Tuesday, 17 December 2019

Zat Besi untuk kesihatan



Iron atau zat besi merupakan komponen utama yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin, iaitu bahan dalam sel darah merah yang bertugas membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan anda.

Haemoglobin ini diibaratkan sebagai ‘transport’ atau grab car yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh organ badan. Jika bilangan atau jumlah ‘grab car’ ini tidak cukup, maka jumlah oksigen juga tidak cukup untuk dibekalkan kepada anggota badan.  

Jika anda tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi di dalam badan, anda akan menjadi cepat penat, pucat dan lemah. Masalah ini  boleh menjejaskan segala-galanya, dari fungsi otak anda ke keupayaan sistem imun badan untuk melawan jangkitan.

Oleh itu , Hemoglobin ini adalah penting. Jika tubuh kita kekurangan hemoglobin, tubuh tidak mendapat cukup oksigen. Jadi untuk membuat haemoglobin, salah satu dari bahan yang diperlukan ialah zat besi atau ‘iron’.

Seperti kebanyakan nutrien mineral yang lain, sebahagian besar zat besi atau iron ini  diserap dari makanan atau suplemen berlaku di dalam duodenum atau dengan lebih tepat lagi oleh satu pintu yang dipanggil ‘enterosit’ yang terdapat di lapisan duodenal.  Sel-sel ‘enterosit’ ini mempunyai molekul khas yang membolehkan mereka memindahkan zat besi ke dalam badan.

Iron yang kita makan biasanya adalah dalam bentuk Ferrik ( Fe3 +). Dengan bantuan Asid gastrik atau nama lainnya asid hidroklorik yang terdapat di dalam duodenum  ia telah menukarkan Fe3 + ini kepada ferus ( Fe2 +). Kemudian Fe2+ ini memasuki satu pintu yang dinamakan ‘enterocytes’ sebelum Fe2+ ini pergi ke dalam aliran darah dan bergabung dengan Feritin. Akhir sekali gabungan kedua-dua bahan ini akan pergi ke dalam sum-sum tulang untuk proses pembentukan hemoglobin.

Untuk lebih jelas, rujuk videonya di bawah:



Apa jadi jika kita kekurangan Iron? 

Terdapat beberapa sebab mengapa kita menghadapi masalah kekurangan zat besi dalam badan iaitu :

  • Disebabkan oleh kehilangan darah
  • Kurang mendapat bekalan zat besi 
  • Kurang kebolehan untuk penyerapan zat besi
Apabila kita mengalami kekurangan zat besi atau iron, kita akan mendapat simptom atau penyakit yang dinamakan sebagai 'iron deficiency' anemia. Antara tanda-tanda dan gejala anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi ialah seperti keletihan yang melampau, kelemahan, kulit pucat, denyutan  jantung cepat atau sesak nafas, sejuk kaki dan tangan  kurang selera makan.

Kita  boleh membetulkan masalah anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi ini dengan mengambil diet yang sihat, Diet yang sihat mengandungi nutrisi penting untuk menyokong kandungan zat besi dan menaikkan semula aras hemoglobin dalam darah. Antara makanan yang mengandungi zat besi ialah seperti kacang soya, kismis, kerang, daging merah, ayam dan sayuran. 

Di samping itu juga, amalan pengambilan suplemen yang mengandungi zat besi atau iron juga dapat membantu meningkatkan zat besi yang diperlukan. Salah satu dari supplement yang mengandungi zat besi  ialah VitaHibrid One.   Pengambilan VitaHibrid One pada setiap hari dapat membantu membekalkan zat besi yang diperlukan oleh tubuh.




Sunday, 8 December 2019

Caj jumpa doktor di klinik swasta@GP naik…



Beberapa hari lepas kerajaan telah meluluskan permohonan persatuan pengusaha klinik swasta atau lebih dikenali sebagai GP  untuk menaikkan  bayaran konsutasi atau caj berjumpa doctor dari RM10 kepada satu jumlah yang lebih mahal.

