Sunday, 28 October 2018

Perubahan Teknologi dan Nasib Pemandu Teksi


Cabaran teknologi dan perubahan gaya hidup pengguna sentiasa membawa kesan besar terhadap rezeki sesetengah pihak dalam industri tertentu. Apa yang dulu dianggap stabil, hari ini boleh sahaja menjadi rapuh hanya kerana perubahan trend, permintaan pasaran, atau kehadiran teknologi baru.

Sebagai contoh, sekitar awal tahun 2000, kemunculan pasar raya berhawa dingin yang lebih selesa telah mengubah tabiat pengguna. Ramai yang mula meninggalkan kedai runcit persendirian serta pasar mini yang sudah sekian lama menjadi pilihan masyarakat setempat. Akibatnya, banyak perniagaan kecil ini terpaksa gulung tikar. Bukan kerana produk mereka tidak bagus, tetapi kerana pelanggan mula berubah arah.

Tahun 2012 pula menyaksikan gelombang baru, iaitu pembelian dalam talian. Dengan hanya beberapa klik di telefon pintar, pengguna kini tidak perlu lagi keluar rumah untuk berbelanja. Dari pakaian, makanan hinggalah ke barangan keperluan harian, semuanya boleh dibeli secara “online”. Fenomena ini memberikan tamparan hebat kepada para peniaga yang menyewa kiosk dan ruang niaga di pasar raya besar. Jualan semakin merosot, dan ramai mula kehilangan sumber pendapatan utama mereka.

Kini, fenomena yang sama sedang menimpa pemandu teksi.
Kemunculan perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan GrabCar secara perlahan-lahan menghakis pendapatan mereka. Penumpang yang dahulunya setia dengan teksi kini lebih cenderung memilih perkhidmatan e-hailing yang lebih mudah diakses, lebih murah, dan lebih fleksibel. Akibatnya, ada pemandu teksi yang sebelum ini mampu memperoleh RM2,000 hingga RM3,000 sebulan, kini terpaksa berhempas pulas untuk menjana RM1,000 pun. Keluhan mereka semakin kedengaran.

Inilah realiti dunia hari ini.

Dari sehari ke sehari penumpang mereka dicuri oleh perkhidmatan UBER dan Grab Car. Jika sebelum ini ramai pemandu teksi boleh menjana pendapatan sekitar RM2,000 ke RM3,000 sebulan,kini untuk mendapatkan RM1,000 sebulan pun susah. Ramai pemandu teksi mula mengeluh dengan situasi ini.


Faktor pertama yang menyumbang kepada masalah ini ialah disebabkan oleh  kenaikan kos sara hidup, khususnya di kawasan Bandar.  Kenaikan kos sara hidup ini turut  menyebabkan penumpang mula  memilih perkhidmatan pengangkutan yang lebih murah untuk pergi  membeli-belah, ke tempat kerja, dating dan sebagainya.  Ini memberi kelebihan kepada pemandu Uber dan Grab Car berbanding  pemandu teksi kerana mereka menawarkan tambang yang lebih murah berbanding teksi.

Keduanya ialah faktor perang harga. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pemandu teksi terpaksa mengikut kadar tambang yang ditetapkan oleh SPAD dan LPKP manakala pemandu UBER dan GRAB Car pula tertakluk kepada harga yang ditentukan oleh pihak syarikat. Dengan ini, pihak syarikat UBER dan Grab Car boleh menggunakan peluang ini untuk melancarkan strategi perang harga. Mereka boleh memanipulasi harga tambang dengan menawarkan kadar yang lebih murah  kepada penumpang berbanding tambang yang dikenakan oleh pemandu teksi. Dengan ini ramai  penumpang yang dulunya menggunakan perkhidmatan teksi mula beralih kepada Grab atau UBER.

Seterusnya  ialah faktor kos. Di mana pemandu teksi  perlu membayar sewa permit, sewa beli teksi dengan syarikat konsesi,  dan  membayar insuran untuk penumpang.  Sedangkan  syarat tersebut tidak tertakluk kepada  pemandu UBER atauGrab Car . Situasi ini telah memberi satu lagi  kelebihan persaingan kepada pemandu UBER dan Grab Car berbanding pemandu  teksi. 

Walaupun kadar tambang yang dikenakan oleh pemandu UBER dan Grab Car ini lebih rendah berbanding tambang teksi, pendapatan yang mereka perolehi adalah lebih lumayan berbanding pemandu teksi.

Oleh itu, sudah tiba masanya pihak kerajaan berbuat  sesuatu untuk menjaga kepentingan pemandu teksi ini. Mungkin  undang-undang dan peraturan yang dikenakan kepada pemandu teksi juga perlu dipatuhi oleh  pemandu UBER dan Grab Car. 

