Sunday, 3 October 2021

Kisah dari secawan kopi

 


Abam terbaca satu kisah dari website. Kisah yang boleh memberi peringatan kepada diri kita. Ianya berkisar tentang perbualan seorang ayah dengan anaknya.
Ayah : Anak, tolong buatkan kopi dua cawan untuk kita berdua, tapi jangan dituang gula terlebih dulu, bawa saja gulanya ke mari
Anak : Baik, ayah.
Tidak berapa lama kemudian, anaknya pun membawa dua cawan kopi yang masih panas dan sebekas gula beserta dengan sudu.
Ayah : Cuba kamu rasa kopimu itu. Bagaimana rasanya?
Anak : Rasanya sangat pahit ayah.
Ayah : Okey, sekarang kamu tuangkan sesudu gula, kacau sehingga larut kemudian cuba kamu rasa kopimu itu.
Anak : Rasa pahitnya mula berkurang.
Ayah : Sekarang kamu tambah lagi sesudu gula, kacau sehingga larut dan kamu rasa semula kopimu itu, bagaimana rasanya?
Anak : Rasa pahitnyasemakin berkurangan, ayah.
Ayah : Bagus. Sekarang tambahkan sesudu gula lagi, kacau dan kamu rasa kembali kopimu itu.
Anak : Rasa manis mulai terasa tapi rasa pahit masih ada, ayah.
Ayah : Okey, kamu tambah lagi sesudu gula, kacau dan rasa, bagaimana rasanya?
Anak : Rasa pahit kopinya sudah tidak ada, yang ada sekarang ialah rasa manis, ayah.
Ayah : Tuangkanlah sesudu gula lagi,kacau dan rasa kopimu itu.
Anak : Terlalu manis pula kopi ini, ayah.
Ayah : Tambah lagi sesudu gula,kacau dan rasa kopimu itu,
Anak : Terlalu manis dan kopinya sudah tak sedap ayah. Saya lebih suka kopi dan gulanya sama-sama terasa berbanding kopi yang terlalu manis.
Ayah : Jika rasa pahit kopi diibaratkan sebagai kemiskinan hidup dan rasa manis gula pula diibarat kekayaan harta, mengikut pendapat kamu, bagaimana harus kita nikmati kenikmatan hidup itu?
Anaknya termenung seketika kemudian menjawab .
Anak : Kenikmatan hidup akan dapat kita rasai apabila kita dapat menikmati hidup seadanya, tidak terlalu kaya dan tidak terlalu miskin.
Ayah: Benar sekali. Kita hidup ini jangan melampaui batas. untuk bahagia tak semestinya kita memerlukan harta yang banyak. Cukuplah dengan mensyukuri apa yang kita ada.
Pengajaran dari kisah ini ialah, kita jangan terlalu mengejar dunia sehingga membuatkan kita gagal untuk menikmati nikmat kehidupan yang kita ada sekarang. Tidak ada guna kita punyai harta yang banyak tapi hidup kita masih tidak tenang..,
-Dr.Abam

Friday, 1 October 2021

Bersyukur dengan apa yang kita ada

 

Jika kita pandang kepada apa yang kita TIDAK ADA kita akan sentiasa rasa tak cukup. Tetapi jika kita pandang kepada apa yang kita ADA, barulah kita akan rasa beryukur.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jangan terlalu mengejar sesuatu impian sehingga kita lupa akan nikmat yang kita ada.Walau sebanyak mana pun kekayaan yang berjaya kita kumpul, namun pada akhirnya kita tidak lagi memerlukannya. Apa yang kita benar-benar impikan ialah sebuah kehidupan yang tenang dan aman.
-Dr. Abam
#Tips hidup tenang



Saturday, 25 September 2021

Ada hikmah yang tersembunyi disebalik setiap kejadian.

 


Pada zaman dahulu... Ada seorang petani miskin yang hidup bersama anaknya. Petani miskin ini jmemiliki seekor kuda yang digunakan untuk mengangkut hasil dari ladangnya ke pekan untuk dijual di pasar.