Persetujuan kerajaan meluluskan permohonan ini disambut baik oleh  pengusaha klinik persendirian atau GP. Alasannya ialah kerana caj untuk konsultasi ini tidak pernah ‘direview’ sejak tahun 1992 lagi.  Menurut mereka, hampir 27 tahun yuran konsultasi atau caj yang dikenakan kepada pesakit setiap kali mereka berjumpa doktor di klinik persendirian@GP ini di takuk lama, iaitu antara RM10 hingga RM15.  

Sedangkan kadar ini jauh lebih murah berbanding  caj yang dikenakan untuk berjumpa doktor di hospital swasta di mana caj yang dikenakan untuk satu sessi konsultasi di hospital swasta ialah antara RM35 sehingga RM135, bergantung kepada jenis dan tahap kepakaran doktor tersebut.  Semakin tinggi tahap ‘level’ doktor tersebut semakin mahal caj yang dia boleh kenakan kepada pesakit yang ingin mendapatkan khidmat beliau.  

Tetapi  berlainan pula dengan klinik swasta atau GP ini.Caj yang boleh dikenakan kepada pesakit hanya di antara RM10 atau RM25 sahaja walaupun doktor yang membuka klinik persendirian atau GP juga mempunyai kepakaran yang sama dengan doktor yang bertugas di hospital swasata.  Ini membuatkan mereka rasa tidak adil atau ‘double standard’.

Apabila kerajaan bersetuju untuk meluluskan permohoan mereka untuk menaikkan caj konsaltasi ini, dapatlah doktor yang membuka klinik sendiri atau GP ini bernafas sedikit memandangkan kos pengurusan dan operasi yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini belum dikira dengan kos ubat dan peralatan atau ‘consumable’ yang lain. Harga ubat dan ‘consumable’ yang dibeli oleh klinik swasta atau GP ini jauh lebih mahal berbanding harga ubat  atau ‘consumable’ yang dibeli oleh pihak hospital walaupun dibeli dari pembekal yang sama. Jadi margin keuntungan yang mereka perolehi dari penjualan ubat adalah kecil berbanding hospital swasta. Oleh itu, dengan adanya kenaikan caj konsultasi ini, dapatlah mereka menampung kos operasi dan mana yang patut.

Namun begitu, keputusan kerajaan  membenarkan klinik persendirian menaikkan caj konsultasi ini sudah tentu tidak disenangi oleh orang ramai seperti kita. Lebih-lebih lagi mereka yang berpendapatan sederhana dan kumpulan B40.  Kos perubatan yang terpaksa mereka tanggung akan meningkat dua atau tiga kali ganda dari sebelumnya. Sedangkan ketika ini, kos sara hidup juga semakin naik dari sehari ke sehari.

Implikasi dari keputusan kerajaan ini juga akan menyebabkan  jumlah pesakit yang mengunjungi klinik dan hospital kerajaan semakin meningkat. Jika sebelum ini jumlah pesakit yang mengunjungi klinik kerajaan mungkin sekitar 200 hingga 300 orang saja pada setiap hari, tidak mustahil selepas ini jumlah ipesakit  akan meningkat sekali atau dua kali ganda.  

Pertambahan bilangan pesakit juga akan menambahkan lagi bebanan doktor dan petugas yang berkhidmat di klinik dan hospital kerajaan. Perbezaan ratio antara pesakit dengan doktor akan menyebabkan mutu perkhidmatan dan rawatan yang diterima akan kurang dari segi kualitinya. Jika sebelum ini doktor mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk memeriksa seorang pesakit, tetapi apabila bilangan pesakit bertambah dua atau tiga kali ganda, doktor akan memendekkan masa pemeriksaan ke atas pesakit.  Situasi ini berpotensi untuk menyumbang kepada kes kesilapan diagnosis atau ‘miss diagnosis’ disebabkan doktor terpaksa mengejar masa untuk merawat bilangan pesakit yang ramai.

Masa menunggu  untuk pesakit berjumpa doktor  di klinik kerajaan juga akan semakin lama berbanding sebelumnya. Ini akan menyumbang kepada meningkatnya  kes pesakit yang ‘abscond’ kerana mereka tidak sanggup untuk menunggu giliran yang semakin lama untuk berjumpa doktor. Jika keadaan tidak terkawal, penyakit ringan yang sepatutnya boleh dirawat akan bertukar menjadi kronik dan ini seterusnya menyumbang kepada bertambahnya jumlah pesakit yang terbiar tanpa rawatan.

