Saturday, 28 June 2025

Terima Takdir


Kadang kita rasa hidup ni banyak kurangnya. Kurang masa, kurang rehat dan yang lebih parah lagi ialah, kurang duit. Tapi bila tengok sekeliling, rupanya masih ramai lagi diuji dengan ujian yang lebih hebat berbanding kita. namun mereka tetap redha.
Justeru, bersyukurlah walaupun kita masih dalam kekurangan. Kerana bersyukur ni bukan tunggu segalanya cukup. Tapi bila kita masih mampu tersenyum walau sedang terhimpit, itu tandanya hati sedang kuat.
Rezeki kita mungkin tak banyak, tapi nikmat Allah tak pernah kurang. Hari ini mungkin hidup kita sederhana saja tapi tetap indah kalau kita lihat dengan jiwa. Sebab rezeki Allah ni bukan selalu datang dalam bentuk besar-besar… Kadang ia datang dalam bentuk tenang, kecukupan atau pun senyum yang ikhlas.
Oleh itu, syukur dulu, nanti Allah tambah lagi!
DR.Usrynorie@Abam



Berminat nak beli buku Hidup kena Kuat? Boleh tekan link di bawah:

Atau




᭢᭡᭡᭡᭡᭡᭡᭡💝💝

Kalau hari ini hidup kita tak seperti yang kita rancangkan, Tenangkan hati… dan percaya, Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik.
Terima takdir dengan hati terbuka.
Kerana di situlah bermulanya ketenangan..
dan di situlah, kita akan mula nampak cinta Allah dalam setiap ujian.


Berminat nak beli buku Hidup Kena Kuat? boleh tekan link di bawah:

᭢᭡᭡᭡᭡᭡᭡᭡💝💝

Kadang kita tanya, "Kenapa doa aku tak dimakbulkan?"
Kita lupa, Allah akan jawab dengan cara yang lebih baik , dengan redha, dengan ketenangan, dan dengan kekuatan. Bila takdir tak seperti yang diharapkan, mungkin sebenarnya Allah sedang selamatkan kita dari sesuatu yang tak mampu kita hadapi.
🕊️
Orang tua-tua ada berkata yang takdir itu seperti sungai,
Mengalir ke arah yang tak selalu kita duga. kita boleh rancang perjalanan tapi arusnya kadang membawa kita ke tempat yang tak pernah kita bayangkan.
Ketika airnya tenang, mudahlah bagi kita untuk berlayar. Namun sewaktu arusnya deras, memaksa kita untuk kuat melawan. Namun, apa pun jalannya. Semua itu tetap membawa kita ke muara yang Allah sudah pilih, tempat yang jauh lebih indah dari apa yang kita impikan.

Justeru, jika takdir tak ikut apa kita mahu, jangan cepat putus asa.
Allah tahu apa yang kita tak tahu. Kita rancang sedikit, Allah rancang segalanya. Bersabarlah.. Kerana mereka yang sabar, selalunya akan menang.💪🏼


Jika anda berminat untuk beli buku Hidup Kena Kuat, boleh tekan link di bawah

https://forms.gle/5F7ZDfk7ExBrfYqw8 

Atau

https://usryabdullah.blogspot.com/p/blog-page.html



᭢᭡᭡᭡᭡᭡᭡᭡💝💝

Kadang kita terlalu sibuk merancang, terlalu kuat berharap, sampai lupa — ada Yang Maha Merancang segalanya dengan sempurna.

🌿
Bila kita belajar untuk terima takdir, bukan bermakna kita putus asa… tapi kita letakkan sepenuh kepercayaan bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, walaupun jalan tu kadang menyakitkan.
Redha bukan bererti tak rasa sedih. Tapi redha itu bila hati masih boleh tenang walaupun mata penuh air. Kerana kita tahu, segala yang berlaku... takkan pernah sia-sia.
Terima takdir bukan lemah. Ia kunci kepada kebahagiaan sebenar.


Jika anda berminat untuk beli buku Hidup Kena Kuat, boleh tekan link di bawah:


Atau




᭢᭡᭡᭡᭡᭡᭡᭡💝💝

Bila takdir tidak seperti yang kita harapkan, jangan cepat merasa yang Allah tidak mendengar. Kadang-kadang, apa yang kita minta itu hanyalah sebahagian kecil dari apa yang Allah ingin beri.
Kita minta yang baik tapi Allah susunkan yang terbaik.
Kita minta dipermudahkan, tapi Allah kuatkan kita terlebih dahulu.
Justeru..Teruskan percaya, walaupun dunia kelihatan tidak memihak pada kita.








