Friday, 1 May 2020

Faedah Moratorium akan dinaikkan?

Assalamalaikum..


Pening kepala dengan pengumuman Bank Negara ke tu?

Ala... Relax la... Hari ni Sabtu, bank tutup. Isnin depan ada la tu sms atau email dari pihak bank bagitahu pasal syarat baru untuk sambung moratorium ni. Jangan risau. Semuanya akan baik-baik saja😁😁

Apa? Risau takut kena bayar extra?
Kena bayar extra tu biasa la bang. 6 bulan adalah satu tempoh masa yang lama. Kalau kita simpan duit penangguhan tu dalam simpanan tetap, dah berapa agaknya kita dapat dividen. Begitu juga jika kita guna duit tu untuk beli saham.. 

So.. Takkan kita saja nak untung. Bank pun nak cari untung jugaa. Dah la deme bagi kita 'deffered' loan selama 6 bulan sedangkan dalam masa yang sama mereka tak dapat apa-apa keuntungan. Mana boleh gitu... Ini tidak ADIL..!  So, bank pun nak juga 'passive income' sepanjang tempoh menunggu tu. So mereka kena la cari jalan bagaimana nak 'buat duit' dalam temoh 6 bulan tu dan cara paling mudah ialah dengan naikkan interest.

Tapi bila interest 'up', secara otomatiknya kita pun kena la bayar extra bila tamat tempoh moratorium nanti hehe...😙😙

Kalau kita tak bayar extra, mana bank nak cekau duit untuk bayar gaji staff dia orang. Tu belum kira duit komisyen untuk bayar kaki pukul yang kerja tarik kereta 4-5 bulan tak bayar. Tu semua pakai duit tu. Bukannya main bagi arahan guna air liur saja. kalau setakat bagi arahan guna air liur, tak jalan la kerja.

Lagi satu, untuk pengetahuan semua, bank ni pun sebenarnya  2x5 macam Along juga. Cuma Bank berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan tertakluk dengan syarat-syarat BNM. Manakala Along pula bergerak secara haram. Tapi konsep mereka tetap sama. Sama-sama nak cari jalan bagaimana nak buat DUIT.

So pusing kot mana pun, mereka akan cari jalan bagaimana nak korek duit dari poket kita dan masuk ke dalam tabung mereka. Kalau kita berpegang dengan prinsip ni, kita akan berlapang dada dan tak akan rasa tertipu dengan pengumuman Bank Negara beberapa hari lepas.

So.. Apa kita nak buat?

Kita tunggu je sms atau email dari pihak bank minggu depan (Isnin depan- 4/5/2020) dan kalau deme minta kita isi borang, kita isi la borang. Itu jika kita pilih untuk teruskan moratorium dengan syarat-syarat baru.

Kalau kita rasa tak nak dan tak setuju dengan syarat baru tu, bermula bulan ni kita 'continue' bayar loan macam biasa. Abis citer.

Benda simple.. Tak payah nak sakit hati dan sakit kepala. Tak perlu nak kata BNM 'U' turn atau Kementerian Kewangan tak cekap dan bermacam-macam komen lagi.

Okey.. Itu saja dari Abam.. 
Senyum Sokmo deh.. 

Thursday, 9 April 2020

Perlukah PKP ini Dilanjutkan..




Abam setuju dengan pendapat Prof ini yang ekonomi kita semakin lumpuh atau akan jatuh terus jika PKP ini dilanjutkan.

Menurut beliau, sektor perusahaan kecil dan sederhana kini hampir lumpuh akibat Covid 19. Jika PKP ditambah dua atau satu bulan lagi, keadaan akan semakin teruk dan usaha untuk memulihkan ekonomi jadi semakin sukar.

Abam setuju dengan pendapat beliau. Kajian juga mendapati 2.4 juta orang bakal kehilangan kerja akibat wabak dan kesan PKP ini. Semalam juga sudah ada dilaporkan yang sesetengah majikan telah memanggil pekerja mereka berbincang tentang masa depan mereka sama ada ingin mengambil cuti tanpa gaji atau mengundurkan diri.

