Thursday, 13 May 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H


 

Raya tahun ni sama seperti tahun lepas juga. Namun kita bersyukur kerana masih diberi kesempatan menyambut hari kemenangan walaupun dalam suasana SOP yang ketat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga

Tuesday, 27 April 2021

Tips mantain air dalam badan walaupun berpuasa

 


Sepanjang bulan Ramadhan, kita tidak minum atau makan bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari. Jadi, antara perkara yang biasa kita alami ialah haus, dan tidak cukup air dalam badan.

Walaupun pada bulan Ramadhan ini kita diwajibkan berpuasa tetapi kita tetap digalakkan supaya minum air putih (air kosong) sebanyak 8 gelas sehari. So dalam posting pagi ini abam kongsi tips minum 8 gelas air kosong sehari untuk sepanjang bulan puasa ni.
1 gelas > Selepas bangun tidur untuk bersahur
1 gelas > Selepas sahur
1 gelas > Selepas azan Maghrib
1 gelas > Selepas solat Maghrib
1 gelas > Selepas Makan
1 gelas > Selepas solat Isyak
1 gelas > Selepas solat Terawih
1 gelas > Sebelum Tidur
Jika korang berjaya follow tips ini, bermakna korang telah berjaya cukupkan pengambilan air putih di dalam badan korang walaupun korang perlu berpuasa disiang hari. Dengan ini korang tidak terasa letih sepanjang menjalani ibadah puasa.
Selamat berpuasa
28 April 2021/ 16 Ramadhan 1442H

Monday, 26 April 2021

PdPR datang Lagi...



Sesi pembelajaran selepas cuti Hari Raya Aidilfitri khabarnya akan diteruskan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah.

Menurut menteri pendidikan, ia adalah bertujuan untuk mengelak risiko jangkitan Covid-19 di sekolah selepas cuti sekolah bagi meraikan perayaan Aidilfitri yang dijadualkan pada 7 hingga 15 Mei bagi sekolah kumpulan A dan 8 sehingga 16 Mei bagi sekolah kumpulan B.

Selepas tempoh PdPR itu, murid dan pelajar akan menyambung cuti penggal semula bermula 28 Mei sehingga 12 Jun bagi sekolah kumpulan A dan 29 Mei sehingga 13 Jun bagi sekolah kumpulan B. Ini bermakna anak-anak kita akan berada di rumah selama sebulan lebih.
Seronok la 'bebudak' yang tak ada exam tahun ni, tapi kesian pula abam tengok pada mereka yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti peperiksaan SPM dan STPM. Ini kerana pembalajaran secara atas talian ni 'kurang effektif' berbanding pembelajaran secara bersemuka.

Pertamanya ialah kerana proses pembelajaran secara pdpr ini lebih kepada komunikasi sehala. Biasanya pihak guru akan memuat naik video pembelajaran dan kemudiannya akan dimuat turun oleh pelajar di rumah. Jadi abam rasa pasti ramai murid yang akan ketinggalan dalam pelajaran kerana mereka tidak berpeluang untuk bertanyakan soalan sekiranya ada 'part' yang mereka tidak faham. Di samping itu cikgu juga tidak boleh memberi bimbingan secara individu kepada mereka yang lambat 'pick up' ini berbanding sewaktu pembelajaran secara bersemuka di dalam bilik darjah.
Pdpr ini juga akan memberi kesukaran kepada pelajar yang tinggal di kawasan capaian internet yang lemah dan sering terganggu atau tergendala. Mereka akan mengalami masalah untuk 'download' video. Malah ada yang akan menghadapi kesukaran untuk 'access' kelas yang sedang berlangsung. Ini juga akan mengganggu interaksi di antara guru dan murid sewaktu sessi pembelajaran.

Penggunaan data internet juga tinggi terutamanya untuk memuat turun video serta audio semasa PdPR dilaksanakan. Ini sedikit sebanyak akan membebankan para ibu bapa yang berpendapatan rendah. Sudahlah untuk bajet makan setiap hari pun ada yang tidak mampu dan mengharap bantuan Baitulmal atau Pusat Zakat, kini mereka terpaksa pula mencari bajet tambahan untuk melanggan data internet bagi tujuan pdpr. Keadaan ini akan menambah beban, terutamanya kepada ibu bapa yang mempunyai anak ramai.