Adalah  tidak adil jika hanya pemandu teksi saja yang perlu membayar insuran penumpang, mempunyai lesen membawa penumpang (PSV), membuat pemeriksaan kesihatan setiap kali ingin memperbaharui lesen PSV  sedangkan peraturan atau undang-undang tersebut tidak dikenakan kepada pemandu UBER dan Grab Car. Jika undang-undang atau peraturan ini turut dikenakan kepada pemandu UBER atau Grab Car, ia akan menghasilkan suasana persaingan yang lebih seimbang.

Di samping itu,  aktiviti  perang harga juga perlu dikawal dan diseragamkan. Tambang minimum perlu ditetapkan supaya perbezaan harga tidak begitu ketara di antara tambang teksi dengan tambang Uber atau Grab Car. Dengan ini penumpang mempunyai pilihan sama ada ingin menggunakan perkhidmatan teksi atau UBER dan Grab Car.

Jika golongan nelayan layak mendapat elaun atau atau insentif bulanan, mungkin elaun atau insentif baru yang hampir sama dengan apa yang diperolehi oleh golongan nelayan ini juga boleh dipertimbangkan   untuk  diagihkan kepada pemandu teksi.   Begitu juga dengan subsidi petrol. Ia juga wajar dipertimbangkan kepada pemandu teksi agar kos operasi mereka dapat dikurangkan. 

Manakala kepada pemandu teksi pula, mereka juga perlu berubah mengikut situasi semasa. Seperti mana yang sering ditulis atau ditekankan di dalam blog saya sebelum-sebelum ini, untuk bersaing di dalam apa jua bidang memerlukan strategi.  Dan strategi itu mesti  sesuai dengan situasi semasa. 

Contohnya, sekarang ini, ramai penumpang suka menggunakan platform e- hailing sekiranya mereka ingin mendapatkan perkhidmatan pengangkutan  jika  ingin ke mana-mana. Oleh itu pemadu teksi  juga perlu  berada atau menggunakan  platform e-hailing  untuk  mencari  bakal penumpang mereka.   Sebagaimana yang ditulis oleh Harper (2003) untuk berjaya dalam sesuatu perniagaan, anda sepatutnya berada di mana bakal pelanggan anda berada, bukannya berniaga di tempat yang anda suka berniaga. 

Begitu juga dengan pemandu teksi. Mereka tidak boleh lagi bergantung kepada cara konvensional iaitu dengan menunggu di perhentian teksi atau hentian bas semata-mata. Mereka mesti berada di tempat di mana bakal penumpang mereka berada. Iaitu di laman sosial dan platform e-hailing. Barulah mereka boleh bersaing dengan pemandu Grab atau Uber.  

Akhir kata semoga  Persatuan Teksi  dapat mempunyai satu  sistem yang serupa dengan sistem yang diguna pakai oleh UBER dan Grab car ini jika mereka ingin bersaing pada masa akan datang sekiranya mereka tidak mahu  menerima nasib seperti  yang dialami oleh pengusaha kedai runcit dan golongan peniaga kecil yang membuka kiosk di pasaraya yang dinyatakan  pada permulaan entri  blog ini  tadi.

Sunday, 21 October 2018

Berbaloikah RM157.20 Setahun untuk caruman PERKESO?




Mungkin bagi yang berkemampuan akan mengatakan bahawa amoun ini  adalah ‘ciput’ saja.  Tetapi bagi yang berada dalam kemiskinan, nilai  RM157.20 itu mungkin terasa cukup besar buat mereka. Cukup untuk membeli barangan dapur selama sebulan. 

Begitu juga dengan saya.  Nilai RM157.20 itu juga cukup besar. Dengan RM157.20 itu saya boleh berbelanja untuk makan tengahari selama 22 hari di tempat kerja. Ini kerana sekali saya makan tengahari di kedai makan, harga yang biasa dikenakan adalah  sekitar RM7 atau RM7.50 untuk sepinggan nasi, seketul ayam/ikan dan sedikit sayur beserta segelas air kosong atau sirap ais.  

Mungkin sebab saya bekerja di sebuah pekan kecil. Jadi harga makanan tak berapa mahal.  Sebab itu dengan RM157, saya boleh berbelanja untuk 22 hari. Cuma apa yang ingin disebutkan  di sini ialah nilai RM157 itu sebenarnya cukup besar bagi saya.