᭢᭡᭡᭡᭡᭡᭡᭡💝💝

Kadang-kadang takdir Tuhan ini memang pelik dan tidak selalu mudah difahami dengan akal biasa. Ada waktu-waktunya, kita diuji terlebih dahulu sebelum diberi nikmat. Seolah-olah hidup ini ibarat sebuah kisah yang ditulis dengan penuh teka-teki.
Ujian yang datang membuatkan kita tertunduk lemah dan meragui diri sendiri. Malah ada kalanya membuatkan kita hampir berputus asa. Tapi di sebalik itu semua, terselit rahmat yang belum kita nampak. Seperti pepatah yang sering diungkapkan oleh orang tua-tua dulu, “kita akan terima hujan sebelum dapat melihat pelangi.”





Saturday, 17 May 2025

Musibah adalah jalan pulang menuju Allah

                    Kadang, ujian yang datang tu bukan untuk melemahkan kita, tapi untuk menyedarkan kita.

Bila hidup terasa sempit, mungkin itu isyarat lembut dari tuhan agar kita kembali bersujud, kembali berharap hanya kepadaNya. Jadi, ujian ni bukan la sebagai hukuman, sebaliknya ia adalah jemputan penuh kasih untuk kita kembali semula kepada Dia.


 

                Video ini hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang saya kongsikan.

Jika anda sedang melalui fasa kehidupan yang sukar dan sering bertanya, "Mengapa Allah memilih aku untuk melalui semua ini?", saya menulis satu bab khusus dalam buku Hidup Kena Kuat bertajuk "Mengapa Kita Saja Yang Diuji?"

Bab ini akan membantu anda melihat bahawa musibah bukan semestinya tanda Allah meninggalkan kita, tetapi boleh menjadi jalan untuk kembali kepada-Nya dengan hati yang lebih kuat dan lebih tenang.

Jangan sekadar tonton video ini. Teruskan perjalanan mencari kekuatan melalui buku Hidup Kena Kuat. Siapa tahu, jawapan yang anda cari selama ini ada pada helaian-helaian buku ini.



 

            







Saturday, 26 April 2025

Perancangan atau takdir tuhan itu amat indah

Kita sering berhadapan dengan pelbagai ujian kerana hidup ini dipenuhi suka, duka, berjaya, gagal, rezeki dan kehilangan.

Namun bagi mereka yang yakin dengan takdir tuhan, setiap yang berlaku itu akan dilihat sebagai sebahagian daripada rencana tuhan untuk memberi sesuatu yang lebih besar di kemudian hari.
Keyakinan ini memberi ketenangan dalam hati mereka kerana mereka tahu bahawa Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..

                                                                                        
Yakin Pada Perancangan Tuhan




Takdir tuhan penuh dengan teka teki

Kadang-kadang, sesuatu yang kita inginkan tidak tercapai. Tapi dengan yakin pada takdir, kita belajar untuk redha dan percaya mungkin ada sesuatu yang lebih baik sedang menanti.
Bukan tuhan tak nak bagi tapi Dia sedang susun. Kadang Dia tangguh, sebab Dia nak bagi yang lebih baik. Kadang Dia tolak, sebab yang kita nak itu bukan untuk kita.







Friday, 25 April 2025

Bersyukur Dan Berterima Kasih

 Senario pertama

Pada bulan lepas, kita telah membawa anak ke Restoran KFC. Seronok dia apabila dapat masuk dan makan di restoran itu. Sepanjang perjalanan pulang, dia tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada kita.
Kita ingat dia akan lupa hari itu. Rupanya tidak. Bukan pada hari itu saja dia berterima kasih kepada kita, sebaliknya setiap kali kita menjemputnya dari sekolah, dia akan menyebut-nyebut tentang pengalamannya makan di Restoran KFC. Dia berasakan betapa baiknya kita kerana telah membawanya makan di restoran tersebut.
Sebagai ayah, apa perasaan kita terhadap anak ini?