Pada suatu hari, entah apa penyebabnya, tiba-tiba kuda petani itu lari begitu saja dari kandang dan menuju ke hutan. Jadi pada hari itu petani itu tidak dapat membawa hasil ladangnya ke pekan kerana ketiadaan kenderaan.

Apabila mengetahui keadaan ini, jiran-jiran petani itu berkunjung kerumahnya.
“Sungguh malang nasibmu wahai petani, kudamu lari tanpa sebab. Susahlah kamu untuk membawa hasil ke pekan...”
Petani itu hanya menjawab, “Entahlah, aku pun tak tahu sama ada nasib aku ini malang atau beruntung”.

Beberapa hari kemudian, kuda petani itu kembali semula ke rumah mereka tetapi kali ini dia tidak balik seekor sebaliknya dia pulang bersama seekor lagi kuda liar.
Apabila mengetahui kuda petani itu telah kembali, jiran-jirannya pun mula datang melawat dan mereka terkejut kerana ada seekor lagi kuda liar yang turut bersama kuda petani tadi.
Mereka pun berkata, “Wah..Sungguh beruntung nasibmu wahai petani, bukan saja kudamu sudah kembali, tapi sekarang kamu sudah mempunyai dua ekor kuda.”
Petani tadi hanya menjawab, “Beruntung atau tidak, Aku pun tidak tahu …”

Beberapa hari selepas itu, dengan penuh semangat, anak petani tadi cuba untuk menjinakkan kuda baru mereka. Namun, ternyata kuda itu terlalu sukar untuk dikendalikan. Entah macam mana, sewaktu cuba mengenderai kuda baru itu, anak petani tadi terjatuh dari kuda dan kakinya patah.
Mendengar peristiwa anak petani itu jatuh dari kuda dan kakinya patah, jiran-jiran petani tadi datang melawat.
Jiran-jirannya pun berkata “Wahai petani, sungguh malang nasibmu! tak ada lagi orang yang boleh membantumu berkerja di ladang”
Petani itu hanya menjawab, “Entahlah.. Malang atau beruntung, aku pun tak tahu …”

Sejak kakinya patah, anak petani itu hanya terbaring saja di tempat tidur dan tidak lagi membantu ayahnya berkerja di ladang. Untuk membantu proses penyembuhan, petani tadi membalut kaki anaknya.

Pada satu hari negeri mereka telah berperang dengan sebuah negeri lain. Memadangkan negeri mereka tidak cukup askar, raja telah mengarahkan semua anak muda menjadi tentera secara paksa.
Beberapa hari kemudian, datanglah Panglima Diraja ke kampung petani tadi untuk mencari anak muda untuk dijadikan askar. Termasuklah anak-anak lelaki jirannya. Dengan sedih mereka terpaksa melepaskan anak mereka pergi.
Sewaktu mereka berkunjung ke rumah petani, mereka melihat anak petani yang sakit itu sedang berehat.
Mereka pun berkata, “Wahai petani, sungguh beruntung nasibmu! Walaupun anak kamu sakit tapi dia masih ada di depan mata kamu. Sedangkan kami tak tahu apa nasib anak-anak kami.”
Petani hanya menjawab, “Malang atau beruntung, aku pun tidak tahu …”

Moral of the story..
Contohilah sifat si petani itu. Dia menerima setiap takdir yang dianugerahi kepadanya dengan berlapang dada. Sedikit pun dia tidak menyalahkan keadaan.
Walaupun ketika dia kehilangan kuda atau ketika anaknya jatuh dari kuda sehingga patah kakinya. Dia tetap tenang dan bersangka baik kerana dia tahu di setiap ujian yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersebunyi di sebaliknya.
Setiap peristiwa malang yang berlaku pasa kita pada hari ini belum tentu ianya satu kesudahan yang buruk buat kita. Mungkin melaui peritiwa malang ini merupakan cara untuk tuhan menganugerahi kebaikan kepada kita. Sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita.
-Dr. Abam
Tips hidup tenang

Friday, 24 September 2021

Tak perlulah kita nak jadi Juru Audit tak bertauliah.. Jaga diri sendiri sudah..

