Thursday, 7 October 2021

4 Tips ketenangan


Pernah atau tidak anda rasa hari-hari anda rasa tidak tenang? Rasa seperti ada saja yang tidak kena, rasa tidak selesa, rasa gelisah dan tidak bahagia.

Di sini abam kongsi beberapa tips untuk membuatkan diri tenang dan rasa bahagia.

1 Elakkan dari berinteraksi dengan orang yang boleh membuatkan diri kita menjadi serabut dan tidak tenteram.

Orang yang baik diumpamakan seperti lilin sebaliknya individu yang tidak baik atau yang bersikap dengki dan iri hati pula akan membawa banyak masalah kepada kita. Jauhi orang-orang sebegini dari hidup kita.

2. Pembunuh nombor dua untuk ketenangan fikiran ialah sifat marah.

Kemarahan seumpama ribut atau taufan. ia boleh menghancurkan semua yang ada di dalamnya termasuk diri sendiri dan orang tersayang.
Kerana marah, seorang suami boleh menjatuhkan talak kepada isteri apabila berlakunya pergaduhan dan kerana marah juga, kita boleh kehilangan sorang sahabat akibat kata-kata nista yang dihamburkan kepadanya.

3. Ambil masa untuk bertenang jika anda terlalu penat atau berada dalam situasi tertekan@ stress.
Jika ada satu-satu masalah yang tidak dapat diselesaikan, jangan paksa otak anda berfikir secara berlebihan. Semakin banyak anda berfikir semakin banyak 'option' atau pilihan yang akan timbul dan seterusnya akan membuatkan kita menjadi 'over thinking'.
Cuba tenangkan diri sama ada dengan berdoa, solat atau bermeditasi. Anda juga boleh menenangkan diri atau dalam konsep psikologi dipanggil 'recharge' dengan bersantai di tepi sungai, tasik, air terjun atau laut. Lupakan seketika masalah yang sedang dihadapi. Apabila diri anda tenang, biasanya akan muncul jalan keluar bagaimana untuk anda atasi masalah yang sedang dihadapi itu.

4. Jangan dengki dengan kejayaan orang lain.

Dalam hidup kita ini jangan terlalu dengki atau cemburu dengan kejayaan orang lain sedangkan kita selalu gagal dalam setiap usaha yang dilakukan.
Semakin kita dengki dengan kejayaan seseorang semakin tidak tenang hati kita. Anggap saja itu rezeki dia. Rezeki kita mungkin Allah belum beri lagi. Tetap pujuk hati untuk bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Semakin banyak kita bersyukur akan semakin mudah laluan hidup kita.

Semoga bermanfaat.


 

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...