Sunday, 6 August 2017

Lima kesilapan yang biasa dilakukan oleh peniaga online



Capaian internet di Malaysia telah mencapai tahap 65%  pada penghujung tahun 2012 yang lalu. Penggunaan broad band juga semakin bertambah dari setahun ke setahun.  Dengan kepesatan penggunaan internet ini, semakin ramai yang mengambil peluang untuk menceburkan diri dalam perniagaan  secara atas talian. Ada yang menjalankan secara sampingan dan ada yang menjalankan perniagaan ini secara sepenuh masa.



Terkini mengikut Suruhanjaya SyarikatMalaysia (SSM), jumlah peniaga yang mendaftar sebagai  peniaga atas talian  atau peniaga 'online' adalah seramai 50,882 orang ( Sinar harian, Mei 2017). Jumlah ini dijangka bertambah dari masa ke semasa. Antaranya ialah  disebabkan oleh kesukaran mendapatkan pekerjaan yang dialami oleh anak muda sekarang termasuk lepasan universiti. Oleh itu mereka terpaksa mencari alternatif lain termasuk menjalankan perniagaan. Dan perniagaan yang menjadi trend pada masa ini ialah perniagaan 'online'.



Walaupun perniagaan secara 'online' ini seakan mudah, kerana anda hanya memerlukan sebuah komputer dan talian internet, namun hakikatnya perniagaan ini adalah perniagaan yang lebih mencabar berbanding anda menjalankan perniagaan secara konvesional atau ‘off line’. Sebarang kesilapan yang anda lakukan bukan saja akan menyebabkan target jualan anda tidak dapat dicapai malah ia juga boleh membuatkan perniagaan anda gagal. Bukannya gagal sedikit-sedikit tetapi gagal secara 100%. Inilah cabaran menjalankan perniagaan secara atas talian ini.



Untuk entri kali ini,  blog ini akan membincangkan beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan peniaga ‘on line’ yang sepatutnya boleh dielakkan supaya perniagaan anda tidak menghadapi simptom kegagalan sebagaimana yang dialami oleh mereka ini. 

Kesilapan-kesilapan tersebut adalah seperti di bawah;



1.       Tidak mempunyai strategi dan mengharap kepada nasib semata-mata

Ramai di kalangan peniaga atas talian, terutamanya peniaga baru mengharapkan kepada nasib semata- mata.  Mereka hanya sekadar membuat posting jenis-jenis produk yang mereka jual di laman sosial seperti Face book, instagram, ataupun blog. Kemudian mereka meneruskan aktiviti seharian sambil berharap  semoga  ada pelanggan yang sudi singgah di blog atau wall face book mereka dan membuat pesanan. Tindakan ini adalah seumpama anda membuang umpan ke dalam sungai  atau lombong yang dipenuhi ikan tanpa tetapi umpan anda itu tidak dicangkuk pada mata kail. 

Menjual di atas talian adalah sama seperti  anda menjalankan perniagaan atau menjual produk secara konvesional, malah menjual di atas talian adalah lebih berisiko berbanding menjual secara konvensional.  Walaupun pengguna laman sosial seperti Face book adalah ramai dan anda mampu mempunyai capaian pelanggan yang ramai, namun   tidak semua individu yang menggunakan laman sosial ini untuk tujuan membeli atau menjual produk.

Ada yang melayari laman sosial sekadar untuk mencari kawan lama yang telah terpisah atau berhubung dengan keluarga.  Ada juga pengunjung yang menjenguk  blog sekadar untuk mendapatkan maklumat berkenaan produk bukannya untuk tujuan membeli. Yang lebih mendukacitakan ialah, ramai dari kalangan mereka yang membaca sesebuah blog berkenaan produk sekadar mendapatkan maklumat asas tentang  produk tersebut sebelum mereka membelinya di kedai berhampiran. 

Oleh itu anda perlu mempunyai strategi tertentu  agar ia dapat membantu anda mengenal pasti target market untuk produk anda, bagaimana anda berkomunikasi dan menjalankan aktiviti promosi agar dapat membuat penjenguk blog atau kenalan di laman sosial tertarik untuk berurus niaga dengan anda. 


2.       Tidak mempunyai matlamat yang jelas

Setiap tindakan yang dilakukan  dalam kehidupan seharian kita  perlu mempunyai matlamat yang jelas. Tanpa matlamat atau objektif yang jelas, anda tidak akan tahu ke mana destinasi yang hendak anda tuju. Begitu juga dalam menjalankan perniagaan sama ada secara 'online' atau 'offline'. Dengan adanya matlamat yang jelas, ia akan memberi motivasi kepada kita untuk berusaha mencapainya.