Berdasarkan kepada masalah yang disebutkan tadi, abam rasa pdpr ini tidak berapa bagus dan ia akan kembali menimbulkan kesulitan kepada pelajar dan ibu bapa berbanding kebaikan. Kesian cikgu, ibu bapa dan anak-anak sekolah. Pihak berwajib sepatutnya merangka SOP yang lebih berkesan untuk mengelakkan jangkitan Covid di sekolah berbanding melaksanakan pdpr.

Salam Ramadhan

27 April 2021

Sunday, 11 April 2021

Tips untuk mendapat tidur yang berkualiti

Tidur juga merupakan satu keperluan untuk tubuh sebagaimana kita perlu kepada makanan. Kajian mendapati kualiti tidur dapat mempengaruhi mental dan fizikal seseorang.

Ketika kita tidur, badan kita akan mendapat rehat yang sebenar. Pada masa inilah tekanan darah kita akan kembali normal semula dan paras hormon yang berlebihan juga diseimbangkan secara semulajadi. Di samping itu, badan kita juga akan memperbaiki semula sel-sel tisu yang rosak semasa kita tidur.

Sebagai seorang manusia biasa yang normal, kita perlu tidur yang cukup iaitu di antara empat sehingga sepuluh jam pada setiap malam, bergantung kepada profesyen dan gaya hidup kita setiap hari. Contohnya, untuk orang kebanyakan seperti kita, tidur selama empat jam pada setiap malam sudah memadai tetapi untuk mereka yang bergelar ahli sukan, jumlah tidur selama empat jam masih tidak cukup. Mereka perlu tidur lebih dari itu, iaitu sembilan atau sepuluh jam pada setiap malam.

Walaupun tidur ini penting tetapi mengikut kajian, kebanyakan rakyat Malaysia hari ini mengalami masalah tidak cukup tidur. Masalah tidak cukup tidur ini amat merbahaya kerana ia boleh menyumbang kepada masalah kesihatan sama ada kesihatan fizikal ataupun masalah emosi.
Antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh mereka yang tidak cukup tidur ialah keletihan melampau, ketidak seimbangan emosi dan ketidak upayaan untuk berfikir secara logik dan waras. Malah ada dikalangan mereka yang mengalami kemalangan sama ada kemalangan di tempat kerja atau kemalangan jalan raya.

Oleh itu, cuba dapatkan tidur yang cukup pada setiap hari. Di sini ada empat tips untuk membantu anda mendapat tidur yang cukup pada setiap hari.

1. Cuba tidur pada waktu yang sama pada setiap malam.
Dengan mengamalkan tabiat tidur mengikut waktu yang ditetapkan pada setiap hari akan membantu tubuh kita mengatur jam dalaman badan secara optimum.
Mulai hari ini cuba pilih waktu tidur yang sesuai dengan rutin harian kita. Misalnya tetapkan waktu tidur anda pada setiap malam pada pukul 10 malam. Jadi pada hari berikutnya, apabila jam menunjukkan pukul 10 malam, jangan lakukan sebarang aktiviti sebaliknya bersedia untuk masuk tidur.
Apabila anda lakukan rutin ini pada setiap malam, lama-kelamaan badan anda akan serasi dengan jadual tidur yang ditetapkan itu dan tidak perlu dipaksa lagi.

2. Elakkan meminum mimunam berkafien dan merokok sebelum tidur.
Minuman berkefin akan mengganggu jadual tidur anda. Mengikut kajian, ada sesetengah individu tidak dapat tidur pada malam hari walupun dia meminum mimunam berkafein tadi pada sebelah petangnya. Justeru itu, jika anda ingin menjaga dan mengekalkan kualiti tidur yang baik, berhati-hatilah dengan minuman yang mengandungi kafien ini.
Begitu juga dengan tabiat merokok sebelum tidur. Tabiat ini juga mengganggu ‘biological clock’ yang telah anda setkan. Nikotin yang terkandung di dalam rokok akan menyebabkan badan terasa segar dan tidak mengantuk. Ini seterusnya menyebabkan anda sukar untuk tidur.