Itu pendapat beliau dari sudut ekonomi. Manakala dari sudut perubatan, abam abam tak berapa setuju jika PKP ini ditamatkan pada masa ini.

Pertamanya, jika kita lihat sejarah atau trend di Wuhan, mereka menjalankan sessi PKP ini selama hampir 70 hari iaitu semenjak 29 Januari 2020 sehingga 7 Mac 2020. Semalam (8 April 2020) baru mereka MERDEKA.

Jadi jika kita ikut pada trend terkini, tempoh PKP yang kita lalui sekarang masih belum mencukupi. Jumlah kes masih banyak. Ini menjukkan bahawa perang melawan Covid19 ini masih panjang. Kita baru saja menang diperingkat awal tapi musuh yang tidak nampak ini masih ada lagi di luar sana. Menunggu peluang untuk menyerang.

Sekiranya PKP ini ditamatkan, maka apa yang dilakukan selama hampir sebulan yang lalu ( semenjak 18 Mac 2020) akan sia-sia (futile/ useless).

Begitu juga seandainya PKP ini dilonggarkan. Abam risau kes akan meningkat semula. Rakyat kita ni kebanyakannya kurang disiplin. Dalam kerajaan sebok minta kita jangan keluar pun, masih ramai yang degil. Inikan pula jika PKP ini dilonggarkan. Mesti lagi sukar untuk kerajaan mengawal mereka.

Pada pendapat abam, PKP ini patut dilanjutkan lagi. Malah jika terpaksa, buat sehingga selesai hari Raya Puasa. Ketika itu baru kes ini betul-betul kurang dan baru kita boleh jalani kehidupan seperti biasa.

Ekonomi akan sukar dipulihkan? Ye. Ini sudah dijangka dan bukan negara kita saja yang menghadapinya. Seluruh dunia mengalami masalah yang sama. Tapi semakin lama kes Covid ini berlarutan, semakin sukar untuk kerajaan memulihkan ekonomi negara. 

Alang-alang kita dah di pertengahan jalan, apa kata kita teruskan saja melangkah sehingga ke penghujung jalan. Alang-alang kita dah buat PKP selama sebulan, apa salahnya kita teruskan lagi PKP ini sehingga kes ini benar-benar terkawal. Tak kesah lah walaupun ia mengambil masa dua atau tiga bulan lagi.

Monday, 30 March 2020

PRODUK VIRAL TAPI DIRAGUI FUNGSINYA..




Hari ni abam 'bizi sebizi bizinya'. Tak sempat nak menulis. Biasa tu pagi-pagi atau senbelum tengahari, abam akan post satu komentar atau apa-apa ceritaa. Pagi ni tak dan.. sebab apa? Sebab abam terpaksa pegi kerja awal untuk plan bagaimana nak kurangkan risiko jangkitan COVID 19 ini dari terkena kepada pesakit-pesakit abam.

Dua hari lepas, Pakar Nefro hospital Raja Permaisuri Bainun dah warning semua incas/manager centre dialysis seluruh Perak supaya lebih berwaspada dengan penularan wabak ini.

Menurut beliau pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang kronik (ESRF) ni berisiko untuk kena. Ini bukan bermakna orang biasa tak berisiko. Orang biasa pun berisiko juga tapi kalau kita orang biasa ni berisiko, mereka 2 atau 3 kali ganda lebih berisiko berbanding kita.

Jadi untuk mengambil langkah berjaga-jaga, abam telah jarakkan waktu rawatan pesakit. Jika sebelum ini pesakit shift pagi sempat jumpa pesakit shift petang, sekarang abam ‘cut off’. Pesakit shift petang tak boleh jumpa/ bertembung dengan group shift pagi. Dengan ini peluang untuk berlakunya ‘cross infection’ dapat dikurangkan. Inilah plan abam. So semput juga la nak susun semula jadual dan pesakit.