Akhir sekali, langkah kerajaan meluluskan permohonan pihak klinik swasta untuk menaikkan caj kosultasi mereka sebenarnya akan memberi kesan negatif kepada pengusaha klinik swasta itu sendiri pada jangka panjang. Orang ramai akan mula membanjiri klinik kerajaan disebabkan caj yang dikenakan oleh klinik swasta atau GP sudah naik. ‘On the other hand’, bilangan pesakit yang berkunjung untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta juga mungkin akan berkurangan.  Silap haribulan, bukan untung yang mereka dapat, sebaliknya rugi semakin teruk.

Thursday, 28 November 2019

Vitamin D dan kesihatan anda



Vitamin D adalah salah satu daripada vitamin penting dan ia memberi kesan yang kuat pada beberapa sistem badan kita.  Jika vitamin A, B dan C boleh diperolehi melalui pemakanan, vitamin D pula dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh kita. Apabila badan kita terdedah kepada cahaya matahari, vitamin D ini akan terhasil dengan sendirinya. Namun begitu kita boleh meningkatkan kandungan vitamin D ini sama ada dengan mengambil supplement atau memakan makanan tertentu seperti ikan yang berlemak dan produk tenusu.

Salah satu peranan penting vitamin D ialah mengekalkan sistem kekebalan tubuh untuk melawan virus dan bakteria yang boleh membawa penyakit. Vitamin D membantu meningkatkan sistem imuniti badan untuk melawan penyakit sama seperti vitamin C.  Oleh itu sekiranya anda kerap jatuh sakit terutamanya selesema, walaupun anda sudah mengambil supplement Vitamin C setiap hari,  ini  berkemungkinan kandungan vitamin vitamin D dalam badan anda berada pada tahap yang rendah.  Oleh itu anda juga perlu mengambil supplement vitamin D sebagai tambahan. 

Beberapa kajian mendapati dengan mengambil vitamin D tambahan pada dos sehingga 4,000 IU pada setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan  saluran pernafasan. Manakala kajian terbaru yang dijalankan pada tahun 2018 pula mendapati  individu yang mengamalkan pengambilan Vitamin D pada setiap hari  dapat membantu mengurangkan risiko menghidap selsema yang disebabkan oleh virus Influenza.  

Untuk mereka yang sudah berumur pula pasti mereka sering mengalami masalah cepat letih dan penat.  Namun seperti biasa ramai yang akan menganggap masalah ini adalah disebabkan oleh faktor lain seperti kurang tidur atau terlalu banyak melakukan kerja seharian. Ramai yang  lupa bahawa kekurangan vitamin D juga boleh menyumbang kepada masalah ini.

Satu kajian telah dilakukan untuk melihat hubungan di antara vitamin D dengan tahap kecerdasan seseorang individu. Hasil kajian mendapati wanita yang mempunyai bacaan Vitamin D kurang dari 20mg/ml dalam darahnya cenderung untuk mengadu keletihan berbanding wanita yang mempunyai paras darah melebihi 30 ng /ml.  Kajian ini membuktikan bahawa vitamin D  penting untuk kecergasan.

Vitamin D juga berfungsi untuk mengekalkan kesihatan dan mineralisasi tulang kita. Vitamin D membantu usus menyerap kalsium dari makanan yang kita makan.  Apabila kita mengalami masalah kekurangan vitamin D, ia akan boleh mengganggu proses penyerapan kalsium  oleh usus dan juga symptom pelepasan kalsium dari tulang ke dalam sistem aliran darah.  Ini seterusnya akan menyebabkan berlakunya masalah osteophorois.

Walaupun Osteoporosis sering kali dikaitkan dengan ketidak cukupan pengambilan kalsium, tetapi masalah kekurangan vitamin D juga merupakan punca utama mengapa berlakunya kekurangan penyerapan kalsium oleh badan kita dan seterusnya menyumbang kepada osteoporosis. Oleh itu ramai pakar menyarankan supaya  mereka yang mengalami masalah osteoporosis meningkatkan pengambilan vitamin D  dalam diet seharian mereka.  