3. Rajinkan diri untuk bersenam
Hubungan antara senaman dan tidur telah didikaji oleh pakar perubatan sejak bertahun lamanya. Salah seorang pegkaji ialah Dr Abhinav Singh. Dalam kajian yang dilakukan, beliau dapati individu yang rajin bersenam akan memperolehi kualiti tidur extra sebanyak 45 minit sehingga satu jam pada sebelah malamnya (Abhinav Singh,2021).
Menurut beliau, apabila kita bersenam, bahan kimia seperti endorphin dan seritonin akan dibebaskan ke dalam salur darah. Kedua-dua hormon ini bertugas untuk membantu meningkatkan fungsi mood otak dan mengurangkan kemurungan. Jadi bila mood otak kita berada dalam situasi yang baik, ia menyebabkan kita sentiasa berasa tenang dan aman. Ini seterusnya memudahkan untuk kita melelapkan mata pada setiap malam.
Jadi sekiranya anda sukar untuk tidur atau sering mengalami masalah tidur, rajin-rajinlah melakukan senaman pada sebelah petangnya.

4. Elakkan makan sebelum tidur
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa individu yang makan pada lewat malam didapati lebih sukar untuk tidur berbanding individu yang makan awal.
Ini kerana apabila kita makan lewat pada setiap malam, sistem penghadaman terpaksa bekerja lebih keras sewaktu kita sedang tidur. Ini seterusnya mengganggu proses badan yang sepatutnya berehat pada waktu tersebut. Di samping itu, kajian juga mendapati Jika anda sering mengamalkan tabiat buruk ini, lama kelamaan bukan saja anda sukar untuk tidur tapi anda juga boleh mendapat masalah ‘heartburn’.
Untuk memudahkan anda melelapkan mata dan mendapat tidur yang berkualiti, ubah jadual makan malam anda sekeluarga. Jika selama ini anda gemar makan lewat pada setiap malam, cuba amalkan makan malam seawal yang mungkin. Seeloknya pada jam 7 malam atau bagi orang islam, waktu yang ideal ialah selepas menunaikan solat maghrib.

Selamat malam...

Saturday, 20 March 2021

Hari Tidur Sedunia. Ramai yang tidak Perasan akan nikmat tidur.

 



Tanggal 19 Mac 2021 mesti ramai yang tak perasan yang hari tersebut merupakan ‘Hari Tidur Sedunia’.  Hari Tidur Sedunia ini disambut pada 19 Mac setiap tahun. Tujuan Hari Tidur Sedunia  dianjurkan ialah untuk mendidik masyarakat betapa pentingnya tidur kepada kesihatan dan kualiti hidup kita.

Tema Hari Tidur Sedunia pada tahun ini ialah, "Tidur yang teratur, masa depan yang sihat". Ia amat bertepatan kerana kekurangan tidur atau tidur yang tidak berkualiti akan menyumbang kepada masalah kesihatan sperti obesiti, Tekanan darah tinggi, kemurungan, dan penyakit kardio vascular ( Penyakit yang  berkaitan dengan sistem jantung dan salur darah).

Kekurangan tidur kronik  telah menjadi satu wabak baru kepada penduduk dunia termasuk penduduk di negara kita. Masalah ini adalah disebabkan  oleh  gaya hidup yang kita lalui pada hari ini dan salah satu penyumbang kepada kekurangan tidur yang berkualiti  ialah kesan dari penggunaan telefon pintar.

Sebagaimana yang diketahui, setiap orang mempunyai telefon pintar yang boleh mengekses internet. Ini menyebabkan kita leka  bermain telefon pintar walaupun di tempat tidur. Malah ada yang terleka sehingga tidur lewat malam kerana asyik melayari laman sosial atau bermain permainan di laman tertentu.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Nasional yang dilakukan pada tahun 2019 menunjukkan  50.1% populasi dewasa kita mengalami masalah berat badan yang berlebihan atau obesity. Manakala  30.0% pula menderita hipertensi dan 18.3% menghidap diabetes. Selain dari faktor kesihatan yang  lain, kebanyakan pesakit yang mengalami penyakit yang disebutkan tadi berpunca dari  masalah kurang tidur atau tidur yang tidak berkualiti.

Kita tahu bahawa setiap orang memerlukan antara enam hingga tujuh jam waktu tidur yang berkualitipada setiap malam. Namun, dari kajian yang dilakukan, hanya 21% daripada rakyat Malaysia yang  mendapat tidur yang nyenyak  sekurang-kurangnya lima jam. Kesannya, ramai yang tidak produktif pada waktu siang kerana  mengantuk.  Kewaspadaan dan daya tumpuan juga akan menjadi lemah disebabkan oleh  kurang tidur. Ini boleh meningkatkan risiko kemalangan jalan rayasekiranya kita memandu atau  ia juga boleh mengakibatkan kemalangan di tempat kerja kepada mereka yang mengendalikan mesin.