Tapi, bila kita bandingkan  nilai RM157.20 yang dicarumkan oleh pemandu teksi kepada PERKESO dengan faedah  yang bakal mereka perolehi, mungkin nilai RM157.20 ini adalah kecil.  

Dengan membayar  RM157.20 setahun  setiap pemandu teksi  bakal menikmati faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah pemulihan dan lain-lain sebagaimana  yang PERKESO berikan kepada pekerja kilang, pekerja swasta dan lain-lain sektor yang mencarum dengan mereka.  

Tapi apa yang sedikit mendukacitakan ialah, ada di kalangan pemandu teksi ini bersuara dan mengatakan yang mereka tidak mampu untuk mengeluarkan wang sebanyak RM157.20 setahun sebagaimana yang diminta dan yang lebih menyedihkan ialah mereka meminta supaya kerajaan  tolong bayar untuk mereka sebagaimana yang dilaporan dalam akhbar The Star hari ini.  

Adakah RM157.20 setahun itu terlalu membebankan? 

Mari kita fikirkan bersama. 

Kalau ikutkan RM157.20 memang satu amoun yang besar. Tapi jika dibahagi dengan setahun rasayanya ia tidak membebankan. RM157.20 adalah bersamaan dengan RM13.10 sebulan atau RM0.43 sen sehari.  Lebih murah berbanding harga segelas ais kosong di kedai mamak. Rasanya semua orang mampu untuk membayarnya. 

Lagi satu, sekiranya kita demam atau selsema, mungkin kita  boleh pergi  ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Setelah berehat sehari dua kita  akan pulih dan  boleh bawa teksi semula.  

Tapi bagaimana  jika abang teksi  terlibat dalam kemalangan sewaktu mereka bawa teksi dan  terpaksa   berehat di rumah untuk tempoh yang agak lama akibat kecederaanyang dialami?  Misalnya 3 bulan.   

Ketika itu siapa yang nak tolong abang teksi bawa teksi untuk  membantu beliau menyara keluarga dan membayar sewa rumah serta bil-bil yang lain?  Di saat inilah mereka amat  mengharapkan kepada bantuan sama ada dari pihak individu atau pertubuhan amal untuk membantu meringankan beban yang ditanggung. 

Jika mereka ada perlindungan PERKESO (SOCSO), mungkin masalah  ini dapat diatasi.  Dan bila berada dalam situasi itu baru kita sedar bahawa nilai RM157.20 setahun yang dicarumkan itu sebenarnya adalah kecil  jika nak dibandingkan dengan apa yang bakal diperolehi nanti.

Jadi rasanya tak perlu lah kot  isu ini diperbesarkan oleh abang-abang teksi.  Malah tidak sepatutnya perkara dibangkitkan sehingga ada cadangan  supaya  kerajaan  pula yang tolong tanggung kos caruman PERKESO ini  bagi pihak mereka.   

Kalau nak ikutkan  tak cukup duit atau tak mampu,  rasanya pendapatan yang diperolehi oleh abang-abang teksi lebih besar jumlahnya  berbanding  pendapatan yang diperolehi oleh pekerja kilang atau pekerja am di sebuah pasaraya.  

Malah ada di antara  mereka ini  yang  gaji  bulanannya  tak sampai pun RM1,500 sebulan. Terpaksa pula buat ‘over time’ setiap minggu untuk menambah pendapatan.  Tapi setakat entri ini ditulis,  belum ada lagi berita   mereka merungut bila melihat ‘slip gaji’ mereka yang menunjukkan  adanya potongan  untuk caruman SOCSO (PERKESO) pada setiap bulan. Malah tak pula kedengaran mereka minta kerajaan tolong ‘subsidies’  bayar caruman SOCSO. 

Saturday, 6 October 2018

Jangan Anggap bencana itu sebagai balasan dari tuhanmu..



Sehari dua ini ‘kita’ masih lagi menerima kiriman whatsapp dari kawan sama ada secara personal atau yang dipos dalam ‘whatsapp group’.  Isu yang disentuh ialah isu gempa bumi di Sulawesi atau lebih tepat lagi kejadian Gempa bumi di kota Palu yang mengorbankan ramai penduduknya. Setakat ini jumlah mangsa telah mencecah seramai 1,400 orang. Namun ini bukan lagi  angka rasmi kerana aktiviti mencari dan menyelamat masih diteruskan, walaupun harapan untuk menjumpai mangsa yang terselamat adalah tipis.

Bukan isu gempa bumi atau isu  Tsunami yang ingin ‘kita’ sentuh kali ini, tetapi isu komen yang dihantar leh segelintir kawan ‘kita’  melalui whatsapp group yang menjadi tular dalam minggu ini. ‘Kita’ rasa anda juga mungkin ada menerima komen tersebut sama ada melalui ‘whatsapp group’ atau ‘Facebook’. 