Selain dari masalah osteoporosis, kekurangan vitamin D juga boleh menyumbang kepada masalah lain seperti sakit belakang, sakit sendi dan sakit di sekitar tulang rusuk.

Masalah depresi juga boleh disebabkan akibat kekurangan vitamin D dalam badan seseorang. Penyelidik mendapati kekurangan vitamin D merupakan salah satu dari faktor penyumbang kepada masalah kemurungan yang berlaku di kalangan orang dewasa dan mereka yang berusia.  Kajian mendapati pengurangan serum vitamin D3 menyumbang kepada berlakunya kekurangan penghasilan hormon Seritonin di otak kita.  Oleh itu, pengambilan supplemen vitamin D dikatakan mampu mengurangkan kemurungan dan mengawal emosi seseorang.

Akhir sekali, sekiranya seseorang itu mengalami masalah kekurangan Vitamin D  secara berterusan dan untuk tempoh yang lama, ia akan menyebabkan beberapa komplikasi lain terutamanya komplikasi sistem kardiovaskular, masalah autoimun, penyakit saraf,  komplikasi kehamilan dan juga risiko mendapat Cancer tertentu, terutamanya kancer payudara, prostat, dan kolon.

Kesimpulannya, masalah kekurangan vitamin D merupakan perkara biasa dan sering berlaku. Lebih-lebih lagi di kalangan orang dewasa dan mereka yang menghidapi penyakit kegagalan buah pinggang kronik (ESRF). Dianggarkan bahawa kira-kira 1 bilion orang di seluruh dunia mempunyai tahap  vitamin  D yang rendah di dalam darah mereka. Antara faktor yang menyumbang kepada masalah  kekurangan vitamin D ialah;
  • .  Warga emas
  • .  Penyakit kegagalan Buah pinggang kronik (ESRF)
  • .  Individu yang berlebihan berat badan atau obes.
  • .  Kurang pengambilan ikan atau tenusu
  • .  Mereka yang kerap menggunakan pelindung matahari semasa keluar
  • .  Individu yang berkerja di dalam bangunan pejabat dan kurang keluar

Oleh itu pengambilan supplemen vitamin D perlu diamalkan oleh mereka yang berisiko tadi. Terdapat pelbagai supplement yang mengandungi vitamin D boleh dibeli di mana-mana farmasi atau kedai ubat. VitaHibrid One juga ada mengandungi kvitamin D. 






Sunday, 17 November 2019

VitaHibrid One untuk mengelakkan selsema


Selsema merupakan satu sebab mengapa ramai di kalangan kita menjadi tidak produktif. Di samping mengganggu prestasi kerja Ia juga menjejaskan aktiviti seharian. Malah ada ketikanya ia mengganggu pola tidur kita disebabkan oleh simptom selsema seperti hidung berair, hidung tersumbat, kerap bersin, sakit tekak, batuk, demam dan kadangkala sakit kepala.
Mengikut kajian, selesema ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Virus yang boleh menyebabkan selesama ialah influenza dan ia mempunyai beberapa spesis.  Yang paling popular ialah influenza A dan B. Namun begitu tidak semua selesema ini disebabkan oleh virus. Ada juga yang disebabkan oleh bakteria atau disebabkan gabungan kedua-duanya sekali (virus dan bakteria).
Kebanyakan mereka yang mendapat selesema ini biasanya akan pulih dalam dua atau tiga hari selepas mendapat rawtan dan ada juga yang berlarutan sehingga seminggu atau lebih. Terutamanya mereka yang mempunyai antibodi yang lemah.
Jika anda pergi ke klinik atau mana-mana Pusat Kesihatan, salah satu dari ‘pakej’ ubat yang akan dibekalkan kepada anda untuk merawat selesema ini ialah Vitamin C dan kajian telah mebuktikan bahawa dengan pengambilan Vitamin C dalam dos yang tinggi mampu mempercepatkan proses penyembuhan. Ini kerana vitamin C membantu meningkatkan sistem imuniti badan untuk melawan virus selsema tersebut. Ada dapatan kajian pula menunjukkan bahawa vitamin C boleh mengurangkan tempoh selesema itu sebanyak 24 hingga 36 jam.  Contohnya, katakan tempoh untuk sembuh dari selsema biasanya mengambil masa 4 atau 5 hari jika mengikut kaedah perawatan biasa. Tetapi apabila anda mengambil vitamin C dalam dos yang tinggi (misalnya 1000mg sehari), tempoh penyembuhan selesema  ini akan menjadi lebih cepat. Mungkin dalam tempoh 2 hari, selesema anda mula berkurangan dan pada hari ketiga, anda sudah sembuh.
Walaupun selesema ini termasuk dalam kategori penyakit yang tidak berbahaya, namun sekiranya ia tidak dirawat, ia boleh menimbulkan komplikasi yang lebih terus seperti infeksi sinus (sinusitis) dan jangkitan pada telinga. Oleh itu kita perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya ada mengalami tanda-tanda selsema. Lebih-lebih lagi Individu yang berisiko seperti orang tua@ warga emas dan mereka yang ada penyakit kronik seperti athma, diabetes atau penyakit jantung. Wanita hamil dan kakan-kanak juga berisiko untuk mendapat pelbagai komplikasi jika selesema ini dibiarkan berlarutan tampa mendapatkan rawatan..

