Friday, 8 October 2021

Mencari Ketenangan



Ketenangan adalah satu anugerah yang sangat istimewa. Tidak ada apa pun yang boleh memberikan ketenangan, melainkan dengan izin Allah swt.

Harta bertimbun bukan syarat untuk seseorang itu mendapat ketenangan. sekiranya ketenangan itu boleh dibeli dengan harta kekayaan, bagaimana dengan orang miskin? begitu juga dengan
paras rupa. Paras rupa yang cantik juga bukan tukaran kepada ketenangan. Sekiranya syarat untuk mendapat ketenangan perlu punyai rupa yang cantik dan menarik, bagaimana dengan nasib mereka yang hodoh?

Di sinilah letaknya keadilan dan keagungan Allah swt. Allah meletakkan ketenangan pada hati-hati yang dekat denganNya. Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” (Al Fath: 4.)

Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk memperolehi ketenangan. Antaranya ialah dengan cara sentiasa berzikir, rajin memerhati keindahan ciptaan tuhan dan melazimi membaca Al-Quran. Lakukan amalan-amalan tersebut setiap hari.

Ingat... Ketenangan dalam hidup tidak akan datang dengan sendiri. Kita perlu mencarinya.




 

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...