Oh ya.. Sebut pasal risiko jangkitan ni, sekarang ni abam nampak orang kita dan tahu serba sedikit bagaimana nak lindungi diri dari jangkitan COVID ni dengan memakai PPE. Jika sebelum ini ramai yang tak ada mask, sekarang ni majoriti dari kita sudah memakai mask. Begitu juga dengan amalan mencuci tangan dan menggunakan hand sanitizer. Syabas abam ucapkan. Korang memang terbaik. Tahu menjaga keselamatan diri.

Dalam banyak-banyak PPE, abam perasan ada satu produk yang sedang viral. Iaitu sejenis 'tangkal' yang bernama ‘Antah Wellness’. Produk ni ditujuk oleh salah sorang staff abam. Katanya produk ni sedang 'trending'. Dia cadang nak beli satu.

Abam pun cuba tengok promo dalam website agen yang menjual produk ni. Antara kata-kata manis yang abam baca ialah.. “PM kita guna Antah Wellness guys!Produk kesihatan ini dikatakan boleh menghapuskan virus dan bakteria dalam radius 1…”

Berduyun-duyun orang pakat beli produk ni sehingga harga dia naik 2 kali ganda. Jika sebelum ni, harga produk ini cuma bernilai RM59 hengget, sekarang ia telah dijual dengan harga RM99 hengget. Tapi masih ramai lagi yang beli sampai tak ada stok. Bila buka Lazada dan Shopee, semua habis.. SOLD OUT..!!

Tepuk dahi abam, dengan perangai orang kita ni. Patut la berbuih mulut Ketua Polis Negara bagi nasihat supaya jangan percaya kepada ‘Macau Scam’, jangan percaya pada 'Macau Scam', tapi bila kita baca paper, minggu depan ada lagi individu yang menjadi mangsa. Itu baru kes Macau Scam. Ni Kes ‘tangkal scam’ pun rupanya 2X5 juga. Masih ramai yang terpedaya.

Yang abam hairan tu, bila ada satu-satu isu, ramai pula netizen kita yang bijak pandai. Contohnya, isu COVID 19 yang sedang kita hadapi sekarang ini. Bukan main ramai lagi yang tunjuk pandai. Yang bukan doktor atau paramedic pun dan-dan tu bertukar kulit jadi pakar. Siap ‘keluarkan fatwa’, nasihat dan petua.

Semua pakat berebut 'update status' bagi nasihat pada kawan-kawan supaya memakai mask dan melazimi amalan mencuci tangan. Hari-hari post pasal 'Lock down'. Sebabnya ramai tahu yang virus ini merebak melalui ‘air borne’ dan sentuhan. Good.. Tepat sekali.

Tapi kenapa bila ada orang jual ‘name tag’ yang kononnya jika dipakai di baju mampu menghalang virus dari terkena badan kita, ramai pula 'pakar tadi' yang pakat beli? Mana pergi ‘common sense’ korang semua? Teori mana pula yang mereka guna pakai yang ‘name tag’ berubat tu boleh menghalang virus dari terkena badan korang?

Jika kita fikir secara logik, sekiranya ‘name tag’ berubat tu boleh halang virus dari merebak, senang la kerja ‘frontliner’ kita. Tak payah la mereka pakai ‘baju bulan’, ‘face shield’, dan sarung tangan bagai, setiap kali mereka nak ‘screen’ pesakit yang disyakki terkena COVID 19. Cukup sekadar lekat atau gantung ‘name tag’ berubat ni di baju mereka, lepas tu terus hadap pesakit yang disyakki terkena virus COVID 19. Mask pun tak payah pakai kerana ‘name tag’ ni dah ada kuasa untuk bunuh kuman
dari terkena sesiapa yang memakainya.

Tapi kenapa sehingga ke hari ini abam tengok 'front liner' kita tak pakai pun 'name tag' ni sekwatu mereka berurusan dengan pesakit COVID 19? Tak mampu ke mereka nak beli sorang satu? Atau tak ada ke bajet KKM nak beli 'name tag' ni untuk 'front liner' kita?