Pepatah ada mengatakan, 'mencegah itu lebih baik dari merawat'. Tambahan pula selesema ini sangat mudah untuk berjangkit. Apabila individu yang menghidap selsema itu bercakap atau bersin atau berjabat tangan dengan kita, peluang untuk kita mendapat jangkitan daripadanya adalah mudah. Oleh itu langkah pencegahan adalah penting.

Antara langkah yang terbaik untuk mencegah dari mendapat selsema ini, pakar perubatan dan pemakanan telah mengesyorkan supaya kita mengambil makanan yang mengandungi kandungan vitamin C pada setiap hari. Antaranya ialah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Mislanya oren, keledek, limau, jambu batu, betik, strawberi dan nenas.
Namun disebabkan oleh kesebokan dan komitmen harian, ramai di kalangan kita sukar untuk mengamalkan pengambilan buah-buahan atau sayuran pada setiap hari. Malah ada yang langsung tidak memakan buah ataupun sayuran. Akibatnya, sistem imuniti mereka selalu berada di tahap yang paling lemah dan mudah mendapat selsema. Lebih-lebih lagi sewaktu perubahan cuaca yang semakin ekstrem sekarang ini. Jadi amalan pengambilan supplement vitamin C merupakan langkah yang terbaik untuk anda.
Terdapat pelbagai jenama supplement vitamin C boleh didapati di kedai-kedai ubat atau farmasi. Salah satu supplement yang mengandungi vitamin C ialah VitaHibrid One. Beberapa orang pengguna telah memberi maklum balas positif tentang keberkesanan VitaHibrid One ini membantu mereka mencegah dan merawat selsema walaupun tujuan asal mereka mengambil VitaHibrid One ini ialah untuk kesihatan dan kecantikan.





Tuesday, 29 October 2019

Penggunaan bahan terlarang dalam kosmetik. Masih ramai yang tidak sedar.



Hari ini terbaca satu komentar dari akhbar tempatan bercerita pasal produk kosmetik yang mengandungi bahan terlarang. Walaupun isu ini sudah diperkatakan saban tahun namun disebabkan tertarik dengan ayat penyedap yang dimasukkan ke dalam iklan produk kosmetik seperti,
‘menghapus kesan jerawat dalam masa  seminggu’,‘mencerahkan tona kulit dalam masa yang singkat’,‘wajah menjadi mulus dan gebu dalam masa 7 hari’, ramai di kalangan pengguna terperangkap dan tanpa mereka sedar bahawa bahan yang digunakan dalam kosmetik yang dibeli itu rupanya mengandungi bahan kimia terlarang.

Disebabkan terlalu obses untuk kelihatan cantik, ramai di kalangan pengguna tidak peduli sama ada produk yang  mereka gunakan itu terdapat bahan kimia berbahaya atau pun tidak.  Apa yang penting buat mereka ialah kesan yang diperolehi dari penggunaan produk tersebut dapat memberi kesan yang diingini dalam masa yang singkat. Semakin cepat sesuatu produk yang digunakan itu memberi kesan, semakin bagus produk tersebut. Jika boleh, mereka nak satu produk yang apabila dipakai@disapu saja pada muka untuk dua atau tiga malam, pada hari ke empat, mereka dapati kulit muka sudah jadi putih dan gebu.   

