Wednesday, 17 July 2019

Tidak Menjadi Kesalahan Jika tidak Ingin memaafkan


Maaf adalah perkataan yang 'simple' dan senang diucapkan tapi bukan mudah untuk kita berikan. Apatah lagi jika hati sudah teruk dilukai. Terutamanya oleh sahabat atau rakan yang kita percaya. Ianya lebih perit untuk kita memaafkan berbanding memaafkan orang biasa-biasa.

Jika kita memilih untuk memaafkan dia dan tidak membalas perbuatan yang dia lakukan terhadap kita, Allah berjanji yang Dia akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa yang kita lakukan dan Allah juga akan menganugerahi kita dengan kehidupan yang lebih sihat, indah dan bahagia.

Di samping itu dengan memaafkan kesalahan orang yang melukai hati kita, kita juga akan dapat ketenangan. Jiwa kita menjadi tenang kerana tidak ada lagi perasaan tidak puas hati dan marah kepada orang yang berbuat kesalahan tadi. Dengan ini ia akan dapat menstabilkan semula emosi dan merasioanlkan fikiran kita.

Tapi adakah semudah itu?

Adakah perkataan ''saya maafkan awak" itu adalah perkataan yang benar-benar terbit dari hati yang ikhlas, sedangkan realitinya hati kita masih terluka? Jika begini keadaannya, apa solusi yang terbaik?
Kawan, dalam situasi ini ketahuilah bahawa setelah seseorang itu melakukan kesalahan terhadap kita, kemudian dia datang dan meminta maaf, dan kita berbelah bagi untuk memaafkannya, kita sebenarnya mempunyai hak untuk berkata Tidak!
Tidak salah jika kita berkata, "Saya tidak mahu memaafkan awak!". Diulangai...Tidak Salah! 


Ini kerana kita juga juga mempunyai hak. Hak untuk bersorak ria kerana mendapat pahala percuma hasil dari perbuatan jahatnya itu terhadap kita. Manakala dia pula akan terus memikul dosa-dosa percumanya itu sehingga ke hari Kiamat selagi mana kita tidak memaafkan kesalahan yang dia lakukan itu. 

Mengikut hukum agama juga, pendirian kita ini adalah tidak salah . Hukum ini dibenarkan kerana hikmahnya ialah supaya ia menjadi satu pengajaran kepada si pesalah tadi untuk berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakiti atau menyinggung perasaan orang lain. 

Kesimpulannya, memaafkan seseorang adalah suatu perkara yang sangat sukar dan bukan semua orang mampu melakukannya. Perkataan maaf itu sendiri adalah satu perkataan yang amat berharga dan tidak mudah diberikan walaupun berulang kali diminta. Apatah lagi kesalahan yang dilakukan itu adalah dengan sengaja dan bertujuan untuk menyakitkan hati kita. Jadi tidak salah jika sekali- sekala kita menjadi seorang yang berani dan keras hati dengan tidak memberi apa yang diminta.

14 Zulkaedah 1440 H
#noriecare #VitaHibridOne
#usryabdullah.blogspot.com

2 comments:

PeRdU cINta said...

Melakukan kesalahan atau dosa dengan Allah untuk bersihkan hati dan diri caranya TAUBAT.
Melakukan kesalahan dengan sesama manusia baik secara terang atau dibelakang untuk berubah dan hapus dosa caranya meminta MAAF sehinggalah dimaafkan dengan setulusnya hati.Sebenarnya paling sukar untuk dilakukan adalah melupakan.

usryabdullah said...

Memaafkan adalah lebih indah, tapi jika tak boleh juga memaafkan, terpulang kepada yang empunya diri. Di sana kelak tetap akan ada kira-kira dan imbang duga.

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...