.
 Senario Kedua
Kita seorang pengurus di sebuah syarikat swasta dan mempunyai beberapa orang pekerja bawahan. Seorang daripada pekerja kita ini suka mengadu dan selalu berkeluh kesah. Ada saja yang tidak kena di matanya. Bermula dengan tangga gaji yang ditawarkan oleh pihak syarikat sehinggalah kepada layanan syarikat terhadapnya walaupun dia tahu yang posisi dan kelayakan dia di syarikat ini hanyalah sebagai seorang pekerja biasa saja.
Sebagai seorang ketua atau in charge di unit tersebut, apa perasaan kita terhadap pekerja ini?
Untuk senario pertama, di mana anak kita selalu memuji dan berterima kasih kerana kita telah bermurah hati membawanya keluar makan ke Restoran KFC, kita rasa amat senang hati. Malah jauh di sudut hati, kita berazam untuk membawanya lagi ke sana jika kita ada rezeki lebih.
Manakala untuk kes dia mana pekerja yang suka mengadu dan berkeluh kesah dengan gaji dan layanan syarikat terhadapnya itu pula, kita sebagai ketua pasti akan rasa menyampah dan tidak mahu melayan kerenah pekerja tadi. Malah jika diberi kuasa, kita bercadang untuk memecatnya dari syarikat ini kerana khuatir disebabkan oleh dia seorang, mungkin pekerja lain akan terpengaruh sama.

.
Apa yang ingin diperkatakan dalam dua senario itu ialah sifat berterima kasih atau bersyukur.
Sebagai manusia atau individu biasa, kita akan rasa senang hati dan kita mungkin akan berusaha untuk memenuhi lagi permintaan individu yang sedar diri dan tahu berterima kasih. Sebaliknya kita akan rasa bosan dan menyampah terhadap individu yang suka aduan dan banyak songeh itu. Begitulah realiti kehidupan.

Kita tahu bahawa Allah itu bersifat dengan sifat Maha Pemurah. Dia telah mencipta kita di muka bumi ini dan kemudiannya Dia memberi kita rezeki. Tidak kira sama ada kita seorang yang baik ataupun tidak, setiap daripada kita tetap akan diberi rezeki.

Cuma, yang membazakannya ialah sekiranya seseorang individu itu baik dan sentiasa bersyukur atas setiap nikmat yang diterima, tidak mustahil Allah akan beri lagi nikmat-nikmat yang lain kepadanya. Sebagaimana kita berazam untuk membawa sekali lagi anak kita yang tahu menghargai dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kerana telah membawa dia makan ke Restoran KFC.

Sebaliknya, Allah boleh menyempitkan lagi sumber rezeki dan nikmat kepada individu yang suka berkeluh kesah dan tidak tahu bersyukur. Sebagaimana kita rasa ingin memecat atau menamatkan saja perkhidmatan pekerja yang kaki aduan dan banyak songeh tadi.

Sebenarnya, Allah tidak perlu pun akan ucapan terima kasih dari kita dan tanpa ucapan terima kasih kita itupun kedudukan dan kekuasan-Nya tidak sesekali terjejas. Cuma, Dia mahu kita bersyukur supaya kita sedar diri yang kita ini adalah hamba-Nya. Dia mahu kita sedar siapa diri kita dan kedudukan kita di sisi-Nya.

.

👉 Ini antara petikan yang dikupas dalam buku Hidup Kena Kuat , “Nota Untuk Sukses Dalam Kehidupan”, khususnya dalam bab:

Bersyukur dan berterima kasih.


Dalam buku ini, bukan sekadar  isu ini saja yang disentuh…Tetapi pelbagai isu dan realiti kehidupan yang kita semua pernah lalui juga disentuh seperti, tentang rezeki, emosi, pencarian makna hidup, tentang sabar dan syukur.

Yang menariknya, setiap perbincangan bukan sekadar “kata-kata semangat”…Tetapi disertakan solusi yang digarap dari sudut psikologi Islam agar lebih dekat, lebih mendalam, dan lebih menyentuh jiwa.


👉 Kalau anda rasa penulisan ini “kena” dengan hati anda… jangan biarkan ia sekadar lalu begitu saja.

📖 Dapatkan sekarang buku Hidup Kena Kuat, dan mula ubah cara anda melihat ujian dalam hidup.

💬 Tekan link di bawah, saya akan bantu anda dapatkan buku ini.

                                       👉   Borang pesanan buku Hidup Kena Kuat

.



