Friday, 14 May 2021

3 Syawal 1442 H, dah kembali seperti biasa.

 


3 Syawal 1442 H

Kehidupan kami dah kembali seperti biasa. Actually, semalam pun ( Raya ke dua) kami dah 'back to normal'. Sarapan semalam pun dah tak ada lagi unsur-unsur lemang, ketupat atau pun nasi impit. Semalam kami makan nasi goreng home made.
Pagi ni pula kami sarapan dengan nasi lemak, 'scramble egg' dan sambal bilis petai home made pula. Untuk abam, abam tambah extra menu- telur masak separuh dan teh tarik halia. Abam nak cover balik berat abam yang hilang semasa bulan puasa itu hari.
Ini kerana telur separuh masak kaya dengan nutrisi iaitu asid amino. Asid amino ini membantu memulihkan semula otot atau sel-sel badan kita yang telah rosak akibat jangkitan kuman atau kecederaan. Sebab itu bila korang lepas eksiden atau mengalami kecederaan, doktor suruh korang perbanyakkan memakan makanan yang kaya dengan protein.
So.. Kome masih nak hadap lemang dan ketupat lagi ke?


No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...