Jadi, tidur amat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan kita. Ia merupakan satu  proses kepada pemulihan otak dan badan kita.  Ketika kita tidur, hormon yang penting untuk metabolisme dilepaskan dan aktiviti yang mengatur tekanan darah kita akan ‘recalibrate’ semula secara semulajadi. Di samping itu  mekanisme sistem kekebalan tubuh  ( imuniti) kita juga akan dipulihkan. Inilah manafaat tidur yang tuhan kurniakan kepada kita. 

Oleh itu, selain dari makan dan minum, tidur juga merupakan satu lagi keperluan kepada tubuh kita. Maka  manafaatkanlah nikmat yang dikurniakan ini sebaiknya sebelum ia ditarik balik seperti yang dialami oleh sesetengah dari kita.  Ia sepatutnya digunakan sebaiknya sebagai tanda kita berterima kasih kepadaNya.

Sunday, 14 February 2021

Kesan akibat kekurangan Vitamin D

 


Vitamin D tidak kurang pentingnya kepada tubuh kita. Seperti juga vitamin lain, vitamin D   juga ada mempengaruhi beberapa sistem badan kita (Reichrath , Lehmann, Carlberg, Varani & Zouboulis, 2007). Oleh itu kekurangannya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan. 

Seperti yang sedia maklum, tubuh kita akan memenghasilkan vitamin D ini sewaktu kulit kita terkena atau terdedah kepada sinaran matahari. Terutamanya ketika awal pagi di antara pukul 8 sehingga 11 pagi. Namun begitu, walaupun Vitamin D ini boleh dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh, masih terdapat banyak kes individu yang mengalami masalah kekurangan vitamin D ini (anda boleh baca di sini:  https://usryabdullah.blogspot.com/2019/11/vitamin-d-dan-kesihatan-anda.html ). 

Mengikut Sahota (2014), dianggarkan kira-kira 1 bilion orang di seluruh dunia mempunyai masalah kekurangan  vitamin D di dalam darah mereka. Di sini disenaraikan 4 simptom utama yang biasa dialami sekiranya anda mempunyai masalah kekurangan vitamin D.


1.      1. Keletihan dan Penat

Kekurangan Vitamin D  akan mengganggu kualiti hidup kita kerana ia boleh membuatkan kita terasa lemah dan cepat penat. Ini seterusnya akan menyebabkan kita menjadi tidak produktif.

Terdapat beberapa kes di mana seseorang individu itu kerap mengadu letih dan sering sakit kepala.  Apabila dilakukan pemeriksaan fizikal dan ujian makmal, didapati tahap vitamin D dalam darahnya  adalah rendah. Di samping memberi rawatan, doktor juga telah menyarankan supaya pesakit itu mengambil suplemen vitamin D. Beberapa  minggu kemudian gejala keletihan yangg dialaminya mula berkurangan. 

 

2. Sakit Tulang 

Vitamin D juga berfungsi menjaga kesihatan tulang kita dimana Vitamin D ini membantu meningkatkan penyerapan kalsium di dalam badan. Sekiranya anda ada mengalami simptom sakit tulang dan sakit punggung, ini berkemungkinan juga anda ada mengalami masalah kekurangan vitamin D.

Beberapa kajian telah dilakukan oleh penyelidik dan mereka mendapati ada hubungan positif di antara kekurangan vitamin D dengan pesakit yang mengalami masalah sakit belakang. Dari kajian ke atas 9,000 orang wanita yang telah berusia dan mengalami  masalah kekurangan vitamin D ini. Penyelidik mendapati kebanyakan dari mereka mengadu  masalah sakit belakang. Apabila diberi rawatan dan suplemen Vitamin D,  masalah sakit belakang yang dialami oleh mereka mula berkurangan. Kajian ini menunjukkan vitamin D amat penting untuk kesihatan tulang.

 

3.      3. Kemurungan

Walaupun kemurungan juga boleh disebabkan oleh banyak faktor seperti faktor psikologi namun dalam keadaan tertentu kemurungan juga boleh berlaku sekiranya seseorang itu mengalami masalah kekurangan vitamin D.

Dalam kajian yang dilakukan oleh  Okereke dan Ankura Singh pada tahun 2016,  mereka  telah mengaitkan bahawa faktor kekurangan vitamin D mempunyai hubungan positif dengan taap kemurungan. 

