Tuesday, 7 September 2021

Kemurungan di kalangan remaja sekolah

kanak-kanak sepatutnya gembira menikmati dunia mereka...


Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendedahkan keadaan kesihatan mental di kalangan remaja dan pelajar sekolah semakin membimbangkan dewasa ini. Lebih-lebih lagi sewaktu musim pandemik sekarang. Ini disebabkan oleh sikap ibu bapa yang terlalu memberatkan soal pencapaian dalam akademik sedangkan kaedah pembelajaran yang dilalui mereka adalah tidak kondusif.

NHMS mendedahkan satu dari setiap lima orang pelajar mengalami kemurungan, dua dalam setiap lima orang pula dilanda simptom keresahan dan satu dalam setiap sepuluh orang pelajar mengalami stres.
Sekiranya kes sebegini dibahagikan mengikut perbezaan sosial ekonomi sesebuah keluarga, tekanan mental yang dihadapi oleh kanak-kanak dari keluarga miskin adalah lebih besar berbanding mereka yang hidup selesa. Tekanan yang dialami ini mendorong mereka untuk mengambil jalan mudah, iaitu dengan cara menamatkan riwayat sendiri.
Mengikut kajian, kebarangkalian atau ratio remaja perempuan memikirkan dan mencuba bunuh diri adalah dua kali lebih kerap berbanding remaja lelaki dan kaedah yang biasa digunakan oleh mereka ialah dengan cara megambil ubat berlebihan atau dengan kaedah memotong atau mencedera diri sendiri.
Namun begitu, statistik menunjukkan jumlah kematian yang berlaku di kalangan remaja lelaki adalah empat kali lebih ramai berbanding remaja perempuan kerana kaedah bunuh diri yang dilakukan mereka lebih 'advance' berbanding kaedah yang dipilih oleh remaja perempuan. Mereka mencari kaedah yang lebih cepat untuk menamatkan riwayat mereka.
Malangnya, kesedaran tentang kesihatan mental di kalangan ibu bapa masih lagi rendah. Ramai ibu bapa yang menganggap masalah kesihatan mental di kalangan remaja ini sebagai satu bahan jenaka. Lebih buruk lagi ibu bapa menganggap masalah kemurungan atau perubahan sikap yang ditunjukkan oleh anak mereka itu adalah salah satu dari kaedah mereka untuk mencuri perhatian. Kesannya, anak tadi merasa diri mereka semakin tidak dihargai dan mencari jalan keluar dengan menamatkan riwayat diri sendiri.
Oleh itu ibu bapa perlu 'alert' dengan tanda-tanda kemurungan atau sebarang perubahan yang berlaku kepada anak remaja mereka. Dekati anak anda dengan luangkan lebih banyak masa bersama. Ini akan membuatkan mereka rasa lebih menghargai keberadaan kita dalam kehidupan mereka.

Monday, 6 September 2021

Erti Bahagia bagi setiap orang berbeza..

Setiap orang mahukan BAHAGIA dan pelbagai cara dilakukan oleh mereka untuk mencari bahagia. Namun, ramai yang masih tak puas dengan apa yang mereka kecapi kerana katanya bahagia yang dicari itu tidak memenuhi tahap atau garisan yang ditetapkan.

Oleh itu bahagia yang dicari menjadi semakin sukar!
Jika diperhatikan, ramai di kalangan kita yang sudah punyai segalanya, namun masih juga merasakan dunia ini kosong tanpa warna. Lalu mereka mencari-cari bahagia ke sana ke mari. Individu yang meletakkan diri mereka di dalam kategori ini adalah jenis mereka yang tidak tahu untuk bersyukur.
Actually, kebahagiaan bukan diukur dengan apa yang kita ada sebaliknya bahagia itu bergantung kepada sikap kita. Bagaimana kita menerima keadaan kita. Dan bahagia ini juga punya definisi yang subjektif. Terpulang pada diri masing-masing untuk mentafsirkannya. Ada orang, dia dapat cukup makan pakai sudahpun membuatkan dia bahagia dan ada orang tu pula dapat kawan yang baik dan bertimbang rasa pun sudah boleh membuat dia bahagia. Inilah sebabnya bahagia itu dikatakan subjektif.
Walau apapun difinisi atau tafsirannya, kebahagiaan ini adalah penting kerana akan membuat hidup kita lebih berwarna dan memberi kekuatan untuk kita bertahan walaupun ketika ini kita sedang mengalami saat kejatuhan.