 



“Salah seorang dari kamu mampu untuk melihat kotoran kecil yang menempel di kelopak mata temannya, tapi lupa dengan batang kayu besar yang menutupi matanya sendiri”


.

Pernah tak kita terfikir..

Dulu, sekitar tahun 80-an dan 90-an, kalau seseorang itu nak menyebarkan cerita tentang orang lain, dia kena keluar rumah. Kena berjalan dari satu rumah ke satu rumah. Kena duduk bersembang di beranda, di kedai kopi atau di bawah pokok. Cerita itu mungkin tersebar, tapi penyebarannya perlahan dan terhad.

Hari ini, semuanya berubah.

Dengan adanya telefon pintar dan media sosial, cerita tentang seseorang boleh tersebar ke seluruh negara dalam masa beberapa minit. Tak perlu lagi keluar rumah. Tak perlu lagi berjumpa orang. Cukup sekadar menaip beberapa baris ayat, tekan butang "Send" atau "Share", kemudian tunggu orang lain menyambung penyebarannya.

Lebih menyedihkan, kadang-kadang cerita itu belum tentu benar. Ada yang ditokok tambah. Ada yang dipotong separuh. Ada yang sengaja diolah supaya nampak lebih sensasi. Akhirnya, maruah seseorang hancur hanya kerana beberapa patah perkataan yang ditaip tanpa berfikir panjang.

Yang Abam hairan…

Kenapa kita begitu seronok mencari dan membincangkan keaiban orang lain?

Kenapa begitu mudah kita menjadi hakim kepada kehidupan orang, sedangkan kita sendiri sedang bergelut dengan kelemahan yang tidak diketahui orang?

Kenapa kita begitu sibuk menjadi "juru audit" kehidupan orang lain, tetapi jarang sekali meluangkan masa untuk mengaudit hati dan diri sendiri?

Hakikatnya, tiada seorang pun daripada kita yang sempurna.


.

Kalau Tuhan mahu membuka semua aib kita hari ini, mungkin kita sendiri tidak sanggup mengangkat muka untuk berdepan dengan manusia. Tetapi Allah masih menyayangi kita. Dia masih menutup dosa, kelemahan dan kesilapan kita daripada pandangan orang ramai.

Bukankah itu satu nikmat yang sangat besar?

Jadi, mengapa kita tergamak membuka aib orang lain, sedangkan Tuhan sedang menutup aib kita?

Ingatlah… setiap kali kita terlalu sibuk mencari kekurangan orang lain, mungkin pada saat itu kita sedang terlupa memperbaiki kekurangan diri sendiri.

Jangan sampai kita terlalu ghairah menceritakan keburukan orang, sehingga akhirnya Allah membiarkan keburukan kita pula menjadi bualan manusia.

Kerana maruah itu mahal. Hari ini mungkin kita sedang melihat orang lain diuji. Esok, belum tentu bukan giliran kita pula.

Sebab itulah, sebelum jari menekan butang "Share", tanyalah hati terlebih dahulu…

Kalau cerita itu tentang diri kita, adakah kita sanggup membacanya?


.

'What goes around comes around'. Hari ini kita seronok menjaja cerita orang. Bayangkan jika esok lusa kesalahan dan kesilapan kita pula didedahkan di khalayak ramai oleh orang lain. Pada ketika itu, sanggup lagikah untuk kita berjalan di atas muka bumi ini?

Nasihat abam, eloklah kita berhenti dari menjaja keburukan dan mencari kesilapan orang. Walaupun kita ini sudah cukup sempurna, terkenal dan ramai pengikut, itu tidak bermakna ia boleh dijadikan sebagai lesen untuk kita mencari silap dan menjaja keburukan orang. Belajarlah untuk menghormati 'privacy' orang. Dari kita sebok mencari silap dan menjaja keburukan orang, adalah lebih baik kita sebokkan dengan hal dan kehidupan kita sendiri.

Finally, di mahsyar kelak, kita tak sempat pun nak 'skodeng' apa yang orang sebelah sedang buat kerana kita sebok memikirkan masalah dan nasib sendiri. So, belajarlah untuk menjaga hal sendiri bermula dari sekarang.