Dari pemerhatian yang telah dilakukan, kedua-dua pengkaji ini telah mendapati adanya hubungan postif di antara kekurangan vitamin D dengan tahap kemurungan seseorang. Mereka membuat kesimpulan bahawa masalah kemurungan kerap berlaku di kalangan pesakit yang rendah kandungan vitamin D di dalam darahnya.

Beberapa kajian terawal juga mendapati pemberian supplemen vitamin D kepada pesakit yang mengalami masalah kemurangan dapat  membantu mereka pulih dengan lebih cepat berbanding pesakit yang tidak diberi suplemen vitamin D.

 

4.      4. Penyembuhan Luka Yang Terjejas

Penyembuhan luka yang lambat terutamanya selepas menjalani pembedahan atau akibat dari kecederaan juga ada kaitan dengan masalah kekurangan vitamin D. 

Ini dibuktikan oleh kajian yang dijalankan oleh   Ding , Kwan ,  Ma , Iwashina ,  Wang, Shankowsky ,dan  Tredget (2016). Mereka mendapati vitamin D membantu meningkatkan pengeluaran sebatian yang membantu proses pembentukan kulit baru. Oleh itu pihak doktor menasihatkan pesakit supaya mengambil vitamin D setiap hari untuk mempercepatkan proses penyembuhan lukanya.

Manakala kajian yang dilakukan oleh  Bashutski, Eber, Kinney, Benavides, Maitra, Braun, Giannobile,dan McCauley (2011) pula mendapati pesakit yang menjalani pembedahan pergigian akan terganggu proses penyembuhannya sekiranya pesakit itu ada mengalami masalah kekurangan vitamin D. 

Kesimpulannya, kekurangan vitamin D merupakan masalah  yang biasa dialami oleh kebanyakan orang namun ramai di kalangan kita tidak menyedarinya. Ini  kerana simptomnya  tidak jelas dan spesifik. 

Untuk mengelakkan dari mengalami masalah kekurangan vitamin D ini, cara yang paling mudah ialah dengan meningkatkan pendedahan diri kita kepada cahaya matahari. Anda juga digalakkan supaya mengambil makanan yang mengandungi  vitamin D dalam menu harian anda seperti ikan berlemak atau produk tenusu.  Akhir sekali, pengambilan suplemen vitamin D pada setiap hari juga dapat membantu anda memastikan kandungan vitamin D sentiasa mencukupi. 




Tuesday, 1 December 2020

Vitab Hibrid One

 




Supplement atau dikenali juga sebagai makanan tambahan adalah penting untuk membantu kita kekal sihat dan cergas.  Tetapi apabila disebut saja tentang  suplemen ini, ramai rakyat Malaysia mula septikal.  Pelbagai persoalan mula bermain di minda mereka seperti, 

" Perlu ke aku ambil makanan tambahan ni?"
"Aku masih kuat lagi, tak perlu la makanan tambahan ni semua."
" Bukan ke dalam makanan yang kita makan setiap hari sudah ada zat yang diperlukan, buat apa nak membazir duit beli makanan tambahan/suplemen  lagi?"

Itulah antara ayat-ayat yang kita biasa dengar bila bercerita berkenaan makanan tambahan. Tapi tahukah anda bahawa pengambilan makanan tambahan adalah perlu  malah boleh dikatakan wajib kepada setiap  individu di Malaysia hari ini.  Tak kira anda merupakan seorang kanak-kanak, remaja, orang dewasa atau pun sudah bergelar warga emas!


Mengapa kita perlu kepada supplement?

Salah satu darinya ialah kerana trend atau gaya hidup yang terlalu kompleks. Keadaan sekarang tidak lagi sama seperti di tahun 80an atau 90an dulu. Zaman ini serbi perlu dilakukan dengan segera dan cepat. 

Misalnya, disebabkan tidak mahu terperangkap dalam kesesakan jalan raya,  kita terpaksa keluar rumah lebih awal ke  tempat kerja. Ada yang keluar kerja pukul 6.30 pagi dan ada yang seawal 6 pagi. Lantaran itu kebanyakan para isteri  tidak lagi sempat  untuk menyediakan sarapan  untuk  diri sendiri, suami dan anak-anak. Ramai yang pergi berkerja dengan perut kosong. Begitu juga dengan anak-anak. Anak-anak juga terpaksa pergi ke sekolah tanpa mengambil sarapan pagi terlebih dahulu.  