Ayat penuh, ‘kita’ dah lupa, tapi antara lainnya isi atau intipati komen itu mengatakan bahawa kejadian gempa bumi yang berlaku di kota Palu beberapa hari lalu  adalah kerana balasan Allah ke atas penduduk di sana. Menurut komen  itu lagi, ia didatangkan kepada penduduk di sana adalah disebabkan oleh aktiviti kemaksiatan yang dilakukan mereka.
Bagi ‘diri kita’ yang tak seberapa tinggi pelajaran agama ini, kita rasa komen tersebut tak berapa tepat. Setahu ‘kita’, Allah  telah mengkabulkan doa baginda Rasulullah SAW dan berjanji bahawa umat baginda tidak akan disiksa semasa di dunia ini sebagaimana yang ditimpa atau dirasai oleh  umat nabi yang  terdahulu. Umat nabi Muhammad akan diberi balasan yang setimpal di hari akhirat kelak.

Ini adalah kerana  Rasulullah SAW terlalu sayangkan umatnya dan berdoa  memohon kepada Allah supaya memberikan peluang kepada umatnya agar mereka  sempat bertaubat kepada Allah di atas kesalahan yang mereka lakukan. 

Oleh itu, dakwaan bahawa tsunami atau gempa bumi yang melanda Sulawesi beberapa hari lepas merupakan balasan dari tuhan adalah tidak tepat sama sekali. Ini disokong oleh satu ayat dari surah Al fathir ayat 45 yang bermaksud, “Dan kalau sekiranya Allah menghukum manusia disebabkan yang mereka perbuat, niscaya Dia tidak akan meninggalkan di atas permukaan bumi ini satu makhluk melata pun, akan tetapi Allah menangguhkan mereka sampai waktu yang telah ditentukan. Maka apabila datang ajal mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya." 

Jadi rasanya tidak tepat untuk kita menunding jari atau menghukum mereka sedemikian rupa. Setiap musibah atau bencana yang diturunkan oleh Allah tidak mengira sma ada kita ini orang beriman atau pun tidak. Dia tidak memilih dari aspek perilaku atau pun ibadat seseorang. Jika tuhan ingin turunkan bala dan bencana, tiada siapa yang boleh menghalangnya. Sesuai dengan firman Allah,  “Jika Allah menghukum manusia kerana kezaliman, nescaya tidak akan ditinggalkan satu pun kehidupan di bumi, tetapi Allah menangguhkan sehingga sampai waktu yang ditentukan,” (an-Nahlu :61).

Oleh itu, perbetulakn niat dan usahlah kita cepat menghukum. Allah Maha Bijaksana dan Maha Adil. Dia tidak mungkin mengambil sikap memusnahkan kampung, bandar, negeri atau negara semata-mata kerana marah dan murka kerana  penduduk di sesebuah negeri atau negara itu  melakukan perkara-perkara yang dianggap dosa besar seperti berzina,  membunuh, mencuri, minum arak dan sebagainya. 

Sekian



Sunday, 30 September 2018

Hikmah dari kegagalan


Perkataan ‘gagal’  mengikut  kamus dewan adalah bermaksud “ tidak berhasil atau berjaya.  Iaitu tidak dapat mencapai apa  matlamat yang diimpikan.”  Ia  adalah satu pengalaman yang pahit dan semua orang tak suka.  Ini fakta.  Untuk lebih jelas, cuba pergi  tanya pada setiap individu yang berada di sekeliling kita atau sapa-sapa yang temui. ‘confirm’ 99.99% daripada mereka akan menjawab tak nak!  Tetapi ia tetap hadir dalam kamus hidup kita.

Ada yang gagal sekali.  ada yang gagal dua kali. Malah ada juga yang gagal beberapa kali.  Hal ini merupakan sunnatullah  dan ianya pasti  berlaku dalam kehidupan setiap insan  tak kira sama  ada kita ini seorang yang beriman ataupun tidak. Ia tidak memilih paras rupa, darjat keturunan dan agama.  

Malah para anbiya’ dan rasul juga tidak terkecuali dari menerima kegagalan  sebagaimana firman Allah, “Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan , dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” ( Surah al-Anbiya’/21:35).

Kegagalan adalah sebuah pelajaran hidup yang akan menempah kita menjadi manusia yang kental dan  dan ia merupakan  satu  modal berharga untuk  menuju kepada  keberhasilan.  Tanpa mengalami  kegagalan terlebih dahulu,  tidak akan ada satu  tidakan untuk  membawa kita ke arah keberhasilan.