Malangnya, setelah memakai atau menggunakan produk itu  untuk beberapa minggu, tiba-tiba mereka dapati  kulit muka mengalami masalah ‘break out’ yang teruk. Kulit mula terasa kering, gatal, merekah dan kemerahan.  Ketika itu barulah mereka sedar  bahawa produk yang digunakan selama ini rupanya mengandungi bahan berbahaya.

Malang sekali lagi buat mereka kerana kesan ini sudah pun berada pada tahap yang agak lewat, atau dalam peribahasa Melayu tahap  nasi sudah menjadi bubur. Masalah yang dialami itu sudah tidak boleh dipulihkan kembali sehingga memaksa mereka menghabiskan wang ribuan ringgit kerana berjumpa pakar kulit (Skin Specialist) untuk ‘repair’ semula kulit yang dah rosak itu.  

Masalah yang dialami oleh mereka ini adalah disebabkan oleh ‘side effect’ HYDROQUINONE yang dimasukkan secara berlebihan ke dalam produk kecantikan  tersebut. Dengan memasukkan unsur Hydroquinone ini ke dalam produk kosmetik,  pengusaha kosmetik berharap ia akan menjadikan kulit pengguna menjadi cerah dan semakin putih dalam masa yang singkat walaupun mereka mungkin mengalami kesan sampingan yang teruk pada masa hadapan.

HYROQUINONE ini akan bertindak membunuh ‘melanocytes’, iaitu sejenis sel yang meragsang penghasilan melanin.  Apabila melanin tidak dapat dihasilkan atau penghasilannya terhenti, maka kulit akan menjadi cerah berbanding warna asal. Namun kesan sampingan akibat terhentinya penghasilan melanin ini ialah kulit akan   terdedah kepada sinaran Ultra Violet (UV) secara berlebihan. 

Kesan dari sinaran  UV ini akan menyebabkan sel-sel kulit cepat  rosak. kulit juga mengalami kesan terbakar dan ada kes yang di mana kulit bertukar warna  menjadi lebih lebih gelap dari sebelumnya.  Ada sesetengah kes pula di dapati kulit muka menjadi tebal dan hitam. Tidak kurang juga ada yang mengalami masalah kulit muka yang terlalu sensitif dan cepat terluka kesan dari kekurangan melanin ini.

Kesan  pencerahan pada kulit yang terhasil dari penggunaan bahan hydroquinone ini  tidak bertahan lama. Ia hanya mampu bertahan untuk tempoh  4 - 6 bulan saja. Oleh itu, anda  perlu memakai  krim tersebut secara berterusan dan ini  akan memberi kesan yang tidak baik pada kesihatan untuk jangka panjang. Jika anda tidak bernasib baik, penggunaan produk yang mengandungi unsur HYDROQUINONE ini untuk jangka panjang boleh meningkatkan risiko anda mendapat melanoma dan cancer kulit.  Sebab itulah penggunaan HYDROQUINONE secara berlebihan dalam kosmetik adalah tidak digalakkan oleh Kementerian Kesihatan atau bahagian kalawan Farmasi Negara (NPRA).

Tetapi biasa la rakyat kita, apa yang dilarang itulah yang kita suka buat. Walaupun ada beberapa produk atau supplimen yang berasaskan bahan semulajadi di pasaran yang boleh membantu mereka memperolehi kesan yang sama sebagaimana kesan yang diperolehi dari  produk kosmetik haram ini, namun masih ramai yang buat tak kesah. Sebabnya ialah kebanyakan supplimen atau produk 'alami' atau semulajadi ini lambat memberi kesan tindak balas.  Ada yang terpaksa menunggu sebulan atau dua bulan baru sebelum pengguna merasai akan kesannya. 

