkit semula.






Jika anda peminat buku dan ingin membaca buku tulisan saya, boleh lklik link di bawah:








Monday, 17 June 2024

Terima dan hargai diri sendiri

 

Jangan disebabkan anda tidak dapat menikmati apa yang orang lain nikmati, maka hidup anda secara automatik dianggap sebagai tidak bahagia. Jika anda berpegang dengan konsep ini, susah untuk anda merasa nikmat bahagia.

 Rasa tidak puas hati dengan apa yang sedang anda alami itulah sebenarnya yang membuatkan kita rasa tidak bahagia Manakala rasa sedih serta cuak apabila melihat pencapaian orang lain pula akan membuatkan anda semakin rasa tertekan dan gelisah. Lalu anda mula melebel yang diri anda ini seorang yang gagal.  

Petikan dari buku.. 

                  


Mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

 Pada 25 Mei 2024, Abam ada pergi ke PWTC Kuala Lumpur sempena pesta buku antarabangsa Kuala lumpur (PBAKL). Cukup meriah.

 Di samping beli beberapa buku yang Abam minat, Abam juga sempat berjumpa dengan beberapa orang penting dalam industri buku. 


 

Saturday, 27 January 2024

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya


Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan.

Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu seadanya kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang kita sendiri tahu.
Oleh itu, Belajar untuk terima apa yang berlaku tanpa sebarang 'judgement' dan dengan hati yang reda.




Dulu Kita Makan Sambil Bercerita, Sekarang Kita Makan Sambil Tengok Telefon

Dulu, meja makan bukan sekadar tempat untuk mengisi perut. Meja makan ialah tempat kita berkumpul. Tempat emak bercerita tentang apa yang be...