Atau boleh juga tekan link di bawah:

Thursday, 6 February 2025

Tuhan uji kita kerana Dia ingin mengkabulkan hajat kita


Tuhan uji kita bukan untuk menyusahkan kita, sebaliknya inilah salah satu cara Dia ingin mengabulkan permintaan kita. Setiap ujian adalah langkah untuk mendekatkan kita pada impian dan harapan.
Dengan ujian, kita belajar sabar, ikhlas, dan memperbaiki diri. Akhirnya, doa yang kita panjatkan itu akan diterima dengan cara yang terbaik oleh-Nya.

❤️
❤️
❤️
DR.Usrynorie@Abam
Jumaat 7 Februari 2025

** Nak dapatkan buku saya, boleh klik link ini, : https://usryabdullah.blogspot.com/p/blog-page.html




 

Sunday, 29 December 2024

Berbahagi Rezeki

 

“ Kak, bungkus nasi lemak satu. Lauk paru ya.”

“Baik encik” .

“Okey encik, siap! RM5.50.”

“Ini kak duitnya”, lalu kita pun hulur sekeping not kertas ‘kaler hijau’ dan sekeping not seringgit.

“Ini bakinya, RM0.50sen”. Kakak nasi lemak pun hulur duit syiling pada kita.

“Tak apa kak. Simpan duit baki tu. Anggap ia sebagai sedekah daripada saya”.

 

Kata ustaz yang selalu datang memberi kuliah agama di surau kami, “Jika kita rajin bersedekah, rezeki kita akan menjadi lebih murah.”

 

Menurut beliau lagi, formula bersedekah ini memang pelik dan tidak terjangkau dek akal kita. Kalau ikut perkiraan asas Matematik yang diajar oleh Cikgu Fadli Salleh kepada murid-murid beliau di sekolah, katakan anda mempunyai dua biji rambutan. Kemudian anda beri sebiji rambutan itu kepada kawan yang duduk di meja sebelah. Jadi baki rambutan yang anda ada sekarang tentulah satu.

 

Bagaimanapun, tidak bagi amalan sedekah ini kerana perkiraan ‘dua tolak satu’ itu jawapannya bukan ‘satu’ malah ia boleh jadi ‘sepuluh atau 'tujuh puluh’.

 

Ia bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:  "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."(Al-Baqarah: 261)

 

Kelebihan sedekah memang tidak dapat disangkal. Amalan ini tidak sekali-kali akan mengakibatkan harta kita berkurangan; sebaliknya, semakin kerap kita memberi, ia mampu memperkayakan hati, membersihkan harta, melonggarkan rezeki, dan memanjangkan usia. Yang paling penting, kita perlu yakin dengan ketentuan rezeki yang ditentukan oleh Allah.


Ustaz juga menasihati agar kita tidak hanya bersedekah apabila kita sudah kaya. Sebaliknya, kita perlu bersedekah sehingga mencapai kekayaan, kerana bukan jumlah sedekah yang dilihat oleh Allah, tetapi kualiti sedekah yang kita lakukan. Dengan kata lain, keikhlasan dan niat baik dalam bersedekah adalah lebih utama daripada jumlah yang besar.


**************************************************************

👉 Ini antara petikan yang terdapat dalam buku Hidup Kena Kuat , “Nota Untuk Sukses Dalam Kehidupan”, khususnya dalam bab:

                                                        Berbahagi Rezeki

Dalam buku ini, bukan sekadar satu isu yang disentuh…Tetapi pelbagai realiti kehidupan yang kita semua pernah lalui, iaitu tentang rezeki, emosi, pencarian makna hidup, tentang sabar ,syukur dan banyak lagi..

Yang menariknya, setiap perbincangan bukan sekadar “kata-kata semangat”…Tetapi disertakan solusi yang digarap dari sudut psikologi Islam agar lebih dekat, lebih mendalam, dan lebih menyentuh jiwa.


👉 Kalau anda rasa penulisan ini “kena” dengan hati anda… jangan biarkan ia sekadar lalu begitu saja.

📖 Dapatkan sekarang buku Hidup Kena Kuat, dan mula ubah cara anda melihat ujian dalam hidup.

💬 Tekan link di bawah, saya akan bantu anda dapatkan buku ini.