Oleh itu ramai yang lebih suka  memperjudikan nasib dan kesihatan dengan memilih produk yang mengandungi HYDROQUINONE ini. Tak jadi produk ‘A’, mereka beralih pula kepada produk’B’. Tak jadi produk ‘B’ mereka guna pula produk ‘C’. Dan begitulah seterusnya sehinggalah mereka  mengalami ‘break out’ yang serius dan tak boleh diubati lagi, barulah mereka akan serik.  Setelah mereka terpaksa menghabiskan duit ribuan ringgit kerana berulang alik jumpa doktor pakar untuk memulihkan kulit muka yang rosak, barulah timbul kesedaran untuk mereka berhenti  dari memakai produk yang mengandungi unsur terlarang ini. 


Wednesday, 16 October 2019

Zika datang Lagi!



Zika datang lagi! Amboi.. macam iklan Torra la pulak. Seronok je bunyinya... Hehe.. Tapi ini bukan berita baik nak seronok-seronok. Ini adalah berita yang tak  sedap untuk didengar.

Setelah dua tahun menghilang, penyakit atau wabak ni diberitakan muncul semula. Hari ini akhbar melaporkan bahawa seorang lelaki berusia 30an telah disahkan dijangkiti virus Zika. Beliau mula mengalami gejala muntah dan cirit birit pada 26 September. Kemudiannya  beliau terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 29 September 2019.

Virus Zika ini sangat merbahaya kerana ia boleh menjangkiti otak, terutamanya bayi yang di dalam kandungan. Jika ibu yang mengandung terkena jangkitan virus ini, anak dalam kandungan beliau berisiko untuk mendapat kecacatan otak sewaktu dilahirkan.. WaiyyaZubillah.

Penyakit ini mula tersebar dari Amerika Latin terutama di Brazil, Colombia dan beberapa negara lain termasuk jangkaan empat juta penduduk di Amerika bakal dijangkiti hingga akhir 2016. Kemudian ia mula merebak ke nagara-negara lain melalui industri perlancongan di mana mangsa yang terkena jangkitan virus ini akan memindahkan visrus tersebut apabila nyamuk aedes menghisap darah mangsa dan kemudiannya menghisap pula darah orang lain.

Sama seperti demam denggi, symptom Zika juga seakan sama di mana mereka yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam, rash (bintik-bintik merah di badan), sakit-sakit sendi dan sekitar bebola mata. Untuk membezakan penyakit ini dengan denggi ialah pesakit kena melalui ujian makmal (chek darah). Baru kita dapat kesan sama ada ia adalah virus denggi atau Zika.

Memandangkan penyakit ini merebak melalui gigitan nyamuk dan sekarang ni pula musim hujan, potensi terdapatnya air bertakung di persekitaran rumah adalah tinggi. Nyamuk aedes akan bertelur dalam air yang bertakung. Oleh itu, jika sebelum-sebelum ini kita membersihkan persekitaran rumah setiap dua minggu sekali, seeloknya semasa musim hujan begini kita lebih kerap membersihkan halaman dan persekitaran rumah. Seeloknya kita buat seminggu sekali supaya nyamuk aedes tak sempat membiak.

Manakala langkah kawalan yang perlu diambil oleh pihak kerajaan pula ialah seperti membuat pemantauan di pintu masuk, terutamanya jalan darat yang menghubungkan dengan negara jiran. Manakala di lapangan terbang pula,  Kad Amaran Kesihatan (Health Alert Card) perlu diberikan kepada pelawat yang baru tiba dari negara yang ada mencatatkan kes jangkitan Zika. Pamplet atau panduan berkenaan apa tindakan yang perlu dilakukan jika mengalami gejala jangkitan Zika juga perlu diberi kepada pelancong tersebut sebagai langkah pencegahan sewaktu dia berada di Malaysia. Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang patut dibuat dan tidak mendedahkan dirinya kepada risko menjangkiti rakyat kita.

Okey itu aje coretan abam untuk kita semua, terutamanya mereka yang tinggal di negeri Perak. Sebab kes pertama dah di kesan di negeri ini dan prsakit tu juga masih lagi dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun. So.. Orang-orang Perak! Please ÀLERT!  Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Sama-sama kita berganding bahu dan menyokong usaha pengawalan penyakit ini.

Sunday, 6 October 2019

Kolagen untuk kecantikan wajah dan mengekalkan tulang yang sihat.



Perkataan "kolagen" berasal dari bahasa Yunani "kolla"  yang bermaksud gam. 