So nasihat abam, cukup-cukuplah kita diperbodohkan oleh mereka yang nak ambil kesempatan atas keadaan yang sedang kita alami ini. Kalau ye pun nak beli, tanya dulu mereka yang pandai/arif dalam bidang kesihatan. Jangan la bila baca je 'produk review' yang ditulis oleh artis tersohor tentang sesuatu peroduk tu, terus kome teringin nak beli. Artis ni bukan semuanya ........(korang sambung isi sendiri la ye tempat kosong tu..kang tak pasal-pasal abam kena santau! haha).

RM59 hengget weh! Mungkin bagi sesetengah orang nilai tu tak banyak tapi dengan duit sebanyak itu abam boleh makan ‘nasi Vanggey’ dan sirap ais serta papedum di kedai nasi vanggey Malim Nawar selama 5 hari berturut-turut.

Saturday, 28 March 2020

Bantu Kerajaan Menyelesaikan Masalah Ekonomi dengan Mengunci diri di rumah



Semalam abam ada tulis berkenaan kesan negatif  akibat penyakit COVID 19.

Sebenarnya, bukan negara kita saja yang terkesan akibat penyebaran wabak ini, malah seluruh dunia juga merasa kesannya.
Penyebaran penyakit ini telah menyebabkan pasaran kewangan dunia menjadi 'out of control' walaupun beberapa langkah rangsangan kecemasan telah dilaksanakan oleh berpuluh-puluh bank pusat di seluruh Eropah, Amerika, Asia dan Australia.
Pasaran saham dunia dalam keadaan 'chaos'. Begitu juga dengan harga bon dan komoditi, yang menggambarkan jangkaan kerosakan ekonomi yang teruk bakal dirasai akibat wabak ini. Lebih tiga daripada empat ahli ekonomi berkata, perkembangan ekonomi global sekarang telah berakhir dan dunia sedang menuju ke arah kemelesetan.
Di negara kita, kerajaan Malaysia telah melaksanakan langkah-langkah perlu untuk mengawal penyebaran penyakit ini agar ia tidak memberi impak negatif kepada ekonomi negara. Salahg satunya ialah dengan mengarahkan perintah kawalan pergerakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini (MCO). Dan untuk mengurangkan impak atau kesan MCO ini kepada rakyat, terutamanya kesan yang berkaitan kos sara hidup, PERIHATIN Covid-19 telah diumumkan.
Namun, sebagaimana yang kita maklum bantuan ini hanyalah bersifat sementara saja. Ianya secara 'one off' atau sekali bayar. Mungkin untuk bulan April dan Mei 2020 nanti, Makcik Kiah dan keluarganya bolehlah bernafas lega sebab ada sumber kewangan.  Dapatlah mereka beli bahan mentah untuk kelangsungan hidup. Tetapi apa jadi jika bulan Jun atau Julai masalah ini ( Covid 19) masih belum selesai dan kerajaan terpaksa melanjutkan lagi tempoh MCO?
Ketika itu Makcik Kiah dan keluarganya akan mengalami 'depression' kerana wang bantuan telahpun habis dibelanja  dan mereka hanya bergantung kepada pencen suami untuk menampung perbelanjaan seharian. 
Dalam masa yang sama ekonomi negara akan menjadi semakin sukar kerana aktiviti ekonomi tidak lagi berjalan dengan sempurna. Kalau ikut istilah ekonomi, ekonomi negara  pada ketika itu beroperasi dalam keadaan 'tidak guna tenaga penuh'. Kilang dan perusahaan mungkin akan beroperasi secara terhad malah ada yang masih 'lock down'. Silap-silap ada yang tutup terus operasi mereka. Ini akan menyumbang kepada pengangguran. Begitu juga dengan pendapatan kerajaan. Situasi ini akan menjejaskan pendapatan kerajaan kerana kutipan cukai akan merosot.
Oleh itu, Pakej PERIHATIN COVID19 mungkin tak dapat dilancarkan lagi untuk kali kedua bagi membantu kita walaupun ketika itu semakin ramai rakyat yang menghadapi masalah kewangan. Malah silap hari bulan kerajaan pula terpaksa meminta bantuan dari rakyat dengan memperkenalkan dasar baru, seperti mengembalikan semula GST atau menaikkan harga petrol untuk mengisi perbendaharaan negara. Ketika itu bukan saja Makcik Kiah yang akan susah, Kak Timah, Mek Jarah, Abang Dollah dan Pakcu Harun pun akan turut terkesan sama.
Jadi bagaimana  kita dapat membantu kerajaan menyelesaikan masalah ekonomi ini?
Jawapannya ialah dengan mengunci diri di rumah. Lindungi diri dan ahli keluarga kita daripada "musuh yang tidak kelihatan" ini.