Malangnya, terdapat di kalangan individu yang menjalankan perniagaan sama ada secara konvesional atau atau talian tidak mempunyai matlamat yang jelas apa yang ingin  mereka capai.  Ramai  yang hanya menetapkan matlamat secara general sahaja seperti ‘ saya menjalankan perniagaan ini kerana ingin menambah wang saku’ atau 'saya menjalankan perniagaan ini kerana ingin mendapatkan keuntungan’. Mereka tidak  menetapkan berapa jumlah keuntunggan yang ingin diperolehi. Dengan itu, mereka tidak mempunyai sebab atau ransangan yang kuat untuk mereka berusaha mencapai matlamat tersebut. Mereka akan berusaha secara ala kadar sahaja.


Di samping itu, tanpa matlamat yang jelas juga, anda  akan keliru untuk memilih jenis strategi dan medium yang sesuai ketika  mempromosikan produk atau perkhidmatan yang anda. Ini adalah kerana setiap medium sosial yang anda gunakan ketika membuat promosi memerlukan taktik yang berbeza. Misalnya, ada taktik yang lebih berkesan jika dipraktiskan di medium Face book dan ada pula taktik yang sesuai dipraktiskan di medium blog. Oleh itu anda perlu mempunyai matlamat yang jelas agar dapat disesuaikan dengan medium yang akan diguna.



3.       Menetapkan objektif yang tidak mampu dicapai

Jika sebelum ini anda tidak mempunyai matlamat yang jelas tentang apa yang ingin dicapai, kali ini pula kesilapan anda ialah menetapkan matlamat yang tidak realistik. 
Contohnya, pada bulan ini anda hanya berjaya membuat jualan sebanyak RM100 sahaja sedangkan target anda untuk bulan ini ialah Rm300. Oleh itu pada bulan hadapan anda berazam dan  menetapkan matlamat untuk mencapai target jualan sebanyak RM500 kerana ingin menebus semula Rm200 yang tidak dapat dicapai pada bulan ini. 


Walaupun dari sudut positif matlamat ini akan menaikkan semangat anda untuk berusaha dengan lebih rajin lagi, namun matlamat tersebut adalah terlalu jauh dan mungkin sukar dicapai. Ini akan membuat anda menjadi tidak tenang dan akhirnya mendorong anda membuat tindakan yang diluar jangkaan.


Menjalankan perniagaan adalah sama seperti anda menghadapi peperangan. Mengikut general Sun Tzu, salah satu sebab mengapa sesebuah pasukan itu mengalami kekalahan di medan pertempuran ialah kerana ia dipimpin oleh seorang panglima  yang gelojoh dan bertindak mengikut emosi serta menetapkan matlamat yang di luar jangka. 

Oleh itu, pastikan matlamat yang ditetapkan adalah realistik. Jangan terlebih mengejar target sehingga membuatkan anda stress. kesannya matlamat yang dikejar tadi tidak kesmpaian dan anda boleh jatuh sakit kerana memaksa diri bekerja melebihi kemampuan anda disebabkan ingin mengejar target.


4.       Tidak konsistent ketika membuat promosi

Menjalankan perniagaan di atas talian memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Ada sesetengah peniaga atas talian memberitahu saya bahawa  menjalankan perniagaan atas talian ini memerlukan anda mempunyai tahap kesabaran dan kerajinan  dua atau tiga kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang menjalankan perniagaan secara konvensional.


Ini adalah kerana menjalankan perniagaan di laman sosial atau secara atas talian ini tidak ubah seperti anda membaling sesuatu ke dalam satu ‘black hole’. Ini adalah kerana  bukan semua rakan media anda sempat membaca apa yang anda pos di Wall face book anda. 
Misalnya, jika anda mempunyai 1,000 orang rakan media sosial di dalam Face book, mungkin hanya 7% sahaja daripada jumlah rakan media anda yang perasan atau  sempat membaca posting yang anda muat naikkan tadi di 'wall anda'.  Ramai yang tidak perasan apa topik atau isu  yang ada muat naikkan itu. Kesannya, mesej yang anda ingin sampaikan itu tidak diterima atau dibaca oleh mereka yang sepatutnya.