Kita juga akan belajar dari kesilapan dan berubah setelah kita menemui kegagalan.  Mengikut Mathews (1997), ‘The time most of us ever learned anything is when we get hit over the back of the head!”. Di saat itu baru kita tersedar bahawa kita perlu berubah.  Selagi kita tidak berakhir dengan kegagalan atau ‘hit the brick wall’ selagi itu kita tetap dengan  rutin seharian tanpa berfikir apakah  yang sedang dilakukan ini baik atau sebaliknya untuk diri dan masa depan kita.

Memang  diakui bahawa setiap kegagalan yang dilalui  itu amat  pahit ,  apabila kita pernah melalui pengalaman gagal, barulah kita akan timbul perasaan ingin belajar.  Selagi kita tidak ‘terjelepuk’ , selagi itu kita akan terus melakukan apa yang kita sudah terbiasa.

Apabila kita gagal, barulah kita akan terfikir untuk membuat keputusan  yang tepat kerana di sinilah ‘turnig point’  atau  ‘force’ yang memaksa kita supaya  berhenti  dari melakukan apa yang kita biasa buat selama ini.  Selagi kita  tidak mengalami saat yang dinamakan sebagai ‘disaters’  ini, selagi itu kita tidak sedar bahawa apa yang kita buat selama ini sebenarnya  salah. Dalam konteks ini, kegagalan itu merupakan ‘turning point’  kita untuk berubah menjadi lebih baik.

Di saat  kegagaglan itu singgah di dalam hidup  kita, barulah kita mulai sedar.  Barulah kita mula  menggunakan akal untuk  berfikir dan  bertanya kepada diri sendiri apa yang patut  kita lakukan untuk memperbaiki kegagalan tersebut. 

Oleh itu,  jangan takut pada perkataan  ‘G.A.G.A.L’,  kerana kegagalan merupakan guru yang terbaik untuk kita. Kegagalalah yang  akan mendorong kita  utuk berusaha mencapai kejayaan.  Pengalaman dari jatuh bangun disebabkan kegagalan itu lah yang akan dijadikan pedoman untuk kita memulakan langkah selanjutnya..

Sejarah  juga  telah menunjukkan bahawa  kejayaan besar yang dikecapi oleh kebanyakan individu adalah  bermula dengan kegagalan.  Jika kita pernah membaca kisah hidup  Michael Jordan, The Beatles,  Abraham Lincoln dan Thomas Edison, kita akan dapati mereka ini pernah mengalami kegagalan sebelum mereka berjaya. 

Hamka pernah berpesan , “Jangan takut jatuh, karena yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, karena yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, karena dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.”

Sekian


Monday, 24 September 2018

Kesan ketidak tentuan ekonomi kepada perniagaan


Ketidaktentuan ekonomi akan mempengaruhi keupayaan kerajaan sewaktu mereka merancang belanjawan atau bajet tahunan. 

Ini seterusnya akan memberi kesan kepada pelaburan kerajaan dan swasta untuk jangka panjang.

Apabila pelaburan swasta semakin berkurangan, ia kemudainnya akan menyebabkan pelabur asing mula merasa  tidak berbaloi untuk terus melabur di negara kita. Mereka akan keluar dari Malaysia dan melabur di negara yang menjanjikan pulangan yang lebih baik.

Situasi ini dapat kita lihat melalui aktiviti jualan saham secara besar-besaran yang dilakukan oleh pelabur asing di Bursa Malaysia. Contohnya, The edge Malaysia telah melaporkan bahawa sebanyak RM8.6 billion  telah dibawa keluar oleh pelabur asing  dari pasaran Malaysia sepanjang bulan Ogos 2018 yang lalu disebabkan mereka merasakan ianya tidak lagi berbaloi untuk terus melabur di negara dalam waktu yang terdekat ini.

Tindakan mereka ini seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pengurangan daam modal pusingan dan mengakibatkan berlakunya penutupan kilang oleh syarikat-syarikat yang yang sahamnya dimiliki oleh pelabur asing tadi. 

Di samping itu, jika masih ada lagi  syarikat multinasional atau kilang-kilang yang masih beroperasi, kebanyakan dari mereka  mula  melaksanakan langkah penjimatan seperti  membayar upah atau gaji  kepada pekerja  dengan gaji  yang lebih rendah berbanding sebelum ini.  