Jangan bila kita dah 'berpindah alam' baru ketika itu kita minta nak balik ke dunia untuk ubah diri. Ketika itu sudah terlambat dah..


.

-Dr.Abam
Tips hidup tenang 

Thursday, 23 September 2021

Apa salahnya menangis jika ia boleh membuatkan kita rasa gembira

 


Emosi adalah reaksi seseorang terhadap situasi tertentu. Sebagai manusia normal, kita akan menunjukkan atau melahirkan pelbagai jenis emosi mengikut situasi yang sedang kita alami.
Tahukah anda bahawa menangis juga termasuk dari salah satu bentuk emosi. Ia berlaku apabila kita berada dalam situasi tertentu seperti sedih,takut, sakit atau dalam situasi yang kita tidak selesa.
Mengikut Sains, apabila kita mengalami salah satu dari situasi yang abam sebutkan tadi, jantung kita akan menghantar isyarat ke otak untuk merangsang hormon yang tersimpan di dalam organ tertentu di dalam badan kita.
Hormon yang dirembeskan ini seterusnya akan mengubah fisiologi badan kita secara otomatik dan membuatkan tubuh kita bertindak balas terhadap keadaan atau situasi tadi sama ada ketawa, menangis atau marah.
Apabila kita berada dalam situasi sedih, otak akan merangsang kelenjar pituitri untuk menghasilkan hormon adrenokortikotropik. Hormon ini seterusnya memasuki salur darah dan mengalir ke seluruh tubuh kita.
Ketika inilah kita akan rasa pelbagai jenis emosi seperti kecewa, bosan, marah, benci, gelisah, takut, dan lain-lain lagi. Saling bercampur baur. Ketika itu juga kita kita mula rasa tertekan.
Jika kita biarkan perasaan sedih dan tekanan ini berterusan, ia akan mengganggu fungsi normal tubuh kita yang lain. DAN.. cara yang paling mudah untuk melepaskan semua perasaan dan tekanan ini ialah dengan MENANGIS!
Setelah selesai menangis, kita akan rasa tenang, nyaman dan lega...
Secara peribadi, abam amat menggalakkan untuk korang menangis. Menangislah selagi mahu ketika korang sedih atau tertekan asalkan tidak melampaui batas agam. Menangis adalah satu tindak balas yang positif kepasa kesedihan dan tekanan. Korang akan merasa lebih baik dari segi emosi, mental, dan juga rohani setelah selesai menangis.
Oleh itu jangan merasa malu untuk menangis...

Wednesday, 22 September 2021

Tips menghilang perasaan sedih atau kecewa



Manusia adalah makhluk ciptaan tuhan yang kompleks di mana kita dianugerahkan satu keistmewaan iaitu akal dan perasaan yang pelbagai. Ada ketika kita gembira dan ada ketikanya pula kita akan merasa sedih. Inilah sifat semula jadi manusia.

Apabila sedih atau stres, minda dan jiwa kita menjadi celaru dan ada sesetengah individu mengalami 'bad mood'. Malah ada yang sampai ke tahap hilang semangat.
Ketika ini ramai di kalangan kita akan memilih untuk menyendiri, berkurung di dalam bilik atau pun melakukan perkara-perkara negatif yang lain seperti tidak mahu bercakap atau tidak mahu makan minum.
Sebelum perkara ini bertambah serius dan membawa anda masuk ke tahap seterusnya, iaitu kemurungan, di sini abam kongsi beberapa tips mudah untuk hilangkan rasa sedih atau 'bad mood' itu:
1. Bercakap dengan orang yang positif. Ini akan menaikkan semula semangat kita untuk kembali berusaha.
2. Perbanyakkan syukur. Senaraikan beberapa perkara positif yang berlaku dalam hidup kita pada hari itu. Lupakan peristiwa yang membuatkan kita sedih atau kecewa.
3. Perbanyakkan ketawa walaupun ada ketikanya kita harus memaksanya. Apabila kita ketawa, ia akan mengusir perasaan 'bad mood' tadi dan dalam masa yang sama ia juga akan merangsang hormon endorfin yang terletak di kelenjar Pituitri supaya dirembeskan ke dalam saluran darah. Hormon ini akan membuatkan perasaan kita menjadi tenang dan rasa bahagia.
4.Lakukan senaman ringan. Gerakkan badan anda (sama ada berjalan atau bersenam) selama 20 minit atau lebih. Tabiat melakukan senaman sekurang-kurangnya 20 minit sehari akan mebuatkan diri terasa nyaman dan santai. Bagi diri abam, abam suka aktiviti memancing. Feel dia 'lain macam' , terutamanya bila pancing diragut ikan. dan ini membuat abam rasa relaks dan tenang. By the way, kalian boleh pilih aktiviti senaman yang kalian minat.
Okey, ini saja. Semoga tips ini bermanafaat. Sama-samalah kita kurangkan stress dan kemurungan.
Rabu
22 September 2021