Kolagen adalah sejenis protein yang terdapat pada haiwan bertulang seperti ikan, amfibia,  reptilia dan burung atau  haiwan bertulang belakang seperti  mamalia.

1/3 daripada tubuh badan manusia sendiri adalah  kolagen di mana 72% daripada struktur kulit kita terdiri daripada kolagen. Kolagen membantu memberikan struktur kepada kulit dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan tahap fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit kita meregang serta kembali semula kepada kedudukan asal.

Kolagen kerap digunakan dalam pembedahan kosmetik di mana ia dijadikan sebagai bahan penyembuhan untuk merawat mangsa-mangsa kebakaran, membantu  pembinaan semula tulang serta pelbagai kegunaan gigi, ortopedik, dan pembedahan yang lain.   Ia juga digunakan dalam bidang kosmetik sebagai anti penuaan, selain menganjalkan, melicinkan, memutihkan serta memperbaiki kulit. Kolagen yang cukup juga akan membuatkan rambut kita kelihatan bersinar dan  lebat.

Selain itu, kolagen turut memainkan peranan penting terhadap tulang. Sebagaimana yang kita ketahui, 80% daripada tulang kita adalah terdiri daripada kolagen.   Oleh itu, kolagen adalah penting untuk kesihatan tulang di mana gabungan di antara kolagen dan satu lagi bahan yang dinamakan sebagai hidrokapasitat akan memberikan struktur, fleksibiliti dan kekuatan pada tulang.

Akhir sekali, dinding salur darah  yang terdapat dalam tubuh kita juga terbina daripada kolagen, di mana kolagen ini akan membantu memberikan struktur, kekuatan dan fleksibiliti kepada salur darah untuk membolehkannya  menyalurkan darah ke seluruh tubuh.

Paras kolagen dalam badan kita mula merosot secara semulajadi apabila kita mula mencecah  usia 25 tahun.  Kehilangan kolagen ini bertambah serius sekiranya kita terdedah kepada faktor persiktaran yang tidak sihat.

Kekurangan kolagen akan menyebabkan beberapa masalah seperti, struktur kulit mula menjadi tidak tegang dan berkedut. rambut menjadi kering dan bercabang, kulit akan menjadi kendur dan hilang keanjalannya, penglihatan kita akan menjadi kabur dan ada ketikanya linkaran hitam akan mula terbentuk di sekitar mata. Mata juga kadang kala kelihatan sembap.

Gejala lain yang berlaku akibat kehilangan kolagen ialah tulang mula mengalami proses pereputan ( osteoporosis). Akhir sekali  kuku mudah rapuh dan kurang bersinar.
Pengambilan kolagen di kalangan rakyat negara ini kini nampaknya  semakin meningkat apabila mereka sedar akan  kepentingan kolagen terutamanya dari sudut kesihatan dan kecantikan.   

Kebiasaannya kolagen diproses daripada tiga sumber utama iaitu  daripada sumber ikan, di mana kolagen daripada ikan terutamanya ikan salmon dan ikan merah akan diektrak dan dijadikan  salah satu  daripada makanan tambahan.

Satu lagi sumber kolagen ialah kolagen yang diekstark daripada tulang, otot dan kulit haiwan seperti daripada lembu dan khinzir.  Walaubagaimana pun kolagen daripada  khinzir ini tidak halal untuk orang isla.  Tetapi  sumber kolagen daripada kedua haiwan ini tidak begitu digalakkan pengambilannya di kalangan pakar perubatan kerana di samping anda mendapat bekalan kolagen, anda juga turut mengambil lemak dan kolesterol secara tidak sengaja yang sememangnya  terdapat dalam daging kedua-dua haiwan ini.

Kesimpulannya, pengambilan kolagen sangat penting, tetapi pastikan ianya bersesuaian dengan diri anda! Terdapat beberapa produk atau supplimen yang mengandungi unsur kolagen di pasaran dan salah satu daripada produk yang membekalkan kolagen kepada anda ialah VitaHibridOne.  






Dulu Kita Makan Sambil Bercerita, Sekarang Kita Makan Sambil Tengok Telefon

Dulu, meja makan bukan sekadar tempat untuk mengisi perut. Meja makan ialah tempat kita berkumpul. Tempat emak bercerita tentang apa yang be...