Friday, 14 May 2021
3 Syawal 1442 H, dah kembali seperti biasa.
3 Syawal 1442H- Semuanya dah kembali seperti biasa.
Hari ini 3 Syawal 1442 H. Tak ada lagi mood raya. Biasa tu kalau raya ke tiga, kebanyakan kita masih lagi dalam mood raya. Aktiviti ziarah raya masih lagi rancak walaupun dah masuk raya ke 3, tapi tahun ini berlainan situasinya. Raya pertama pun dah tak meriah disebabkan oleh PKP dan larangan ziarah raya.
Masuk hari raya ke dua dan ke tiga, semuanya dah kembali seperti biasa. Begitu juga suasana di rumah kami. Menu sarapan pagi ni pun dah 'back to the normal'. Tak ada lagi menu ketupat atau lemang mahupun nasi impit. Pagi ni kami bersarapan dengan nasi lemak 'home made'. Mem masak nasi lemak dan sambal ikan bilis dan petai. Ni memang favourite abam ni. Alamatnya bertambah-tambah la makan pagi ni.
Untuk abam, abam tambah menu telur masak separuh dan teh halia. Telur masak separuh ni kaya dengan protein. Abam nak cover balik berat yang hilang sepanjang berpuasa itu hari. Baru lepas timbang kejap tadi, berat abam dah turun sebanyak 3 kg sepanjang bulan puasa itu hari. Patutlah banyak seluar yang abam pakai dah longgar. So kena naikkan semula berat supaya seluar dah longgar. Hehe..
Telur separuh masak ni mengandung nutrisi yang sangat tinggi terutamanya asid amino. Asid amino ini akan membantu membentuk semula otot-otot yang hilang atau 'megecut' sepanjang kita puasa sebulan yang lalu. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak ini akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’. Abam harap berat abam akan dapat dinaikkan semula.
Thursday, 13 May 2021
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H
Raya tahun ni sama seperti tahun lepas juga. Namun kita bersyukur kerana masih diberi kesempatan menyambut hari kemenangan walaupun dalam suasana SOP yang ketat.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga
Tuesday, 27 April 2021
Tips mantain air dalam badan walaupun berpuasa
Sepanjang bulan Ramadhan, kita tidak minum atau makan bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari. Jadi, antara perkara yang biasa kita alami ialah haus, dan tidak cukup air dalam badan.
Monday, 26 April 2021
PdPR datang Lagi...
Sunday, 11 April 2021
Tips untuk mendapat tidur yang berkualiti
Saturday, 20 March 2021
Hari Tidur Sedunia. Ramai yang tidak Perasan akan nikmat tidur.
Tanggal 19 Mac 2021 mesti ramai yang tak perasan yang hari
tersebut merupakan ‘Hari Tidur Sedunia’. Hari Tidur Sedunia ini disambut pada 19 Mac setiap
tahun. Tujuan Hari Tidur Sedunia dianjurkan ialah untuk mendidik masyarakat
betapa pentingnya tidur kepada kesihatan dan kualiti hidup kita.
Tema Hari Tidur Sedunia pada tahun ini ialah, "Tidur
yang teratur, masa depan yang sihat". Ia amat bertepatan kerana kekurangan
tidur atau tidur yang tidak berkualiti akan menyumbang kepada masalah kesihatan
sperti obesiti, Tekanan darah tinggi, kemurungan, dan penyakit kardio vascular (
Penyakit yang berkaitan dengan sistem
jantung dan salur darah).
Kekurangan tidur kronik telah menjadi satu wabak baru kepada penduduk
dunia termasuk penduduk di negara kita. Masalah ini adalah disebabkan oleh gaya hidup yang kita lalui pada hari ini dan salah
satu penyumbang kepada kekurangan tidur yang berkualiti ialah kesan dari penggunaan telefon pintar.
Sebagaimana yang diketahui, setiap orang mempunyai telefon pintar
yang boleh mengekses internet. Ini menyebabkan kita leka bermain telefon pintar walaupun di tempat
tidur. Malah ada yang terleka sehingga tidur lewat malam kerana asyik melayari
laman sosial atau bermain permainan di laman tertentu.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Nasional yang dilakukan
pada tahun 2019 menunjukkan 50.1%
populasi dewasa kita mengalami masalah berat badan yang berlebihan atau obesity.
Manakala 30.0% pula menderita hipertensi
dan 18.3% menghidap diabetes. Selain dari faktor kesihatan yang lain, kebanyakan pesakit yang mengalami
penyakit yang disebutkan tadi berpunca dari masalah kurang tidur atau tidur yang tidak
berkualiti.
Kita tahu bahawa setiap orang memerlukan antara enam hingga tujuh
jam waktu tidur yang berkualitipada setiap malam. Namun, dari kajian yang
dilakukan, hanya 21% daripada rakyat Malaysia yang mendapat tidur yang nyenyak sekurang-kurangnya lima jam. Kesannya, ramai
yang tidak produktif pada waktu siang kerana mengantuk. Kewaspadaan dan daya tumpuan juga akan menjadi
lemah disebabkan oleh kurang tidur. Ini
boleh meningkatkan risiko kemalangan jalan rayasekiranya kita memandu atau ia juga boleh mengakibatkan kemalangan di
tempat kerja kepada mereka yang mengendalikan mesin.
Jadi, tidur amat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan kita.
Ia merupakan satu proses kepada
pemulihan otak dan badan kita. Ketika
kita tidur, hormon yang penting untuk metabolisme dilepaskan dan aktiviti yang
mengatur tekanan darah kita akan ‘recalibrate’ semula secara semulajadi. Di
samping itu mekanisme sistem kekebalan
tubuh ( imuniti) kita juga akan dipulihkan.
Inilah manafaat tidur yang tuhan kurniakan kepada kita.
Oleh itu, selain dari makan dan minum, tidur juga merupakan
satu lagi keperluan kepada tubuh kita. Maka manafaatkanlah nikmat yang dikurniakan ini
sebaiknya sebelum ia ditarik balik seperti yang dialami oleh sesetengah dari
kita. Ia sepatutnya digunakan sebaiknya
sebagai tanda kita berterima kasih kepadaNya.
Dulu Kita Makan Sambil Bercerita, Sekarang Kita Makan Sambil Tengok Telefon
Dulu, meja makan bukan sekadar tempat untuk mengisi perut. Meja makan ialah tempat kita berkumpul. Tempat emak bercerita tentang apa yang be...
-
Setiap orang inginkan bahagia. Tidak ada siapa yang tak mahu hidup bahagia. Jika boleh setiap hari kita nak lalui kehidupan dengan tenang, a...
-
Dalam entri kali ini saya akan kongsi satu lagi isu yang sering melanda masayarakat kita, iaitu sikap suka jaga tepi kain orang. Walaupun ...
-
Masih ingat lagi zaman kita bersekolah dahulu? Setiap pagi, emak akan menyelitkan beberapa keping duit syiling ke dalam poket baju sekolah...