👉  Borang Pesanan Buku HIDUP KENA KUAT




Apabila Rezeki Masih Tertahan

 

Pada dasarnya, rezeki setiap individu telah ditentukan oleh Allah SWT semasa roh ditiupkan ke dalam jasad kita ketika masih berada dalam kandungan. Pada saat itu, Allah telah menetapkan seberapa banyak rezeki yang akan diperoleh oleh setiap orang. Baik itu dalam bentuk keuntungan ataupun kerugian, segala sesuatu telah dicatatkan dan tidak akan berubah hingga saat kita menghembuskan nafas terakhir.

 

Berdasarkan prinsip ini, Pak Belalang dengan penuh keyakinan memberikan tazkirah kepada Pak Kachung dan temannya ketika mereka datang berkunjung ke rumahnya. Mereka mengajaknya untuk bekerja di ladang baharu yang diterokai oleh Ketua Kampung.

 

Dalam tazkirahnya, Pak Belalang menyampaikan, "Lagikan ulat dalam batu boleh makan, inikan pula kita yang di dalam rumah." Benar seperti yang dikatakan oleh Pak Belalang, rezeki setiap individu telah ditetapkan oleh Allah. Selama kita masih hidup, rezeki itu tetap tersedia. Meskipun ulat berada di dalam batu, Allah tetap menyediakan rezeki untuknya. Namun, perlu diingat, tidak semua rezeki yang ditetapkan untuk kita akan turun dengan mudah. Kita masih diwajibkan untuk berusaha.

 

Jadi, walaupun rezeki sudah ditetapkan, usaha dan kerja keras tetap diperlukan. Itulah bagian dari ujian hidup dan bentuk ketaatan kita kepada Allah. Dengan menjaga tawakkal dan terus berusaha, kita akan mendapatkan rezeki yang telah Allah tetapkan untuk kita pada waktunya.

 

Sebagaimana maksud ayat yang berbunyi, “Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Nahl: 14).

Intipati utama dalam ayat tersebut ialah kita kena berusaha. Walaupun rezeki untuk kita sudah ditetapkan tetapi ia tidak akan turun dengan sendiri.

 

Justeru, jika di antara kita berasakan seolah-olah rezeki terhenti atau terkandas pada masa ini, ingatlah bahawa ini bukan bermakna Allah lupa mencatatkan rezeki untuk kita atau Allah tidak lagi melimpahkan rahmat-Nya kepada kita. Tidak! Sesungguhnya, Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Walau seburuk mana pun seseorang itu, sejahat mana pun seseorang itu, Allah tetap memberikan rezeki. Tidak pernah ada catatan dalam sejarah peradaban manusia di mana orang jahat atau zalim meninggal kelaparan kerana kekurangan makanan. Sebaliknya, ada di antara mereka yang hidupnya berkecukupan dan lebih mewah daripada kita yang berusaha ke arah kebaikan. Ini membuktikan betapa Maha Pemurahnya Allah. Orang jahat pun masih diberikan rezeki, apatah lagi orang baik seperti kita. Mungkin rezeki kita belum tiba.


👉 Ini antara petikan yang dikupas dalam buku Hidup Kena Kuat , “Nota Untuk Sukses Dalam Kehidupan”, khususnya dalam bab:

                                                        Apabila Rezeki masih tertahan

Dalam buku ini, bukan sekadar satu isu yang disentuh…Tetapi pelbagai realiti kehidupan yang kita semua pernah lalui, tentang rezeki, emosi, pencarian makna hidup, tentang sabar dan syukur.

Yang menariknya, setiap perbincangan bukan sekadar “kata-kata semangat”…Tetapi disertakan solusi yang digarap dari sudut psikologi Islam agar lebih dekat, lebih mendalam, dan lebih menyentuh jiwa.


👉 Kalau anda rasa penulisan ini “kena” dengan hati anda… jangan biarkan ia sekadar lalu begitu saja.

📖 Dapatkan sekarang buku Hidup Kena Kuat, dan mula ubah cara anda melihat ujian dalam hidup.

💬 Tekan link di bawah, saya akan bantu anda dapatkan buku ini.


       👉     Borang pesanan buku Hidup Kena Kuat



                                         Atau boleh juga  klik link di bawah:

👉  https://usryabdullah.blogspot.com/p/blog-page.html





 

Dulu Kita Bermain Sampai Lampu Jalan Menyala

  Kalau anda termasuk dari anak-anak yang membesar pada zaman 80-an dan 90-an, bila mengimbau kembali zaman itu, mungkin anda akan tersenyu...