Walaupun aktiviti mengunci diri di rumah ini sukar kerana ia menghalang kebebasan harian kita tetapi ia memberi sumbangan besar kepada negara. Kita dapat mengelakkan tempoh MCO ini berpanjangan kerana semakin lama tempoh MCO ini dikuatkuasa, semakin sukar bagi kerajaan untuk memperbaiki keadaan ekonomi negara. 

Tuesday, 24 March 2020

Sekarang ni macam mana... Nak pakai mask ke tak?


Persoalan ini dah timbul beberapa minggu lepas sewaktu kes COVID 19 ni mula merebak. Ramai yang tanya sama ada nak pakai mask ke tidak dan mask jenis apa yang sesuai. Ia hangat diperkatakan seketika kemudian senyap. Sebabnya ialah kerana bekalan mask tak cukup. Semua farmasi yang jual mask tak ada stok. Ramai mula bimbang dan hari ni timbul semula. Siap jadi tajuk utama akhbar The Star hari ini.                
Jawapan untuk persoalan ini adalah subjektif. Pada pendapat abam senang je. Kalau ada duit lebih, kome beli la mask tu. Kalau rasa tak cukup duit, tak perlu la beli. Ia bukannya wajib.
Alasan atau justifikasi abam ialah kita dah ada jarak sosial yang selamat sewaktu beratur di dalam kedai atau menunggu giliran di bank,  iaitu  jarak1 meter antara kita dengan individu depan dan belakang. Sekiranya orang di depan kita tu batuk ke atau bersin ke, 'droplet' dari dia tu dah tak sampai pada kita.
Walaupun begitu, untuk mereka yang ada selesema atau tak sihat, elok la korang pakai mask. At least lagi selamat orang di sekeliling anda.  Lagi pun jika anda menutup mulut dengan tangan ketika bersin atau batuk, bimbang selepas itu anda sentuh pula benda-benda di sekitar anda tanpa anda lap dulu tangan anda dengan tisu atau sapu tangan. Tak pasal-pasal sisa 'droplet' awak tu terlekat kat situ. Kemudian ada orang lain pula datang dan pegang benda yang anda pegang tadi. Nasib tak baik, selesema awak terjangkit pada orang tu pula.
So.. from this scenerio it can says that wearing mask is not so important or compulsary. Atau dalam bahasa mudah kita boleh kata dah tak berapa penting sangat. Bergantung pada situasi semasa. Rasa nak pakai, korang boleh pakai.. Rasa tak nak pakai, pun tak apa. Tapi kalau anda ada selesema atau tak sihat, elok anda pakai.
Yang lebih afdal sekarang ini berbanding pakai mask ialah amalan mencuci tangan. Mana tahu kita tersentuh benda yang dah 'terinfection'. Nanti tak pasal-pasal ia berjangkit pula pada kita.
Jadi selepas korang pegi mana-mana, balik je rumah terus cuci tangan. Guna air dan sabun.. Tak payah la nak guna hand sanitizer bagai. Sabun lebih afdal. Tapi kalau ada duit dan mampu beli hand sanitizer, itu kome punya pasal. Abam tak larang.. Tapi make sure beli yang benar-benar ada alkohol 60%. Baru boleh bunuh kuman.
Berbalik pada harga mask. Harga Mask sekarang ni pun mahal. Sampai orang kata 'Harga Yahudi'. Mana tidaknya, abam dengar sehelai mask sekarang ni berharga Rm2. Boleh tahan juga tu.. Dulu baru 80 sen sehelai. Dengan RM2 tu  abam dah boleh beli tosey telur sekeping. Tapi kalau korang masih terasa juga nak pakai mask, abam cadangkan korang buat mask sendiri. lagi Jimat.. Jahit 2-3 helai. kemudian pakai. Lepas pakai cuci dan jemur. Esok boleh pakai balik.
Gitu juga dengan hand sanitizer. Kalau duit tak berapa nak ada, korang cuci je tangan dengan sabun. Itu pun dah cukup. Tak payah pening kepala nak fikir mana nak korek duit untuk beli hand sanitizer. Guna duit yang ada tu untuk beli lauk. 