Begitu juga dengan kenaikan gaji tahunan. Jika sebelum ini, golongan pekerja mendapat kenaikan gaji antara 7% hingga 10% setahun, tetapi apabila langkah penjimatan ini diambil, kenaikan gaji pekerja mungkin hanya  sekitar 2% hingga 3% kenaikan sahaja setahun.  Malah ada juga pekerja yang bekerja di  kilang atau syarikat multinasional ini tidak mendapat kenaikan gaji tahunan.

Kesan dari tindakan atau langkah penjimatan ini seterusnya akan menyumbang kepada pengurangan dalam pendapatan perkapital pengguna.   Akhirnya, dalam tempoh empat atau lima bulan kemudian, barulah kesan ini dirasai oleh para peniaga.

Pada  peringkat permulaan, kumpulan peniaga yang paling awal merasai akan kesan kemelesetan ini ialah golongan peniaga yang menjalankan perniagaan menjual barangan mewah.   Ini adalah kerana sebahagian besar dari pelanggan mereka yang dulunya galak berbelanja mula mengubah gaya hidup. 

kebanyakan dari mereka kini hanya  membeli  barang yang dianggap sebagai barang keperluan sahaja dan tidak lagi membeli barangan mewah seperti dulu. Mereka sebolehnya akan cuba untuk memakai atau menggunakan barangan mewah yang dibeli sewaktu sebelum kegawatan ekonomi berlaku dulu sehingga barangan tersebut rosak atau tidak boleh diperbaiki lagi, barulah mereka akan pergi membelinya semula.

Contohnya,  jika sebelum berlakunya kegawatan ekonomi, kita dapati ramai pengguna kelas atasan atau kumpulan eksekutif suka membeli pakaian di butik-butik yang berjenama. Tetapi, apabila berlakunya kemelesetan ekonomi, golongan ini mula mengubah corak pembelian mereka.

Mereka tidak lagi mengunjungi butik berjenama sebaliknya mereka mula beralih dan membeli pakaian di pasaraya biasa saja.  Jika mereka  masih  juga ingin membeli  pakaian di butik-butik  berjenama ini, mungkin mereka akan pergi ke sana dalam dua tiga bulan sekali. Paling tidak pun dalam lat enam bulan sekali.

Perubahan sikap penggua ini dapat kesan dari rekod hasil jualan  yang diperolehi pada setiap hujung bulan. Jumlah jualan  semakin berkurangan. Jika sebelum ini perniagaan mereka  mampu menjana keuntungan, tapi kini tidak lagi. Malah ada di kalangan peniaga yang terpaksa mengeluarkan semula wang simpanan  mereka untuk menampung kos operasi. 

Thursday, 20 September 2018

Konsep Rezeki dan takwa



Dalam meniti  kehidupan, apatah lagi ketika keadaan ekonomi semakin menghimpit, tidak mudah untuk kita terus bertahan. Setiap hari, dada akhbar memaparkan keluhan rakyat tentang kenaikan harga barang, sementara pendapatan bulanan masih kekal begitu. Tekanan demi tekanan, akhirnya memaksa ramai antara kita untuk melakukan lebih dari satu pekerjaan demi kelangsungan hidup.

Ada yang sebaik tamat waktu kerja di pejabat, terus bergegas menukar pakaian seragam lalu menyambung rezeki dengan pekerjaan sampingan. Ada yang memandu Grab hingga lewat malam, menjadi guru tuisyen di waktu petang, atau membuka gerai kecil menjual makanan demi menampung keperluan keluarga yang kian meningkat.

Namun dalam kesibukan mengejar rezeki, kita sering terlupa. Ada tanggungjawab yang lebih besar dari sekadar mencari nafkah. Tanpa sedar, kita mulai leka. Solat dilewatkan, zikir dilupakan, dan hubungan dengan Tuhan semakin menjauh. Kita terlalu asyik mengejar dunia, hingga terabai akhirat.

Sesungguhnya, mencari rezeki itu satu ibadah, tetapi jangan sampai kita mengorbankan ibadah demi rezeki. Rezeki itu datangnya dari Allah, dan hanya dengan keberkatan-Nya, barulah segala usaha kita benar-benar membawa ketenangan dan kecukupan.

Mungkin pada mulanya kita cuma  ‘tertinggal’ atau ’terlepas’ untuk  solat Asar saja.  Solat Magrib masih sempat balik ke rumah. Tapi bila keadaan semakin terdesak,  kita terpaksa bekerja dengan lebih gigih lagi dan jika sebelum ini kita sempat balik ke rumah  sebelum masuk waktu Maghrib, kini  kita hanya sempat solat di hujung-hujung waktu. Kemudian bila keadaan  semakin  tidak terkawal, kita bertambah sebok sehingga ‘ terlepas’ pula untuk  solat Maghrib. Akhirnya, bukan saja maghrib, malah isyak juga turut’lebur’ sebab penat. 