Namun ramai di kalangan peniaga yang menjalankan perniagaan secara online ini  merasakan  sudah cukup bagi mereka membuat dua atau tiga posting sahaja dalam sehari. Selebihnya mereka akan menjalankan aktiviti harian sambil menunggu respond dari bakal pelanggan. 

Sebenarnya tindakan itu  tidak akan memberi sebarang hasil atau pulangan kepada anda. Anda perlu rajin dan kreatif untuk membuat posting tak kira sama ada anda menjalankan perniagaan di medium face book, twitter, instagram ataupun blog.  Anda juga perlu  rajin membuat pemantauan terhadap jumlah pengunjung yang singgah di wall face book atau blog anda  setiap kali ada membuat posting dan bersedia membuat pengubahsuaian terhadap isu atau topik mengikut apa yang diminati oleh pengikut atau pengunjung laman sosial anda.  


5.       Tidak menjaga hubungan pelanggan

Kesilapan besar yang biasa dilakukan oleh peniaga atas talian ialah mereka tidak menjaga hubungan pelanggan. Tambahan pula kebanyakan pelanggan anda yang membeli secara atas talian ini tinggal jauh dari tempat anda. Oleh itu anda menganggap aktiviti menjaga hubungan pelanggan tidak berapa penting sebaliknya anda lebih mengutamakan kepada aktiviti membuat  promosi dan ‘close sale’ dengan bakal pelanggan baru.


Contohnya, mungkin ada di kalangan bekas pelanggan anda yang memerlukan nasihat dari anda sama ada berkenaan produk atau perkhidmatan yang anda jual, tetapi anda menganggap beliau bukan lagi pelanggan anda kerana sudah lama pelanggan itu tidak membeli produk dari anda. Oleh itu anda tidak melayan pertanyaan atau  cuba membantu beliau. 


Tindakan anda itu adalah satu kesilapan besar. Sebolehnya cubalah anda jawab pertanyaan bekas pelanggan anda itu atau cuba memberi pendapat tentang masalah yang sedang beliau hadapi walaupun beliau bukan lagi pelanggan anda sekiranya pertanyaan atau masalah yang dihadapi itu adalah masalah biasa dan ringkas dan anda boleh membantu menyelesaikannya. Mungkin dengan sedikit bantuan atau nasihat dari anda, mungkin bekas pelanggan  tadi akan memperkenalkan pula rakan beliau yang berpotensi untuk menjadi pelanggan kepada anda. 

Sekian untuk kali ini.

6 comments:

Nieve Beauty said...

Thanks share tips2 ini.. sekurangnya ia dapat set minda online seller yang baru atau yang baru ingin "berjinak". Tidak penting juga undang2, khusus utk online sellers, yg harus dipatuhi bagi mengelakkan perkara tidak di-ingini berlaku. Ramai lagi yang masih tidak peka kerana sebenarnya kepatuhan syarat begini sebenarnya membantu reputasi mereka sendiri sebagai si-penjual ;).

mrhanafi said...

Info menarik..

Sekarang saya sedar bukan senang nak berniaga online

usryabdullah said...

Setuju dengan komen yang diberikan. Undang-undang dapat membantu menjaga kebajikan kedua belah pihak, penjual dan pembeli.

usryabdullah said...

Menjadi peniaga online perlu semangat yang kental. Bukan hanya memerlukan produk dan line internet. Sebaliknya ia lebih dari itu.
Walaupun capaian anda mungkin beribu atau berjuta prospek, namun tanpa strategi dan kesungguhan semua impian tidak akan tercapai.

Contohnya, blog ini dibina pada penghujung tahun 2015 lagi, namun pertengahan tahun 2016 saya masih belum mendapat sebarang jualan. Alhamdulillah berkat kesungguhan, pada penghujung tahun 2016 baru saya mendapat hasil dari 'berblog'.

Ini contoh dari segi masa dan tenaga. Belum lagi dari sudut lain lagi seperti taktik dan strategi. kita perlu sentiasa terbuka untuk belajar dan mencuba pelbagai strategi dan taktik yang sesuai dengan perniagaan dan medium jualan kita sehingga terjumpa satu taktik yang benar-benar sesuai dan serasi.

Masshah said...

Terima kasih Tuan info bisnes online ini. memang betulah kena berjiwa kental kalau tak. tak kemana bisnes online. kena ada usaha lebih, tambah ilmu dan kemahiran dan macam-macam lagi.

usryabdullah said...

Semoga perkongsian ini memberi manafaat buat semua.

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...