Friday, 20 March 2020

SADIS... 15 PETUGAS KESIHATAN TURUT MENJADI MANGSA COVID 19.



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ini hari ke 4 kita 'dikenakan tahanan rumah'@ Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID 19.
Semalam seorang lagi mangsa telah pergi menghadap Ilahi menjadikan setakat ini 3 orang mangsa telah menemui ajal. Statistik terkini melaporkan seramai 1,030 mangsa telah disahkan terkena jangkitan COVID 19.
Tapi pagi ini abam tak nak komen pasal ini. Yang abam sedih dan terkilan ialah 15 orang petugas kesihatan (mungkin doktor, M.A, nurse atau PPK) telah dijangkiti virus ini gara-gara KEBODOHAN sesetengah dari rakyat kita.
Mereka ini terkena tempias disebabkan oleh segelintir individu yang 'busuk hati' dan 'munafik ' yang menyembunyikan maklumat kesihatan mereka sewaktu datang ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan.
Abam juga pernah bertugas di hospital tahun 1999 dulu. Sewaktu NIPAH VIRUS sedang mengganas di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan. Kami dibahagi kepada dua team, team yang akan berhadapan dengan mangsa virus dan team yang merawat pesakit biasa. Untuk kami yang akan berhadapan dengan mangsa virus, kami diberi peralatan PPE (personal protective equipment) yang lengkap, manakala untuk team yang berhadapan dengan dengan pesakit biasa, kami tidaklah perlu memakai PPE yang lengkap. cukup sekadar memakai mask saja.
Bila anda datang ke klinik tapi tidak menceritakan status sebenar tahap kesihatan anda, biasanya pihak petugas yang membuat penyaringan akan melayan anda sebagai pesakit biasa. Anda akan dibenarkan masuk dan mendaftar seperti pesakit luar yang lain. Kemudian anda diarahkan beredar ke ruangan menunggu dan menunggu giliran untuk berjumpa MA atau doktor bagi mendapatkan rawatan.
Tapi disebabkan sikap anda yang 'bodoh sombong' serta 'bebal' ini, 'SECARA SENGAJA' anda telah menjangkiti petugas kesihatan iaitu doktor atau M.A yang merawat anda dan nurse serta PPK yang turut sama berurusan dengan anda. Malah anda juga secara tidak sengaja menyebar virus kepada pesakit lain yang turut sama menunggu giliran untuk berjumpa doktor di ruangan menunggu.
Abam hairan, susah sangat ke nak beritahu cerita sebenar? Susah sangat ke nak mengaku yang anda ada 'contact' dengan individu yang disyaki menghidap COVID19 atau anda ada pergi ke perhimpunan Tabligh pada 28 Feb yang lalu? Anda tak akan dikenakan hukuman pancung atau hukum bunuh sekiranya mengaku. Malah anda akan diberi rawatan seiring dengan status kesihatan anda.
Sekarang, disebabkan oleh pembohongan yang anda lakukan, orang yang sepatutya bertugas untuk merawat pesakit turut sama ditahan dan dikurantin. Malah dengar ceritanya ada petugas yang terkena jangkitan ini sedang dirawat di wad ICU. Tak terasa berdosakah anda dengan bila membaca berita ini?
Disebabkan kebodohan dan hati busuk anda, anda telah mengakibatkan orang yang tak bersalah menjadi mangsa? Sikap anda ini tak ubah seperti orang bagi anda bunga tapi anda membalasnya dengan melempar tahi!
Walaupun anda rajin bangun solat malam  sampai bengkak mata dan lebam dahi tapi selagi anda masih ada sifat 'munafik' di dalam diri, walaupun abam ini bukan seorang mufti tapi abam berani kata anda masih tak layak nak masuk syurga!