Berusaha dan  mencari rezeki itu sememangnya  tuntutan agama  malah dalam Al-Qur’an juga Allah SWT telah memotivasi  kita supaya rajin  berusaha dalam  mencari rezeki dan melarang hambanya  mewarisi kemiskinan dan kedhoifan kepada  keturunannya .  Namun sekiranya masih ada di kalangan kita  yang semakin hari semaki  jauh dari agama kerana  mencari rezeki, jelaslah kita ini masih belum menjadi hamba Allah SWT yang sebenarnya. Sebaliknya kita menjadi hamba dunia.  

Menjaga solat bukan sekadar tuntutan agama, tetapi ia adalah kunci utama untuk meraih redha Allah SWT. Solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab di alam barzakh, sebaik sahaja jasad kita dibaringkan di liang lahad. Andai solat kita terpelihara, insyaAllah seluruh amalan lain akan menjadi lebih mudah dan teratur. Sebaliknya, jika solat diabaikan, maka runtuhlah tiang utama dalam kehidupan seorang mukmin.

Apabila seseorang benar-benar menjaga solatnya, dia sedang membuka jalan agar urusan dunia turut dipelihara oleh Allah. Seperti janji-Nya dalam surah Al-A’raf ayat 96:
"Jikalau sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi."

Oleh itu, walau apapun takdir yang mendatang, seperti rezeki sempit, kesihatan terganggu atau pekerjaan diuji, jangan sesekali lepaskan genggaman kepada Allah. Teruskan usaha dan perjuangan hidup tanpa menjejaskan hubungan kita dengan Pencipta. Seorang hamba yang sejati tidak akan pernah mencari alasan untuk menjauh daripada-Nya, walaupun dihimpit seribu satu dugaan. Bahkan ketika dia merasa lemah dan hampir menyerah, dia tetap sujud dan mengadu, kerana dia tahu Allah tidak pernah meninggalkannya.

Allah telah menegaskan dalam firman-Nya, yang sering kita dengar setiap kali selepas solat fardu:
"Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."
— (At-Talaq: 2-3)

Orang yang bertakwa itu hatinya sentiasa terikat dengan Allah, meskipun jasadnya sibuk dengan urusan dunia. Lagi berat beban hidupnya, lagi kuat pergantungannya kepada Tuhan. Lagi besar ujiannya, lagi besar sangka baiknya terhadap rahmat Allah. Dan dari sinilah, datangnya rezeki yang tidak pernah disangka – bukan hanya dalam bentuk wang ringgit, tetapi juga dalam ketenangan jiwa, kelapangan hati, dan kemudahan yang datang tepat pada waktunya.

Inilah rahsia hidup dalam redha Allah: bermula dengan menjaga solat, dan disempurnakan dengan kebergantungan sepenuh hati kepada-Nya.


Tuesday, 11 September 2018

Anak dan Rezeki


Komitmen terhadap  kerja dan peningkatan kos sara hidup menjadi alasan untuk pasangan muda di negara kita untuk tidak mempuyai anak walaupun telah lama berkahwin. Mengikut laporan akhbar The Star hari ini(11 September 2018), dua isu ini menjadi faktor utama mengapa kebanyakan warga Malaysia mengambil keputusan untuk tidak mempunyai anak.

Ada juga yang mulanya bercadang untuk punyai anak seawal usia perkahwinan mereka tetapi apabila mereka mebuat pembentangan ‘bajet’, didapati kos untuk menyara seorang anak adalah tinggi. Terutamanya kepada ibu bapa yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Pulau Pinang. 

Misalnya, kos untuk mengupah penjaga@pengasuh bagi seorang bayi yang berusia 3 bulan sehingga setahun, dianggarkan sekitar RM350 hingga RM450 sebulan. Itu pun setelah diadakan perbincangan secara 'win-win situation' di atara si ibu dengan pengasuh. Jika tak pandai berdiskusi, mungkin harganya akan lebih tinggi lagi. Silap-silap boleh mencecah RM500 atau lebih.

kalau kos pengasuh pun sudah mencecah RM400 lebih sebulan, macam mana pula dengan kos-kos lain seperti susu, makanan bayi, lampin pakai buang dan pelbagai keperluan asas yang lain. kalau dicampur dengan kos upah pengasuh yang kita kira tadi, setiap pasangan perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM800 hingga RM1,000 sebulan untuk membesarkan seorang anak/bayi.