Friday, 3 September 2021

Mulakan Langkah baru untuk berubah

 

"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."(surah Ar-Ra'ad, ayat 11).

Dari ayat di atas, dapat disimpulkan bahawa tuhan tidak akan mengubah nasib kita kecuali kita sendiri yang mengubahnya.
So.. We need to change!
Untuk berubah kita tak perlu jadi sempurna terlebih dahulu. Kalau kita tunggu sehingga diri kita sempurna baru nak mulakan langkah, ia secara tidak langsung kita sedang menambah peluang untuk kita mencipta lebih banyak alasan. Last-last kita 'end up' di takuk yang sama.
Kita juga tak perlu mulakan dengan sesuatu yang besar. Mulakan saja dengan yang langkah yang kecil terlebih dulu. Contohnya, kalau kita ni jenis orang yang tidak menunaikan solat fardhu, atau jenis yang suka melewat-lewatkannya, maka segera perbaiki. Jangan tunggu esok atau lusa. Lakukan sekarang!
Kalau kita selama ini sukar hendak baca Al-Quran. Mari mulakannya sekqrang. Baca satu muka surat je sehari. Lama-lama kita akan terbiasa. Dari satu muka surat lama-lama kita akan terbiasa membaca sehingga dua atau tiga muka surat sehari.
Begitu juga dengan urusan seharian kita yang lain. Mulakan dengan satu langkah kecil dan mudah...
Adalah normal untuk kita rasa takut bila ingin memulakan sesuatu namun itu juga bukan alasan untuk kita tidak mencuba. Kita perlu mengambil sedikit risiko untuk memperolehi lebih dari apa yang kita ada.
Jadi..Mulakan langkah pertama, walaupun kita belum nampak langkah seterusnya!
Selamat berhujung minggu
-Dr. Abam..

Sabtu
4 September 2021

Jagalah hati untuk dapatkan minda yang sihat

Seorang ustaz pernah beritahu abam, katanya ibadah atau segala perbuatan yang kita lakukan akan dinilai bergantung kepada niat. Tanpa niat, ibadah atau amalan yang kita laksanakan itu tidak akan dinilai.

Misalnya solat. tanpa niat, solat kita akan ditolak dan perbuatan kita itu sia-sia. Tanpa niat, puasa kita juga tidak dikira dan kita hanya mendapat lapar dan dahaga saja. Tak ada pahala atau markah untuk kita. Sebab itulah niat juga termasuk dalam rukun solat.
Di sini apa yang abam ingin sampaikan ialah betapa pentingnya peranan hati kita. Hati menjadi pencetus atau ‘triggered factor’ kepada perbuatan kita. Jika tidak baik niat atau lintasan hati kita pada ketika itu, maka secara otomatik niat tadi akan dihantar ke otak dan seterusnya ia akan diterjemahkan melalui perbuatan. Misalnya dalam hati kita terasa nak fitnah seseorang. Secara tidak langsung niat atau saranan itu terus dihantar ke otak. Lalu otak kita pun mula berkerja mencari cerita best sebagai modal untuk kita menabur fitnah.
Begitu juga sebaliknya. Jika dalam hati kita terlintas untuk melakukan perkara baik, lintasan atau niat kita tadi juga akan dihantar ke otak dan otak kita akan fikir bagaimana untuk kita lakukan kebaikan tersebut.
Jadi, adalah penting untuk kita menjaga hati. Jika hati kita bersih dan jernih kita akan lalui kehidupan ini dengan baik. Setiap usaha yang kita lakukan menjadi lebih mudah dan lancar. Rumah tangga kita juga aman dan bahagia. Begitu juga sebaliknya, jika hati kita tidak baik, hidup kita akan menempuh laluan yang susah dan sentiasa tidak tenteram.

Oleh itu, jagalah hati...