Wednesday, 18 March 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN, JANGAN LA PANIK SANGAT...


Hari ini 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 bermulalah Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Bila ada saja perintah kawalan pergerakan, ramai la yang akan panik dan buat-buat panik. Mula fikir nak beli barang keperluan banyak-banyak untuk disimpan dalam stor. Malah ada yang sanggup korek tabung atau pinjam dari sedara mara semata-mata nak beli barang keperluan. Risau takut esok lusa mereka tak ada makanan untuk dimakan. Maka berduyun-duyunlah kita pakat kerumun pasaraya dan pasar awam seoalah-olah esok dah tak ada kedai yang buka. 
Tapi bagaimana dengan mereka yang gajinya dah tinggal hujung-hujung nyawa dan tak ada pula sedara mara atau kawan-kawan yang sudi pinjamkan duit untuk beli barang keperluan? 
Mesti golongan ini akan rasa tertekan.

Relak la kawan... Jangan la panik tak tentu hala. Kita fahami dulu setiap apa yang tertulis dalam PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 2020 ni. 
Jika korang perasan dan baca pernyataan yang tertulis dalam 'table'  perintah kalawan pergerakan yang berbunyi, "kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian."
Apa maksudnya tu?
Maksudnya ialah kedai tu tak ditupu dan kita masih lagi boleh pergi membeli barangan keperluan kerana pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai sebaneka (7E dan Speed Mart) masih beroperasi seperti biasa walaupun ada PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN.
Lagi satu, perintah kawalan pergerakan ni bukannya seperti perintah berkurung atau 'curfew' di zaman komunis dulu. Keluar rumah je kena tangkap. kena tembak.  Perentah kawalan pergerakan ni kita masih bebas pergi ke mana-mana  destinasi yang kita suka cuma jangan pergi ke tempat orang berkumpul je. Nak pergi kedai runcit 4-5 kali sehari sampai haus tapak kasut pun, pergi la. Tak de sapa yang nak halang.
Jadi kepada mereka yang belum dapat gaji atau yang ada duit cuma sekadar 'ciput-ciput' tu jangan la susah hati atau tertekan bila tengok orang yang panik dan 'perasan kaya' ni berebut shopping' barang keperluan seolah-olah esok dah nak kiamat. 
Mereka nak panik, itu mereka punya pasal. Kita buat je macam biasa.  Jika ada rezeki kita, kita masih boleh keluar beli barang keperluan di kedai runcit yang beroperasi di taman-taman perumahan dan kampung-kampung. Cuma harga barang di kedai tu mungkin mahal la sikit berbanding harga di pasaraya. Yang penting bekalan bahan mentah tetap ada dan InsyaAllah kita tak akan mati kebulur.
Lagi satu kita tak terdedah dengan risiko jangkitan. Mana kita tahu jika nasib tak baik, dalam ramai-ramai 'customer' yang  berebut beli barang keperluan di pasaraya tu dah ada virus Covid 19 dalam badan dia, cuma tak muncul simptom je lagi. Dan nak dijadikan cerita, tiba-tiba dia terbersin atau tersentuh dengan kita secara tak sengaja, tak pasal-pasal kita pun dapat jangkitan sama. Lagi haru.. 

Jadi tak payah la kita nak menyebok untuk pergi sama memperjudikan nasib dengan berebut membeli barang keperluan di pasaraya semata-mata terikut dengan sikap mereka yang panik. Sekali kena virus ni, makan tak abis you!

Dulu Kita Makan Sambil Bercerita, Sekarang Kita Makan Sambil Tengok Telefon

Dulu, meja makan bukan sekadar tempat untuk mengisi perut. Meja makan ialah tempat kita berkumpul. Tempat emak bercerita tentang apa yang be...