Oleh itu, kewangan yang kukuh adalah menjadi syarat utama sebelum mereka mengambil keputusan untuk mempunyai anak. Lantaran inilah semakin ramai trend  pasangan muda yang  membuat keputusan untuk tidak mempunyai anak. Sehingga ada yang sudah berkahwin  4 atau 5 tahun pun masih ragu-ragu untuk punyai anak walaupun di hati mereka teringin menimang cahaya mata. 

Dari satu sudut, mungkin keputusan tidak mempunyai anak ini meruapakan satu pilihan yang baik buat mereka tapi untuk jangka masa panjang, trend ini akan memberi kesan negative kepada pasangan tersebut.

Pertamanya, dalam kehidupan rumah tangga, anak-anak dan keturunan diibaratkan sebagai  tali pengikat kepada  hubungan pasangan suami isteri. Anak adalah karunia. Kehadiran mereka adalah nikmat. Tanpa mempunyai anak, sesebuah rumah tangga itu menjadi sunyi. 

Mungkin setahun dua kita masih boleh menerima keadaan tersebut tetapi apabila semakin lama, jika hanya kita berdua suami isteri saja yang ada dalam rumah tersebut, perasaan sunyi akan mula mengusik. Ketika inilah kita memerlukan suara ahli baru dalam rumah kita sebagai penyeri. 

Di ketika itulah akan muncul bisikian dari syaitan supaya si suami atau si isteri mencari pasangan lain kerana mula  jemu apabila  asyik memandang wajah yang sama setiap kali pulang dari tempat kerja. Lama kelamaan, keharmonian rumah tangga mula menjadi retak. Inilah   satu daripada faktor penyumbang kepada peningkatan kadar perceraian di Malaysia.

Kedua, Setiap anak yang lahir ke dunia ini hadir bersama rezekinya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Bukan sekadar membawa kehidupan baru, bahkan setiap tangis pertama mereka menjadi pembuka pintu rahmat buat ibu bapanya. Dalam diam, ibu bapa sebenarnya turut menumpang rezeki yang Allah titipkan bersama kelahiran anak-anak ini.

Secara logiknya, semakin ramai zuriat yang kita miliki, semakin luas pintu rezeki yang terbuka. Bukan semata-mata dalam bentuk wang ringgit, tetapi juga dalam bentuk keberkatan, kasih sayang, dan peluang yang tidak disangka-sangka. Allah sendiri menegaskan dalam firman-Nya:


“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka.” (QS. Al An’am [6]: 151).

Ini bukan sekadar ayat, tetapi ia adalah janji Allah. Janji yang tidak pernah dimungkiri.

Benar, mungkin di awalnya hidup kita mungkin terasa sempit. Mungkin kita pernah rasa tertekan mengurus kewangan dan keperluan keluarga. Tapi percayalah, dengan tawakkal, kesungguhan dan doa yang tidak pernah putus, Allah akan tunjukkan jalan. Dia akan cukupkan keperluan, hadirkan pertolongan, dan mudahkan langkah, satu demi satu.

Oleh itu, jangan takut untuk menerima anugerah anak dengan hati yang lapang. Jangan biarkan rasa bimbang menghalang rezeki yang belum sempat menjengah. Setiap anak adalah amanah, dan dalam amanah itu, terkandung kasih sayang Tuhan yang luas. Kita hanya perlu berusaha — kerana rezeki mereka sudah tersedia, hanya menunggu untuk kita jemput dengan usaha dan tawakkal.

Akhir sekali, dengan mempunyai zuriat yang ramai, mana tahu dalam salah seorang anak kita itu tergolong dalam golongan anak yang soleh/solehah dan dia akan menjadi penyambung pahala kepada kita setelah kita kembali ke alam barzah nanti. Sesuai dengan maksud sebuah hadis,

 ‘’ Jika seorang anak Adam mati, maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak shaleh yang berdoa untuknya.” (HR Muslim).

Kesimpulannya, trend untuk tidak mempunyai anak ini merupakan trend songsang yang tak sepatutnya diikuti oleh kita, terutamanya pasangan muda. Mungkin untuk seketika anda boleh mengikut trend ini tetapi untuk jangka panjang, trend ini merugikan pasngan itu sendiri. Apatah lagi apabila kita mencapai usia tua. Di saat itu pasti kita mengini seoarang individu yang bernama anak untuk  menjaga dan melihat keadaan kita yang semakin uzur.

Dulu Kita Makan Sambil Bercerita, Sekarang Kita Makan Sambil Tengok Telefon

Dulu, meja makan bukan sekadar tempat untuk mengisi perut. Meja makan ialah tempat kita berkumpul. Tempat emak bercerita tentang apa yang be...