Friday, 13 August 2021

Kelebihan senaman Skipping ( lompat tali)

 



Pagi ni abam nak kongsi sikit berkenaan skipping.
Skipping adalah salah satu senaman yang paling murah kerana kita dapat membeli tali 'skipping' ini hanya dengan harga kurang dari RM50. Malah ada tali 'skipping' yang dijual di bawah RM10.
Walaupun simple tapi senaman ini adalah antara senaman yang baik untuk diamalkan kerana ia
mempunyai banyak faedah dan sangat membantu mengekalkan kesihatan.
Antaranya faedah skipping ialah;
Dapat meningkatkan pergerakan kaki, membantu mengawal keseimbangan, koordinasi, dan meningkatkan ketangkasan. Aktiviti ini juga dapat membantu menguatkan otot kita terutamanya otot paha dan betis.
Skipping juga berkesan untuk mencairkan lemak yang terkumpul di dalam badan kita. Ia sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Skipping dikatakan dapat membakar sehingga 1300 kalori jika dilakukan dalam masa satu jam. Dan jumlah ini adalah lebih banyak berbanding dengan berjogging atau berjalan kaki.
Akhir sekali, apabila kita melakukan skipping, kita sebenarnya sedang berlatih untuk menjadi lebih fokus. Fokus dalam mengawal pergerakan.
Proses mengawal pergerakan ini akan membuatkan kita menjadi tenang. Ini kerana sewaktu kita sedang fokus mengawal dan melakukan pergerakan ini secara berulang, dalam masa yang sama kita juga sebenarnya sedang merangsang sel-sel otak untuk mengeluarkan sejenis hormon, iaitu hormon endorphins dan seritonin. Kedua-dua hormon inilah yang membantu kita menjadi tenang dan gembira.
Okey.. itu saja.. Semoga bermanafaat..So.. Kalau pagi ini korang buntu atau tak ada apa-apa idea untuk aktiviti senaman, apa kata korang cuba senaman skipping.
Selamat berhujung minggu..
DR. Abam
Sabtu 14 Ogos 2021

Friday, 18 June 2021

Social Anxiety Part 1

 



Pernah tak korang dengar apa itu Sosial enxiety?

Sosial enxiety adalah ketakutan yang kuat dan berterusan untuk diperhatikan dan dinilai oleh orang lain.
Di mana apabila seseorang itu menghadapi 'penyakit' atau masalah ini, dia akan jadi risau dan takut tak bersebab . Dia rasa seolah-olah dirinya sedang dinilai atau diteliti oleh orang lain. Ini berlaku apabila dia berada di tempat awam atau ketika menghadiri sesuatu majlis keramaian. Baik majlis kenduri kahwin atau reunion bersama bekas kawan-kawan sekolah dulu.
Sosial enxiety ni berbeza dengan perasaan malu. Perasaan malu biasanya untuk jangka pendek saja dan ia tidak mengganggu kehidupan seseorang. Kita mungkin akan merasa segan untuk berjumpa dengan orang yang kita tidak kenali pada permulaannya tapi selepas beberapa minit bertegur sapa, kita akan kembali seperti biasa. begitu juga jika diminta berucap di hadapan khalayak. Mungkin seminit dua, kita rasa seram sejuk tapi selepas itu kita dapat berucap seperti biasa.
Namun tidak kepada mereka yang mengalami masalah sosial enxiety ini. Individu ini akan rasa segan dan malu secara berterusan sehingga mengganggu kemampuannya untuk bekerja atau berkenalan dengan orang yang di luar keluarga mereka.
Bagaimana untuk mengenali sama ada anda juga ada masalah ini?
Caranya mudah saja, jika anda berjumpa dengan orang baru atau menghadiri satu-satu majlis keramaian, anda mula rasa gementar, berpeluh dan resah. Rasa seolah-olah diri anda sedang diperhatikan. Seterusnya anda rasa seperti 'blank' dan tak tahu nak buat apa. Ini tanda yang menunjukkan anda menghadapi masalah sosial enxiety.
Masalah sosial enxiety ini perlu diatasi kerana boleh mengganggu kehidupan kita seharian terutamanya kehidupan kita dalam masyarakat. Kita akan mengelakkan diri daripada mengambil bahagian dalam tugasan kumpulan atau berhadapan dengan masyarakat. Akhirnya kita akan dianggap sebagai kera sumbang dan seterusnya dipulau oleh masyarakat setempat.
Kenali masalah ini dan cuba perbaiki diri