Kerana  tidak sempat memasak sarapan, bisanya kita akan beli makanan yang dijual di tepi-tepi jalan atau di restoran mamak. Walaupun makanan yang dijual  itu  cukup  mengenyangkan, tetapi dari segi kualiti dan khasiatnya amatlah diragui. Disebabkan peniaga ingin menjimatkan kos, mereka tidak  mengambil berat tentang kualiti bahan mentah yang digunakan dalam masakan yang mereka jual. Keduanya, ada sesetengah makanan itu  dimasak terlalu lama (over cook). Ini juga akan menyebabkan kualiti makanan tersebut boleh diragui. Zat yang terdapat di dalam makanan tersebut sudah hilang. A
pabila kita memakan makanan tadit, tubuh kita tidak mendapat zat yang sepatutnya.

Apabila menjelang waktu makan tengahari, sekali lagi kita akan membeli makanan yang dijual di kedai makan atau restoran. Sekali lagi kita  tidak tahu adakah makanan yang dimasak itu mengikut piawaian pemakanan yang disyorkan untuk kesihatan atau sekadar untuk mengenyangkan perut semata-mata. Sekali lagi tubuh kita tidak mendapat nutrisi yang diperlukan. 

Bagi mereka yang 'berduit' pula, mereka akan membeli  makanan  dari restoran makanan segera yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Malangnya  kita  tidak sedar bahawa tabiat mengambil makanan segera ini juga sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. Salah satunya ialah  kerana makanan segera ini mengandungi 'extra'  lemak, 'extra' MSG, 'extra' garam dan 'extra' gula. 

Setelah habis tugasan di pejabat, sekali lagi para isteri atau ibu akan tergesa-gesa untuk pulang ke rumah. Disebabkan terperangkap dalam kesesakan lulu lintas dan penat seharian bekerja di pejabat, apabila sampai di rumah, si isteri tadi akan memasak apa saja makanan  ringkas untuk dihidang kepada suami dan anak-anak untuk  makan malam. Tidak kurang juga ada yang membeli makanan dari kedai. 

Beginilah rutin pemakanan kebanyakan dari kita sekarang dan disebabkan oleh gaya hidup sebegini maka tidak hairanlah jika ramai yang menghidap  penyakit kronik seperti  sembelit, obesiti (lebih berat badan), pembuluh darah tersumbat, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, gout dan anemia. Malah ramai juga yang menghidap kanser. 

Lantaran itu, pihak Kementerian Kesihatan telah menjalankan pelbagai kempen kesihatan supaya kita menghargai kesihatan diri. Antaranya ialah kempen gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang. Di samping mengamalkan dua tips gaya hidup sihat ini, kita juga digalakkan  mengambil supplement atau makanan tambahan. 

Menyedari akan keperluan ini dan  untuk membantu anda mengatasi beberapa masalah kesihatan,  kami di Norie Care Entrprise ( IPO526542-A) telah mengambil inisiatif  dengan memperkenalkan satu produk supplement yang dinamakan Vita Hibrid One.

    


APA ITU  VITAHIBRID ONE?

Vita Hibrid One adalah gabungan bahan semulajadi terpilih yang terdiri daripada ekstrak kurma, Habatusauda, sarang burung, dan kismis. Kemudian,  ia  diperkaya pula dengan beberapa vitamin penting seperti vitamin  C, D, E, dan Zat besi (Iron).  

Dengan mengamalkan pengambilan Vitahibrid One ini secara konsistent. Anda akan mendapat beberapa manafaat seperti, 
  • Megurangkan rasa lemah dan cepat letih
  • Mengurangkan sakit-sakit badan dan lenguh sendi tulang
  • menaikkan selera makan
  • meningkatkan imuniti badan melawan penyakit
  • membantu  sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit
  • meningkatkan daya tumpuan dan mengurangkan kemurungan 
  • mengekalkan kecantikan dan struktur kulit. 
Sekotak Vita Hibrid One mengandungi 60 tablet. Hanya dengan mengamalkan pengambilan  satu tablet pada setiap hari, anda akan dapat merasai kebaikannya. 

Untuk maklumat lanjut dan pesanan, sila whatsapp ke nombor:  016-5120479 










Dulu Kita Makan Sambil Bercerita, Sekarang Kita Makan Sambil Tengok Telefon

Dulu, meja makan bukan sekadar tempat untuk mengisi perut. Meja makan ialah tempat kita berkumpul. Tempat emak bercerita tentang apa yang be...