Friday, 17 September 2021

Ketenangan dan Kejayaan dalam hidup



Ketenangan dan kebahagiaan adalah dua unsur yang berkait rapat. Mengikut teori kontigency, kedua-dua 'variable' ini mempunyai hubungan positif di antara satu sama lain. Jika 'perasaan dan minda' kita tidak tenang, kita TIDAK akan rasa bahagia dan sekiranya jiwa atau minda kita tenang, secara otomatik kita akan rasa BAHAGIA.
Jika kita perasan, ramai orang di luar sana yang punya segalanya tapi hidup mereka tetap rasa tidak bahagia. Walaupun kehidupan mereka dilimpahi dengan harta yang melimpah dan dikelilingi pula oleh kawan-kawan yang ramai, namun mereka tetap tidak mampu untuk merasa apa itu bahagia.

Minda dan jiwa mereka sentiasa berkecamuk dan hidup terasa seperti tidak bermakna. Seolah-olah ada sesuatu yang masih kurang. Hidup mereka juga tidak terurus dan kelam kabut.
Mereka juga lebih cenderung untuk menilai sesuatu peristiwa atau kejadian yang berlaku dalam hidup mereka dengan perspektif atau pandangan negatif, sempit dan dangkal. Mereka juga selalu ada rasa sakit hati dan dengki dengan kehidupan orang lain.
Malah yang lebih parah lagi ialah mereka juga berani mempersoal setiap aturan atau takdir yang Allah anugerahi kepada mereka. Semua perkara yang ditakdirkan itu dirasakan seperti tidak betul.
Di sinilah pentingnya ketenangan!
Apabila minda dan perasaan kita tenang, kita akan tahu untuk mensyukuri nikmat yang tuhan kurniakan kepada kita. Walaupun mungkin pada pandangan orang lain nikmat itu cuma satu anugerah kecil tapi kita tetap merasa seperti mendapt satu nikmat yang tidak ternilai dan berharga.
Begitu juga dengan rezeki. Biarpun rezeki yang kita perolehi itu tidak sebanyak yang orang lain dapat namun manfaatnya dapat kita rasai keberkatannya. Kita akan merasa yang rezeki itu lebih dari mencukupi walaupun secara zahirnya orang melihat kita ini hidup dalam serba kesederhanaan.
Mengikut teori 'law of attraction', apabila minda dan jiwa kita tenang, kita akan menjadi lebih nyaman, tenteram dan stabil. Ini seterusnya akan membuatkan tubuh kita dialiri oleh energi positif. Apabila kita dipenuhi dengan energi-energi yang bersifat positif, setiap tindakan yang kita lakukan akan lebih terarah dan berobjektif. Dengan ini setiap tindakan kita sentiasa membuahkan hasil.
Inilah hikmah sebuah ketenangan yang ramai tidak tahu dan sesungguhnya mereka yang bahagia ialah individu yang memiliki hati dan minda yang tenang dan lapang.

Jadi, cubalah berusaha untuk mencari ketenangan.
-Dr.Abam

Dulu Kita Makan Sambil Bercerita, Sekarang Kita Makan Sambil Tengok Telefon

Dulu, meja makan bukan sekadar tempat untuk mengisi perut. Meja makan ialah tempat kita berkumpul. Tempat emak bercerita tentang apa yang be...