Friday, 11 June 2021

Bodoh dan buat-buat bodoh

 



Dua tiga hari lepas hangat betul netizen bercerita tentang kenyataan Prof Muhaya yang meminta supaya wanita 'belajar untuk jadi bodoh-bodoh sikit' untuk memikat lelaki@suami. Dan abam tengok ramai wanita kat luar sana sudah 'triggered' dengan statement prof. Muhaya ni sehingga ada yang mengecam beliau..

Alaaa... Rileks la.. Jangan la pembaris sangat cik kak..

Pada pendapat abam, ada maksud tersirat dari ayat "buat-buat bodoh" yang yang prof tu cuba sampaikan.

Bila abam dengar dan tonton klip video beliau, baru abam dapat tangkap maksud sebenar dia.

Actually, bukan prof Muhaya suruh wanita ni jadi bodoh sehingga 'downgrade' diri mereka sampai senang kena pijak dek lelaki tapi dia cuma nak wanita di luar sana tu kurangkan sikit tunjuk sikap 'serba tahu' atau 'kurang ajar' di depan suami. Terutamanya jika wanita tu levelnya atau pangkatnya lebih tinggi berbanding suami.

Sebabnya dalam agama, kita ada peranan dan level masing-masing.Contohnya, Mem abam di tempat kerja, dia berjawatan Matron (so kira dia salah sorang orang besar di klinik dia). Jadi staff bawahan dia kena dengar arahan dia. Manakala abam juga sorang incas di tempat abam bertugas. Jadi anak buah abam pun mesti dengar pendapat dan arahan abam.

Kalau ikut logik, kami berdua ni 'sama level'.
Tapi itu cerita di tempat kerja. Bila berada di rumah, Mem abam dah tak boleh nak tunjuk pandai atau tunjuk power di depan abam sebab bila dia berada di rumah secara otomatik 'level' atau pangkat dia sebagai boss akan 'down' kepada pangkat isteri.

Jika abam ada buat silap ke apa ke, Mem masih boleh marah dan tegur abam tapi marah dan tegur dia tu bukannya seperti dia marah atau tegur staff bawahan dia di tempat kerja. Ini kerana hukum islam menuntut supaya seorang isteri itu patuh dan hormat pada suami. Tak kira isteri tu lebih berpangkat atau lebih tinggi pendidikannya berbanding suami.

Jadi, abam rasa tak salah untuk isteri tu 'buat-buat bodoh' dan tidak terlalu menunjuk yang dia ni seorang yang pandai dan berkuasa di depan suami di rumah, walaupun isteri tu adalah seorang professor di sebuah universiti atau dia berjawatan sebagai CEO di sebuah syarikat, sedangkan suaminya hanyalah seorang Pekerja Am di jabatan kerajaan.

Tinggalkan pangkat dan jawatan puan-puan tu di pejabat atau office masing-masing bila sudah 'punch out' dari office atau organisasi tempat kerja puan-puan. Sila 'sauk' atau pakai baju kelawar dan jadilah seorang isteri bila mana puan-puan melangkah kaki masuk ke dalam rumah. InsyaAllah dengan ini rumah tangga yang dibina itu akan sentiasa harmoni dan bahagia.

Ini ulasan atau pemahaman abam tentang video klip Prof Muhaya semalam. Pendapat orang dan pemahaman orang lain, abam tak tahu. Ini kerana persepsi kita berbeza.
Wallahuaklam..

Dr Usry Abdullah

Sabtu 12 Jun 2021

Dulu Kita Makan Sambil Bercerita, Sekarang Kita Makan Sambil Tengok Telefon

Dulu, meja makan bukan sekadar tempat untuk mengisi perut. Meja makan ialah tempat kita berkumpul. Tempat emak bercerita tentang apa yang be...