Friday, 14 May 2021

3 Syawal 1442H- Semuanya dah kembali seperti biasa.


 


Hari ini 3 Syawal 1442 H. Tak ada lagi mood raya. Biasa tu kalau raya ke tiga, kebanyakan kita masih lagi dalam mood raya. Aktiviti ziarah raya masih lagi rancak walaupun dah masuk raya ke 3,  tapi tahun ini berlainan situasinya. Raya pertama pun dah tak meriah disebabkan oleh PKP dan larangan ziarah raya. 

Masuk hari raya ke dua dan ke tiga, semuanya dah kembali seperti biasa. Begitu juga suasana di rumah kami. Menu sarapan pagi ni pun dah 'back to the normal'. Tak ada lagi menu ketupat atau lemang mahupun nasi impit. Pagi ni kami bersarapan dengan nasi lemak 'home made'. Mem masak nasi lemak dan sambal ikan bilis dan petai. Ni memang favourite abam ni. Alamatnya bertambah-tambah la makan pagi ni.  

Untuk abam, abam tambah menu telur masak separuh dan teh halia. Telur masak separuh ni kaya dengan protein. Abam nak cover balik berat yang hilang sepanjang berpuasa itu hari. Baru lepas timbang kejap tadi, berat abam dah turun sebanyak 3 kg sepanjang bulan puasa itu hari. Patutlah banyak seluar yang abam pakai dah longgar. So kena naikkan semula berat supaya seluar dah longgar. Hehe.. 

Telur separuh masak ni mengandung nutrisi yang sangat tinggi terutamanya asid amino. Asid amino ini akan membantu membentuk semula otot-otot yang hilang atau 'megecut' sepanjang kita puasa sebulan yang lalu. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak ini akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’. Abam harap berat abam akan dapat dinaikkan semula.

 
 

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...